Sunday 6 May 2012

Jalan Miri-Marudi

Cerita pasal jalan dari Miri ke Marudi ini telah lama kedengaran sejak saya di bangku sekolah rendah lagi. Namun setelah  kira-kira 30 tahun berlalu, kini jalan tersebut dijangka siap pada 16.2.2013 dan menelan belanja RM59.5 juta. Baru-baru ini (4/5/2012) saya telah pergi ke Marudi melalui jalan tersebut dengan kereta Perodua Kelisa dan berikut merupakan keadaan sepanjang jalan tersebut.
  • Jumlah jarak: 46km (dari simpang jalan Miri/Bintulu-Marudi ke Feri Sungai Baram)
  • KM0 hingga KM4 (dari simpang jalan Miri/Bintulu) - Jalan berbatu
  • KM4 hingga KM22 - Jalan telah diturap bercampur batu halus
  • KM22 hingga KM33 - Jalan tanah kuning dan dijangka diturap seterusnya
  • KM33 - Feri Sungai Arang (Tambang: RM15.00)
  • KM33 hingga KM46 - jalan pasir sahaja & licin ketika hari hujan
  • KM46 - Feri Sungai Baram (Tambang: RM15.00)
Simpang Miri/Bintulu-Marudi (KM21 dari Miri)
KM0 - KM4
KM4 - KM22 (18km)
KM22 - KM33 (11km)
Feri Sungai Arang
Tambang feri Sungai Arang
KM33 - KM46 (13km)
Feri Sungai Baram
Tambang feri Sungai Baram
KM45/KM46 (sebelum hujan)
KM45/KM46 (selepas hujan)
Sebelum & Selepas
Jalan Kampung Ridan (Selepas feri Sungai Baram)
Tua Pek Kong
FORT HOSE (Kubu Hose) - 1 Nov 1901
Dewan Suarah
Lapangan Terbang
Pasar Ikan
Terminal penumpang

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.