Wednesday, 30 April 2025

BOSS Katana Mini

Pada 17/04/2024 lepas saya beli sebuah amplifier gitar berjenama BOSS, model katana mini dengan harga RM280.00.

Harga semasa amplifier gitar ini ialah kira-kira RM650.00 dan paling murah ditemui di shopee ialah RM590.00.

Saya juga memiliki sebuah amplifier gitar jenama fender dan pernah saya kongsikan di sini.

3 pilihan - Clean, Crunch & Brown...

Amplifier gitar ini dilengkapi dengan 3 pilihan mode suara iaitu:-

  1. Clean
  2. Crunch
  3. Brown
Setelah dibuka...

Memandangkan ianya bukan amplifier baru, saya telah buka dan melakukan pembersihan agar kelihatan seperti baru.

Speaker 4"

Speaker yang digunakan bersaiz 4 inci dengan rintangan 4Ω.

Speaker 4Ω

Ianya boleh beroperasi menggunakan 6 biji bateri saiz AA dan juga dilengkapi dengan soket DC dengan rating 9v, 350mA.

6 biji bateri saiz AA (9v)

Klip video di bawah saya rakam dan menggunakan mode Brown sewaktu mengujinya setelah siap diselengara.

Saiz amplifier ini hanya sebesar tapak tangan sahaja, sangat ringan serta menghasilkan suara yang sangat luar biasa pada pangamatan saya.

Sunday, 27 April 2025

Legend league - clash of clan

Jika jumlah trofi (pingat) mencecah 5000, secara automatik anda akan berada di 'Legend league'.

Legend league - 5000 trophy & above

Pun begitu, anda perlu menerimanya dengan menekan butang 'Okay' sebelum diketegori 'Legend league' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Sign-up

Saya telah beberapa kali masuk 'Legend league' namun keluar semula berikutan trofi kurang dari 4900 dan automatik kembali ke liga 'Titan 1'.

Finding opponents!

Apa yang saya lakukan selama ini ialah dengan membuang trofi agar tidak melebihi 5000. Cara membuang trofi ialah turunkan hero dan tekan 'surrender' tanpa menyerang atau kadang-kadang merompak gold/elixier sahaja tanpa memperolehi sebarang bintang.

Choose base layout & clan castle troops...

Bulan ini (april 2025) apa yang berlaku ialah saya gagal membuang trofi bila mencecah 5000 dan tiada base yang boleh di 'revenge'. Dalam masa yang sama orang lain pula bagi trofi dengan 'surrender' tanpa menyerang.

8 attacks only per day...

Sehingga blog ini ditulis, saya kini berada di 'legend league' selama kira-kira sebulan dan berjaya bertahan dengan jumlah trofi berlegar sekitar 5500.

Day 1 (+61)

Kebaikan berada di 'legend league' ialah 'loots' tidak hilang walaupun diserang musuh. Semua ahli hanya dibenarkan menyerang sebanyak 8 kali sahaja.

Day 2 (+13)

Jumlah maksima trofi setiap serangan ialah 40 jika memperolehi 3 bintang. Tiada kehilangan trofi jika gagal mendapat sebarang bintang.

Day 3 (-37)

Ahli 'legend league' akan hilang secara automatik jika jumlah trofi jatuh serta kurang dari 4900. Hanya TH yang maksima (TH17) sahaja mampu bertahan sebab rata-rata 'base' yang diserang juga TH17 dengan pertahanan yang hampir kesemua juga maksima.

Thursday, 24 April 2025

Panasonic SR-CX108 rice cooker

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah periuk nasi berjenama Panasonic model SR-CX108 dengan masalah tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Panasonic SR-CX108 cooker/warmer

Banyak periuk nasi sebegini telah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan namun masalah kali ini lebih mencabar.

Model: SR-CX108

Pemeriksaan awal menggunakan multimeter tidak menemui sebarang masalah bekalan elektrik dari plug-3-pin sehingga papan litar.

Setelah penutup bawah dibuka...

Jadi, masalahnya ialah pada papan litar. Periuk nasi ini dilengkapi dengan 2 keping papan litar iaitu PSU (power supply unit) atau juga dipanggil mainboard dan satu lagi papan litar 'controller' beserta dengan banyak butang suis

MB-P10(LV)-V01

Pemeriksaan pada mainboard mendapati ada litar pintas pada sebiji IC (integrated circuit) yang dilabel IC102 dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada IC102

Nombor rujukan IC tersebut ialah SH79P084E dan masalah kali ini ialah gagal mendapat menemui alat gantinya.

SH79P084E

Bagi memastikan tiada masalah pada papan litar 'controller', saya putuskan bekalan 5v melalui sambungan VDD dan uji.

VDD - 5V

Periuk nasi boleh dihidupkan tanpa sambungan VDD namun gagal berfungsi dan berakhir dengan paparan kod H31.

Tanggalkan wayar VDD...

Menurut 'service manual', pengguna perlu rujuk kepada 'service center' dan dari 'troubleshooting' di atas, saya yakin masalahnya bukan pada papan litar 'controller'.

Error H31

Memandangkan tiada alat ganti IC yang ditemui rosak, periuk nasi ini hanya boleh kembali berfungsi jika 'mainboard' diganti.

Sehingga blog ini ditulis, saya masih lagi menunggu papan litar 'mainboard' yang dibeli melalui dalam talian dan saya akan kemaskini lagi jika berjaya dibaiki.

Selamat berDIY...

Monday, 21 April 2025

Trump tariff

Bulan ini (April 2025) mencipta sejarah baru dunia apabila President Amerika, Donald Trump mengenakan tarif tambahan kepada hampir seluruh negara di dunia.

Perang tarif kali ini menyaksikan negara China tidak tunduk kepada Amerika apabila masing-masing mengenakan tarif yang mencecah lebih 100%. Dalam masa yang sama, presiden Trump juga telah mengumumkan mengecualikan tarif kepada barangan elektronik seperti komputer termasuk telefon pintar dari negara China

Seminggu selepas pengumuman tarif, Presiden Trump telah menggantung perlaksanaannya selama 90 hari kepada 75 negara untuk memberi tempoh rundingan.

Sebagai rakyat Malaysia yang telah bersara, saya tidak kisah pun perang tarif ini sebab tiada apa yang mampu saya lakukan selain hadap saja apa yang bakal terjadi.

29/03/2025

Sebarang tindak-tanduk negara besar lakukan sebegini tidak mendatangkan manafaat kepada orang ramai namun peniaga akan mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan mereka. Gambar di atas dan di bawah adalah buktinya.

15/04/2025 - naik seringgit...

Renung-renungkan...

Friday, 18 April 2025

It's a heartache - Bonnie Tyler

 

        C          
    It's a heartache,
                  Em
    nothing but a heartache,
                       F        
    hits you when it's too late,
                          C G
    hits you when you're down
           C           
    It's a fool's game,
                   Em
    nothing but a fool's game,
                    F          
    standing in the cold rain,
                   C G
    feeling like a clown
 
 
          C          
    It's a heartache,
                  Em
    nothing but a heartache,
                       F          
    love him till your arms break,
                       C G
    then he let's you down
 
             F                  G
    It ain't right with love to share,
             Em              Am   
    when you find he doesn't care,
        G F Em G
    for you
 
             F                G
    It ain't wise to need someone,
              Em         Am           G F Em
    as much as I depended on you
 
 
          C          
    It's a heartache,
                  Em
    nothing but a heartache,
                       F        
    hits you when it's too late,
                          C G
    hits you when you're down
           C           
    It's a fool's game,
                   Em
    nothing but a fool's game,
                    F         
    standing in the cold rain,
                    C G
    feeling like a clown
 

    * C Em F C G *


          C          
    It's a heartache,
                  Em
    nothing but a heartache,
                       F          
    love him till your arms break,
                       C G
    then he let's you down
 
             F                  G
    It ain't right with love to share,
             Em              Am   
    when you find he doesn't care,
        G F Em G
    for you
 
             F                G
    It ain't wise to need someone,
              Em         Am           G F Em
    as much as I depended on, you
 
 
          C         
   It's a heartache,
                  Em
   nothing but a heartache,
                       F          
    love him till your arms break,
                      C G
    then he lets you down
           C                 Em
    It's a fool's game,
                    F         
    standing in the cold rain,
                    C G
    feeling like a clown
           C              Em
    It's a heartache,
                       F          
    love him till your arms break,
                      C G
    then he lets you down
           C
    It's a heartache

Tuesday, 15 April 2025

Q-2000 hair dryer repair

Sebelum ini saya peenah kongsikan beberapa alat pengering rambut seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini, sini dan sini.

Hari ini saya dirujuk sebuah alat pengering rambut dengan label, Quick 2000 professional, model Q-2000 dan masalahnya seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Masalah sedemikian merupakan pengalaman pertama dan kemungkinan besar adalah disebabkan kehabisan 'carbon brush' pada motor.

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, jelas kelihatan salah satu 'carbon brush' bermasalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gambar di bawah menunjukkan salah satu 'carbon brush' hanya tinggal sedikit sahaja setelah dikeluarkan dari motor kipas.

Untuk makluman semua, saya terpaksa potong 'carbon brush' biasa dan diasah sehingga saiznya sama dengan 'carbon brush' asal berikutan tiada alat ganti di pasaran tempatan.

Cara memasang kembali boleh ditonton pada klip video di bawah.

Alat pengering rambut ini berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan satu 'carbon brush' sahaja.

Selamat berDIY...

Saturday, 12 April 2025

Clash Of Clan 6th builder (B.O.B's Hut aka Master Builder's Hut)

Saya mula bermain Clash Of Clan sejak mula diperkenalkan dan hari ini saya kongsikan bagaimana untuk mendapatkan builder ke-6 supaya proses menaiktaraf lepas pantas.

Master Builder's Hut

Builder ke-6 mula diperkenalkan beberapa tahun yang lalu dan dikenali sebagai 'Master Builder's Hut' seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Tidak lama selepas itu ianya bertukar nama menjadi B.O.B's Hut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

B.O.B's Hut

Syarat utama untuk mendapatkan B.O.B's Hut ialah anda perlu menaiktaraf builder hall ke level 9.

Syarat 1 - Builder Hall 9

Ianya dikenali sebagai B.O.B control sewaktu dibeli setelah mencapai Builder Hall 9 seperti pada gambar di bawah.

Selepas B.O.B control dibeli anda perlu melakukan naiktaraf sehingga level 5 dan naiktaraf seterusnya bertukar menjadi B.O.B's Hut iaitu builder ke-6 dan ianya akan berpindah dari builder base ke home village.

Syarat ke-2 (troop level 18)

Gambar-gambar tangkap layar di atas dan di bawah ialah 3 syarat perlu dipenuhi sebelum builder ke-6 muncul.

Syarat ke-3 (defense level 9)

Sewaktu mula diperkenalkan, ianya dikenali sebagai 'Master Builder's Hut' dan ianya boleh dipindahkan di antara builder base dan home village.

Syarat ke-4 (hero total level 45)

Setelah bertukar nama menjadi B.O.B's Hut, ianya kekal berada di home village sehingga kini dan dalam masa yang sama builder base yang pada mulanya hanya mempunyai 1 builder kini diberi 2 builder.

6 builder...

Gambar di bawah ialah 'Master Builder's Hut' sewaktu baru diperkenalkan dan dilengkapi dengan butang 'TRAVEL' untuk dipindahkan di antara home village dan builder base

Press 'travel'...

Klip video di bawah saya rakam sewaktu menaiktaraf B.O.B's Hut dari level 4 ke level 5 sebelum disimpan pada home village.

Wednesday, 9 April 2025

Desktop motherboard repair - ZX-I945LM V3.3A

Papan litar ini pernah dirujuk kepada saya beberapa tahun yang lalu dan anda boleh rujuk di sini.

Desktop motherboard...

Kali ini ianya dirujuk semula dengan masalah serupa iaitu sebiji kapasitor telah kembung seperti telah saya labelkan pada gambar di atas.

ZX-I945LM V3.3A

Nilai kapasitor tersebut ialah 1000uf, 6.3v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah siap di ganti.

Gantikan kapasitor yang telah kembung...

Untuk pengetahuan semua, kapasitor yang kembung harus ditukar. Punca kapasitor kembung ialah akibat panas melampau berikutan kemampuannya telah menyusut mengikut masa.

Kapasitor kembung vs kapasitor baru...

Pemeriksaan menggunakan multimeter pada kapasitor kembung tersebut boleh ditonton pada klip video di bawah. Nilai kapasitannya berubah-ubah dan nilai yang tercatat jauh berbeza dari label iaitu 1000uf.

Selamat berDIY...

Sunday, 6 April 2025

Nanas

Beberapa tahun yang lalu saya telah diberi sebiji nanas dan setelah di makan, saya tanam jambul nanas tersebut.

16/12/2024

Seingat saya, saya telah menuai sekali nanas yang telah di tanam dan melakukan serupa dengan menanam jambulnya semula.

28/12/2024

Nanas yang ditanam telah ditemui berbuah pada 16/12/2024 seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

01/01/2025 (berbunga)

Nanas merupakan tanamam yang unik iaitu berbuah dahulu dan berbunga kemudian.

Warna bunganya ungu dan tumbuh pada setiap mata nanas seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

24/01/2025

Setelah kesemua bunganya gugur, warna pink pada asalnya mula berubah ke warna hijau seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

24/02/2025

Nanas mengambil masa yang lama untuk berbuah iaitu kira-kira 3 tahun setelah ditanam. Ianya harus ditanam di kawasan yang mendapat pencahayaan matahari sepanjang hari.

24/03/2025

Warna hijau akan berubah menjadi kuning kira-kira 3 bulan selepas itu seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

02/04/2025

Nanas yang telah masak mengeluarkan bau wanginya dan keseluruhan kulitnya berwarna kuning keemasan.