Wednesday, 5 December 2012

Nasib Si Jambu Di Depan Rumahku...

Kejadian ini berlaku tiga hari yang lepas iaitu pada 02/12/2012. Pokok jambu yang saya tanam beberapa tahun yang lepas rendang pada sebelah paginya telah kelihatan telanjang pada sebelah malamnya ketika pulang kerja seperti gambar di bawah.
02/12/2012
Ketika ianya baru ditanam, pihak bandaraya yang memotong rumput setiap bulan telah mencantasnya dan hanya tinggal beberapa inci sahaja dari pangkalnya. Namun ia tetap gagah dan membesar selepas itu sehingga lah pada 02/12/2012 lepas telah dicantas sekali lagi oleh mereka yang tidak berhati perut. Dua gambar yang berikut menunjukkan bekas yang telah dipotong dengan senjata tajam.
02/12/2012

02/12/2012
Pagi ini saya telah memotong dengan gergaji pada bahagian yang telah dicantas supaya nampak kemas. Saya ada bertanya beberapa jiran berdekatan dan kebanyakan mereka ingatkan saya sendiri yang menyuruh seseorang mencantasnya. Beginilah kehidupan di bandar, rumah sebelah kena masuk pencuri pun tak tahu...
05/12/2012
Saya tetap berharap pokok jambu ini akan kembali rendang dan berbuah suatu hari nanti. Kepada si pelaku, saya tak ingin tahu siapa anda dan mudah-mudahan anda akan insaf serta menyesal dengan perbuatan anda. Confucius pernah berkata "don't do to others what you would not want yourself", kalau terkena batang hidung anda sendiri suatu hari nanti jangan pula salahkan atau marahkan pelakunya sebab anda sendiri pernah berbuat demikian.
05/12/2012

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.