Tuesday 4 December 2012

Masalah Mesin ATM dan Mesin Deposit

Hari ini saya nak kongsikan masalah yang saya alami sebentar tadi. Tujuan saya mengunjungi mesin ATM ialah untuk membuat transaksi dengan memasukkan atau mengeluarkan wang supaya akaun saya aktif.

Akaun simpanan yang tidak mempunyai transaksi dalam suatu jangka masa tertentu akan diklasifikasikan sebagai akaun yang 'tidak aktif' serta tidak boleh membuat sebarang transaksi lagi sehingga ianya diaktifkan oleh pihak bank. Pengaktifan akaun pula akan dikenakan yuran sebanyak RM10 dan saya pernah diberitahu oleh pihak bank bahawa caj tersebut dikenakan oleh BNM (Bank Negara Malaysia). Saya telah beberapa kali dikenakan yuran pengaktifan akaun dan anda boleh bacanya di sini.

Transaksi pertama yang saya buat tadi ialah mengeluarkan RM20.00 tetapi tidak berjaya dan skrin di bawah sempat saya rakamkan dengan kamera sebagai bukti.
Mungkin semua mesin ATM dah kehabisan duit...
Lepas itu saya cuba mesin ATM yang lain pula dan masalahnya tetap sama seperti pada skrin di atas. Saya telah mencuba tiga mesin ATM yang berlainan dan resit yang saya dapat ialah seperti di bawah.
Tiga mesin berbeza dengan masalah yang sama...
Kemudian saya cuba pula masukkan duit pada mesin deposit yang bersebelahan dengan mesin ATM, mesin deposit asyik menyuruh saya mengambil duit yang ingin saya depositkan, lepas itu disuruh masukkannya semula sebanyak beberapa kali berulang-ulang, semuanya tidak berjaya. Entah apa sebabnya, mungkin duit yang saya nak depositkan itu tidak diterima (mana tahu duit tiru) atau mesin deposit tersebut tidak menerima wang kertas RM10.
Tak bagi sebab kenapa duit saya tak diterima...
Akhirnya saya terpaksa beredar tanpa sebarang transaksi yang berjaya. Bulan lepas saya depositkan RM10 tanpa sebarang masalah. Saya akan cuba lagi esok.

Kesimpulan saya dari masalah diatas pada hari ini ialah, kadang-kadang mesin-mesin ini tidak membantu malah menyusahkan pengguna.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.