Friday 10 August 2012

Pandelela Rinong raih gangsa di Olympic London 2012

Setelah dikejutkan oleh penerjun terburuk Jerman Stephan Feck semalam dengan tanpa memungut sebarang mata dalam acara terjun papan anjal 3m, hari ini negara kita dikejutkan pula oleh penerjun kelahiran Sarawak yang menyumbang gangsa di temasya Olympik London 2012.
Beliau yang dimaksudkan ialah Pandelela Rinong, berusia 19 tahun dalam acara kegemarannya iaitu terjun platform wanita 10m individu. Beliau mengumpul 329.20 mata di belakang penerjun dari China, Chen Ruolin yang mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata. Pingat perak menjadi milik penerjun Australia Brittany Broben dengan 366.50 mata.
Pandelela memulakan terjunan pertama dengan hambar ekoran kesilapan dengan memungut 58.50 mata sahaja daripada acara 'forward 3 1/2 somersault'. Beliau kemudian bangkit dengan mengumpul 78.30 daripada acara 'back 2 1/2 somersault', 64 (Armstand back double somersault) dan 76.80 (back 1/2 somersault 1 1/2 twist).
Pandelela akan mendapat ganjaran wang tunai sebanyak RM150,000 di bawah skim hadiah ganjaran sukan (Shakam) Kementerian Belia dan Sukan dan mendapat pencen seumur hidup sebanyak RM2,000.00 sebulan.
Di sebalik kejayaan Pandelela semalam, ada juga insan yang memandang rendah serta mempersenda kemampuan atlit negara di laman sosial facebook seperti di bawah. Orang tersebut dikenali sebagai Johari Pain dan berikut adalah buktinya...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.