Wednesday 12 December 2012

12-12-12 (Disember 12, 2012)

Tarikh hari ini ialah 12 haribulan disember, tahun 2012 atau jika ditulis dalam bentuk singkatan iaitu 12.12.12. Tarikh sebegini hanya wujud sekali dalam setiap seribu tahun dan tak mungkin kita akan melaluinya lagi dalam seumur hidup.

Maka dengan itu ramai pasangan kekasih yang telah memilih untuk mengingat tali pertunangan mahupun melangsungkan perkahwinan pada hari ini.
Kalau ikut kalender Feng Shui, 12.12.12 bukanlah tarikh terbaik untuk kahwin...
Hari ini saya lalui dengan sedikit cabaran tanpa diduga. Dugaan pertama saya pada hari ini ialah terserempak seseorang yang pernah melakarkan kenangan tidak baik dalam dairy hidup saya. Dia tiba-tiba muncul di depan saya dan menghulurkan tangan untuk bersalam serta memanggil nama saya tetapi walaupun telah lama saya tidak berjumpa dengannya, saya masih kenal dan saya tak akan memaafkannya sampai bila-bila.

Dengan sepantas kilat keputusan telah saya buat dan tidak mahu berjabat tangan dengannya. Saya buat-buat tak kenal dengannya dan hanya berkata 'Apa ni?'. Lepas itu saya tinggalkannya begitu sahaja. Nama penuhnya saya tak tahu, tapi orang panggil dia Hafiz.

Saya kenal Hafiz ketika dia bekerja menjaga gym di tempat saya bersenam kira-kira 3 tahun yang lepas. Kejadian berlaku pada hari terakhir dia bekerja dan pada hari itu juga saya membuat bayaran untuk yuran bulanan gym dan tidak ada resit diberikan kepada saya. Pada hari itu juga saya tertinggal telefon bimbit saya di dalam gym dan hilang. Walaupun dia tidak mengaku, saya tetap yakin yuran bulanan gym serta telefon bimbit saya diambilnya.

Dugaan kedua pula ialah ketika menjaga kolam renang di tempat kerja. Dua kejadian kanak-kanak hampir lemas berlaku disebabkan tak pandai berenang dan mujur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Walau apa pun, tahniah saya ucapkan kepada mereka yang melangsungkan perkahwinan mahupun bertunang pada hari ini. Semoga mereka bahagia selagi hayat dikandung badan.

Sekian, selamat malam.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.