Thursday, 22 January 2026

Kenalpasti kerosakkan kipas angin

Kipas angin ini telah saya baiki sebelum ini pada tahun 2020 dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah penutup dibuka... 

Setelah lebih 5 tahun beroperasi, masalahnya kini ialah angin tidak kuat dan kadang-kadang gagal berfungsi setelah suis ditekan.

1.8uf

Masalah sedemikian biasanya disebabkan:-

  1. Pengandar motor perlu diminyakkan
  2. Kapasitor rosak 

601nf (0.6uf)

Setelah dibuka serta diperiksa, masalahnya ialah kerosakkan pada kapasitor dan nilainya cuma 601nf sahaja.

Keterangan lanjut cara-cara mengenalpasti kerosakkan boleh ditonton pada klip video di atas.

Gantikan dengan kapasitor seramik...

Untuk makluman semua, saya biasanya akan gantikan dengan menggunakan kapasitor jenis seramik sebab lebih berkualiti serta tahan lama.

185J = 1.8uf, ±5%

Untuk peringatan semua, jangan tunggu kipas angin anda langsung gagal berfungsi baru dibaiki sebab kadang-kadang akan melibatkan kerosakkan komponen lain.

Selamat bet DIY.. 

Monday, 19 January 2026

ASN Ria

Saya telah melabur/menabung di ASN sejak wujudnya amanah saham wawasan (ASW) dan ketika itu baru masuk ke alam pekerjaan. Selain ASW, saya juga menabung ASM (amanah saham malaysia) serta AS1M (amanah saham 1Malaysia)

Melabur tahun 2024 - RM3,171.00

Terdapat banyak produk lain dan saya mencuba ASN Ria dua tahun lepas pada 29/07/2024 dengan modal permulaan RM3,171 sahaja seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Withdraw 7/1/2026 - RM3,298.00

Sejak pelaburan bermula, saya catat nilai semasa harian dan sepanjang tempoh tersebut, nilai terendah ialah RM2,717.36 pada 09/04/2025 sehingga baru-baru ini mencecah RM3,298.00 sewaktu saya keluarkan pada 07/01/2026.

Kena tunggu 3 - 7 hari...

Untuk makluman semua, sepanjang tahun pertama nilainya tidak pernah mencatatkan keuntungan iaitu di bawah nilai pelaburan saya RM3,171.00. Keuntungan hanya bermula setelah lebih setahun iaitu pada penghujung bulan september 2025.

09/01/2026

Baru-baru ini saya keluarkan atas sebab sangat leceh serta perlu pantau setiap hari dan tempoh menunggu itu amat menyedihkan sebab asyik rugi memanjang selama lebih setahun.

09/01/2026 - RM4.79 (dah rugi 3sen) 

Lepas ini saya laburkan ke akaun ASW, ASM & AS1M sahaja sebab tidak perlu risau rugi serta terima dividen tahunan tanpa perlu pantau sehingga dapat keuntungan.

ASN Sukuk pula dilabur ke ASN Ria???

Bayangkan jika saya perlukan duit dan terpaksa keluarkannya dalam masa setahun selepas dilabur, rugi yang saya dapat.

ASN bagi RM3309.56, masuk akaun cuma RM3308.57

 Renung-renungkan... 

Hilang RM0.99...

Friday, 16 January 2026

TOYOTA land cruiser door lock actuator repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'actuator' untuk kunci pintu elektronik kereta berjenama TOYOTA dengan masalah gagal berfungsi.

TOYOTA door lock actuator (69130 - 60010)

Menurut pemilik, dia telah bekalkan terus arus 12v kepada penyambung wayar dan sah gagal berfungsi. 

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, jelas kelihatan ada sebiji motor didalamnya selain sebiji gear serta sebiji varistor yang disambung bersiri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. 

TDK 5068 (PTC over current protection)

Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati tiada keterusan pada kedua terminal pada motor. 

Umpil untuk membuka penutup motor...

Cara membuka motor ini ialah dengan mengumpil kedua-dua bahagian pada tepi motor seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Setelah diumpil...

Gambar di bawah menunjukkan keadaan bahagian dalam motor dan jelas kelihatan salah satu carbon brush telah putus. 

Penutup motor telah dibuka...

Tiada kerosakkan pada bahagian armature dan saya cuma perlu gantikan penutup motor lengkap dengan carbon brush yang baru sahaja. 

Motor elok...

Saya telah membeli penutup dengan carbon brush sekali seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Beli penutup dengan carbon brush baru...

Walaupun saiz penutup sama namun lubang di tengah sedikit kecil dan tidak dapat digunakan. Jadi, saya pindahkan carbon brush baru ke penutup asal.

Saiz lubang tengah penutup baru sedikit kecil...

Masalah selesai dan 'atuator' ini telah berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Tuesday, 13 January 2026

Air pasang tertinggi

Sejak kebelakangan ini banyak kejadian banjir kilat berlaku termasuk kediaman saya yang jarang-jarang berlaku sebelum ini. 

9/1/2026 @ 15:20hrs

Saya telah menghuni kawasan kediaman tersebut kira-kira 20 tahun dan air paling tinggi ialah air parit melimpah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. 

9/1/2026 @ 16:29hrs

Beberapa hari lepas pada 9/1/2026 (jumaat) keadaan serupa berulang setelah hujan berterusan tanpa henti malam sebelumnya. 

Kebiasaan saya akan berkunjung ke pantai berdekatan untuk meninjau paras air laut. Jika air laut tinggi mungkin perlu bersedia untuk berpindah namun sebaliknya saya abaikan sahaja.

Selain meninjau paras air laut, saya sebenarnya tahu bila air pasang tertinggi dua kali sebulan dengan merujuk kepada kalender yang berdasarkan bulan atau juga dikenali sebagai 'lunar calender'.

Lunar calendar - 2026

Menurut arwah bapa saya, air pasang tertinggi ialah pada hari ke-3 & ke-18 mengikut kalender lunar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Jadi tidak perlu berkunjung ke pantai untuk meninjau paras air laut bila ada banjir kilat berlaku yang bukan berpunca dari air pasang namun sistem saliran yang tidak diselenggera.

Selain masalah saliran, ianya berpunca daripada hujan luar biasa atau hujan tanpa henti serta berterusan melebihi sehari. Klip video di bawah saya rakam di depan rumah pada 09/01/2026 dan banyak kawasan berdekatan telah ditenggelami banjir kilat.

Kini banjir kilat adalah publisiti bermusim untuk wakli rakyat datang mengambil gambar meredah air banjir dan boleh dilihat pada akaun media sosial untuk tatapan pengikut masing-masing sahaja tanpa tindakan. Jika air terlalu tinggi serta merbahaya, pindahkan mereka ke pusat pemindahan sementara sehingga air surut.

11/01/2026

Boleh dikatakan kawasan yang dahulunya tidak pernah banjir namun kini mengalami banjir kilat adalah disebabkan oleh masalah sistem saliran terutamanya di kawasan perumahan. 

Ianya umpana kawasan bandar yang kian maju namun sistem jalan raya serta prasana tidak dinaiktaraf dan berakhir dengan kesesakan lalu lintas. 

Kawasan perumahan bertambah dari tahun ke setahun namun sistem perparitan tetap sama bakal berakhir dengan banjir kilat.

Renung-renungkan... 

Saturday, 10 January 2026

小薇 - 黄品源


[Intro] C Dm F G C Dm F G C [Verse] C Am 有一个 美丽的小女孩 Dm G 她的名字 叫作小薇 C Am 她有双 温柔的眼睛 Dm G C 她悄悄 偷走我的心 [Chorus] Em Am Am 小薇啊 妳可知道我多爱妳 Dm G 我要带妳 飞到天上去 C 看那星星多么美丽 Dm G C 摘下一颗 亲手送给妳
 
[Guitar Solo]
C    Dm    F    G
C    Dm    F G  C
 
[Verse]
   C          Am
有一个 美丽的小女孩
     Dm      G
她的名字 叫作小薇
    C      Am
她有双 温柔的眼睛
   Dm G       C
她悄悄  偷走我的心
 
[Chorus]
   Am            Am
小薇啊 妳可知道我多爱妳
     Dm        G
我要带妳 飞到天上去
   C
看那星星多么美丽
    Dm  G       C
摘下一颗  亲手送给妳
 
[Chorus]
   Am            Am
小薇啊 妳可知道我多爱妳
     Dm        G
我要带妳 飞到天上去
   C
看那星星多么美丽
    Dm  G       C
摘下一颗  亲手送给妳
 
[Outro]
C    Dm    F G  

Wednesday, 7 January 2026

Super Wizard Tower

Super Wizard Tower diperkenalkan pada TH18 hasil gabungan dua wizard tower level 17. Gabungan tersebut hanya boleh dilaksanakan setelah wizard tower mencapai level 17 sahaja.

Super Wizard Tower

Kos gabungan 2 wizard tower ialah 29 juta gold dan untuk menaiktaraf ke level 2 memerlukan 30 juta gold.

Gabungkan 2 wizard tower level 17 = super wizard tower

Masalah yang semua hadapi sewaktu baru memasuki kepada Town hall (TH) baru ialah simpanan gold yang tidak mencukupi sebab 'gold storage' belum dinaiktaraf cuma boleh menyimpan sebanyak 29 juta gold sahaja.

Maximum resources...

Majoriti termasuk saya sibuk dengan menaiktaraf bangunan pertahanan termasuk hero dahulu sebab tempoh 12 hari 12 jam diperlukan untuk menaiktaraf setiap 'gold storage'.

Month end reward...

Cara untuk mendapatkan 30 juta gold tanpa menaiktaraf 'gold storage' ialah dengan mengisi penuh 29 juta sehingga liga bulanan tamat dan akan diberikan 'reward' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Maximum resources + rewards...

Selain daripda cara di atas untuk mendapat gold sebanyak 30 juta, anda juga boleh menyiapkan level 2 super wizard tower dengan menggunakan 'hammer of building' (jika ada).

Max 29M gold + rewards

Gambar di atas menunjukkan jumlah gold setelah di tambah 'reward' bulanan yang saya dapat serta melebihi kemampuan 'storage'

Upgrade to L2 - 30M gold

Untuk pengetahuan semua grand warden level 80 juga memerlukan 30 juta elixir dan saya guna cara sama tanpa menaiktaraf simpanan elixir.

Upgrade Grand Warden to L80 - 30M elixir

Bangunan terakhir yang saya naiktaraf ialah 'gold mine', 'elixir collector' dan 'dark elixir drill' sebab merompak lebih cepat dari menunggu 'collector' isi 'storage'.

Sunday, 4 January 2026

TOYOTA land cruiser NINJA TURTLE

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk 'instrument cluster' kereta land cruiser jenama TOYOTA yang popular tahun 80/90an yang juga popular dengan gelaran 'ninja turtle'.

Speedometer TOYOTA land cruiser...

Masalahnya ialah pada speedometer di mana tidak dapat reset mileage kepada 0000 pada bahagian bawahnya.

Buka penutup hadapan...

'Instrument cluster' ini mudah dibuka namun perlu dilakukan dengan berhati-hati sebab telah berusia lebih 30 tahun dan ada bahagian tertentu telah rapuh.

Keluarkan tolok speedometer...

4 bahagian pateri perlu dibuang untuk membuka papan litar bahagian bawah dan kedudukannya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Buang 4 pateri untuk keluarkan papan litar...

Bahagian mekanikal pada speedometer ini hanya boleh diperika setelah papan litarnya dibuka.

Papan litar telah dibuka...

Pemeriksaan dengan mata kasar menemui sambungan butang reset pecah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pecah...

Jalan penyelesaian bahagian plastic yang pecah ialah dengan melakukan 'plastic welding' dan gambar di bawah saya rakam setelah selesai dibaiki.

Siap - pastic welding...

Saya tambahkan besi halus sewaktu melakukan 'plastic welding' agar ianya tidak patah lagi dan ianya kembali berfungsi semula tanpa masalah.

Selamat berDIY... 

Thursday, 1 January 2026

INOVO 40-1122A ceiling fan repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk kipas siling dengan masalah gagal berpusing setelah dibekalkan arus elektrik.

Sewaktu saya uji dengan membekalkan arus elektrik, ada bunyi 'beep' kedengaran namun kipas tidak berpusing seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Model: 40-1122A

Kipas juga tidak berpusing setelah motornya saya tolak menggunakan tangan selain hanya bunyi 'beep' sahaja setiap kali alat kawalan jauh ditekan.

Papan litar...

Pemeriksaan awal pada papan litar elok namun nilai kapasitor terlalu rendah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Nilai kapasitor cuma 693nf sahaja...

Kapasitor yang digunakan ialah 2.2uf, 450v namun bacaan sewaktu diperiksa kurang dari 1uf.

Setelah dibuka, sah rosak...

Untuk makluman semua, kipas masih tidak berfungsi setelah kapasitor telah saya gantikan dengan yang baru.

Buka bahagian bawah kipas...

Seterusnya saya ukur keterusan pada dua wayar yang membekalkan elektrik ke motor dan tiada bacaan langsung. 

Setelah motor dibuka...

Tiada bacaan keterusan bermaksud litar tidak lengkap atau ada yang putus pada gegelung motor.

Thermal fuse putus...

Setelah motor dibuka dan diperiksa, saya menemui thermal fuse dengan nilai 130°C, 2A putus.

130°C, 2A (thermal fuse)

Setelah thermal fuse diganti, saya masih juga  tidak dapat bacaan keterusan pada gegelung motor.

Gantikan thermal fuse baru...

Pemeriksaan seterusnya mendapati sehelai wayar halus gegelung putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gegelung putus...

Wayar tersebut mungkin putus sewaktu saya membuka thermal fuse pada kipas untuk ditukar.

Sambung balik gegelung yang putus...

Masalah selesai setelah saya sambung kembali gegelung yang putus dengan mempateri sambungan menggunakan timah.

Rintangan gegelung - 300Ω

Gambar di atas ialah bacaan rintangan gegelung yang saya dapat setelah masalah berjaya dikesan serta berjaya dibaiki.

Komponen rosak yang ditukar...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY...