Wednesday 5 December 2012

Masalah mesin ATM lagi...

Hari ini saya nak sambung lagi cerita semalam yang mengecewakan di sini. Seperti yang saya janjikan semalam, hari ini saya bertandang semula ke mesin ATM cawangan bank yang sama.

Transaksi pertama saya ialah mengeluarkan wang sebanyak RM20.00 dan tidak berjaya.
Lepas itu saya beralih ke mesin deposit dan mendepositkan sebanyak RM50.00. Transaksi diterima dan berikut merupakan resit yang dikeluarkan oleh mesin deposit.
Selepas urusan mendeposit di terima saya cuba mengeluarkan wang di mesin ATM. Transaksi yang pertama ialah mengeluarkan RM75.00 dan tak berjaya. Seterusnya saya cuba pula mengeluarkan sebanyak RM50.00 (mana tahu mesin ATM takda duit RM5 dan RM10), juga tidak berjaya dengan alasan yang sama seperti resit pada gambar di bawah.
Lepas itu saya terdengar ada seorang yang juga telah membuat pengeluaran di ketiga-tiga mesin ATM di situ berkata kepada rakannya bahawa mesin-mesin ATM semuanya kehabisan wang. Beliau seterusnya terpaksa memindahkan wangnya dari akaunnya ke bank lain dan mengeluarkannya di bank lain.

Untuk pengetahuan semua, saya merupakan bekas pegawai bank dan pernah diberi tugas untuk menjaga perkhidmatan mesin ATM. Kami akan disuruh memasukkan wang sekiranya mesin ATM kehabisan wang pada bila-bila masa termasuk hujung minggu.

Mungkin esok saya akan cuba mengeluarkan wang melalui mesin ATM di cawangan yang sama lagi... Mungkinkah masalah yang sama akan berlaku lagi? atau mesin ATM cawangan bank tersebut tidak beroperasi pada waktu malam?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.