Wednesday 19 June 2013

DIY - menukar minyak enjin kereta perodua KELISA

Minyak enjin atau minyak pelincir kereta harus diganti setiap 5000km jika anda menggunakan minyak pelincir biasa. Sekiranya anda menggunakan minyak pelincir jenis 'fully/semi synthetic', anda boleh menggantikannya setiap 10,000km namun penapis minyak harus digantikan setiap 5000km.

Berikut merupakan peralatan yang diperlukan serta langkah-langkah yang harus di lakukan jika berhajat menukar minyak pelincir sendiri untuk kereta Perodua Kelisa.
Spanar saiz 14
Peralatan yang diperlukan cuma spanar saiz 14. Guna spanar jenis cincin supaya tidak merosakkan skrew yang dibuka.
Potong botol minyak yang lama untuk mengisi minyak hitam. :)
Pastikan anda membeli minyak yang sesuai untuk kereta anda. Guna minyak yang disarankan oleh buku panduan kereta anda.
Pastikan gred minyak ialah 10W30 atau 5W30 atau 0W30
Menurut buku panduan, Perodua kelisa memerlukan minyak enjin dengan kelikatan 10W30 atau 5W30.
Penapis minyak (oil filter)
Selain daripada minyak enjin, anda juga perlu membeli penapis minyak (oil filter).
Skrew ini terletak di bawah kereta, buka dengan spanar no. 14.
Setelah kesemuanya telah tersedia, perkara pertama yang anda harus buat ialah buka skru di bawah enjin seperti pada gambar di atas. Tadah minyak hitam yang keluar setelah skru tersebut dibuka.
Sementara menunggu minyak lama dikeluarkan, gantikan penapis minyak
Setelah minyak hitam ditadah, buka penutup minyak enjin bahagian atas dan tukar penapis minyak sementara menunggu kesemua minyak lama habis mengalir keluar.
Buka juga penutup ini supaya minyak lama senang mengalir keluar.
Setelah minyak lama telah habis dikeluarkan, kunci kembali skru di bawah enjin yang dibuka tadi dan isi minyak pelincir yang baru dari atas enjin seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Setelah skrew di bawah kereta diketatkan, isi minyak pelincir yang baru
Isi minyak pelincir yang baru sehingga ke paras "F" pada penanda arasnya. Lepas itu hidupkan enjin supaya minyak pelincir masuk ke dalam penapis minyak.
Periksa penanda aras minyak pelincir, isi sehingga ke tahap "F"
Ramai mengadu susah membuka skrew di bawah enjin sebab tak dapat masuk ke bawah kereta. Untuk makluman, saya cuma alaskan lantai dengan surat khabar dan masukkan tangan ke bawah kereta untuk membuka skrew tersebut.

Periksa semula penanda aras minyak pelincir selepas anda menghidupkan enjin kereta selama kira-kira seminit. Tambah lagi minyak enjin jika tidak cukup.
Tukar 'washer' jika perlu...
Skru di bawah enjin dilapik dengan sebiji 'washer'. Tukar 'washer' tersebut jika perlu sahaja. Terdapat dua jenis 'washer' ada di pasaran seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

'Washer' di sebelah kiri pada gambar dibawah merupakan jenis 'pakai buang', maksudnya anda perlu tukar setiap kali dibuka untuk mengelak kebocoran.

Saya guna 'washer' tembaga iaitu berwarna perang pada gambar di bawah dan boleh diguna semula. Percaya atau tak, selama lebih 10 tahun saya tidak pernah tukar 'washer' tembaga tersebut.
'washer' tembaga lebih baik...
Selamat mencuba.

14 comments:

  1. Hye, kelisa pakai myk brp liter? Kelisa tahun 2002 manual.
    Minyak apa yang sesuai@ yg bagus utk kelisa bagi kereta lama?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya jenama minyak tidak penting, janji bukan minyak tiruan. Pastikan kepekatan betul iaitu 10w30 atau 5w30 dan pilih gred SL, SM atau SN. Kelisa perlu 3 liter setiap kali tukar, saya beli 4 liter sebotol sbb lebih murah. Beli 3 botol boleh tukar 4 kali.

      Delete
    2. Klu minyak Castrol GTX 20W50 Boleh pakai x?

      Delete
    3. Tak sesuai, 20W50 pekat sangat untuk kereta kelisa. Pilih 10W30.

      Delete
  2. Ooo yaka, igt keta 10 tahun ke atas perlu myk mcm tu. Ok², tq. Baru ja pakai kelisa ni blm setahun, ilmu kurg ckit. Ok TQ. ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah cuba campur 10W30 dan 10W40 dengan nisbah 1:1 untuk kegunaan kelisa tahun 2006 saya. Boleh rasa pecutannya berkurangan. Jika guna 20W50 pasti pecutannya jauh berkurangan..

      Delete
  3. Replies
    1. Saya tetap pilih ikut buku panduan, 10w30 atau 5w30.

      Delete
  4. Klu kelisa manual tahun 2003 sesuai guna fully atau semi synthetic?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mineral, semi synthetic atau fully synthetic semua boleh. Pastikan kepekatan minyak kena sesuai iaitu 10w30, 5w30 atau 0w30. Saya lebih suka guna mineral dan tukar setiap 5,000km. Jika semi synthetic tukar setiap 7,500km dan jika fully synthetic pula boleh tukar setiap 10,000km.

      Delete
  5. Jenama minyak apakah yang disyorkan oleh tuan untuk kelisa manual lebih 10 tahun penggunaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenama tak penting, pastikan pilih kepekatan mengikut buku panduan iaitu 10w30, 5w30 atau 0w30. Satu lagi, pastikan bukan minyak tiruan/recycle.

      Delete
  6. Kenapa tuan suka guna mineral oil ya? Boleh sharekan tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pandangan pribadi saya sahaja, saya bukan pakar automotif.
      1. Harga - Mineral jauh lebih murah walaupun ditukar setiap 5000km.
      2. Ikut nasihat buku panduan kereta masing-masing
      3. Kekerapan menukar minyak injin - lebih kerap lebih baik/bersih.
      4. Kereta kelisa bukan kereta prestasi tinggi, jadi tak perlu 'lebih-lebih'
      5. Kalau saya guna kelisa untuk lumba, mungkin saya akan pertimbangkan...

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.