Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki alat kawalan jauh berjenama Panasonic dan anda boleh rujuk di sini.
![]() |
| Panasonic |
Hari ini saya dirujuk 3 buah alat kawalan jauh serupa dengan masalah sama iaitu gagal berfungsi.
![]() |
| Buka penutup belakang... |
Masalah sejagat alat kawalan jauh ialah akibat kebocoran bateri dan cecair bateri yang berasid atau berakali meresap ke papan litar adalah punca utama ianya gagal berfungsi.
![]() | |
| Buka papan litar... | . |
Gambar di bawah adalah kerosakkan pada salah sebuah alat kawalan jauh akibat cecair bateri. Asid/akali cecair bateri telah menghakis terminal kapasitor sehingga putus.
![]() |
| Kapasitor rosak... |
Kerja rutin saya ialah bersihkan papan litar dan gantikan komponen yang rosak. Jika litar pada papan litar putus, saya perlu sambung kembali.
![]() |
| Gantikan kapasitor bari... |
Tidak semua kerosakkan boleh dibaiki. Jika kerosakkan melibatkan keypad serta litar karbon tanggal ianya gagal dibaiki.
![]() |
| Litar karbon tanggal... |
Gambar di atas adalah contoh litar karbon yang telah tanggal akibat daripada cecair bateri dan ianya gagal dibaiki sebab saya tiada kepakaran serta bahan untuk membuat serta sambung kembali.
![]() |
| Siap... |
Dua buah alat kawalan jauh berjaya dibaiki dan sebuah lagi gagal dibaiki berikutan litar karbon telah tanggal.
Bagi mengelakkan kejadian bateri bocor, saya sarankan dari dulu, kini dan selamanya guna bateri karbon. Elak daripada guna bateri akali (alkaline battery) serta bateri tahan lasak (Heavy duty battery) pada alat kawalan jauh anda.
Renung-renungkan...







Slmt sejahtera Uncle Wong. Saya ada satu kipas berdiri. Masalahnya bila tekan no 1 &no 2 tak pusing. Tapi bila tekan no3 dia ada vibrate tapi kena pusing dgn tangan baru dia pusing. Saya sudah tkar kapasitor tapi sama juga. Apa masalahnya? Harap dpt bantu.
ReplyDeleteJika ada getaran (vibrates) bermaksud gegelung (coil) elok. Jika kapasitor elok, cuba minyakkan bahagian bush/bearing
Delete