Hari ini saya kongsikan pengalaman yang belum pernah lalui dirujuk microwave untuk dibaiki sebelum ini.
![]() |
Jenama: Panasonic |
Microwave yang dirujuk kali ini berjenana Panasonic, model NN-ST342M dan pemilik hanya khabarkan kepada saya ianya boleh dihidupkan namun tidak panas sahaja.
Sewaktu mengujinya, saya dapati microwave ini sangat senyap dan ianya boleh panas seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
![]() |
Model: NN-ST342M |
Berdasarkan pengalaman lepas, saya telah perasan kehilangan sesuatu dari bunyi yang sangat senyap dan yang kedengaran hanya bunyi dengung dari HV transformer sahaja.
![]() |
Setelah penutup dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, akhirnya terjawab apabila saya dapati masalahnya pada kipas. Tiada keterusan apabila saya uji gegelung (coil) kipas tersebut menggunakan multimeter.
![]() |
Keluarkan kipas... |
Saya buka kipas tersebut dan kelihatannya sangat bersih serta tiada kesan yang meragukan seperti kesan terbakar atau panas melampau boleh dilihat dengan mata kasar.
![]() |
Label kipas - 18W/240v/50Hz |
Ini merupakan pengalaman pertama saya melibatkan kipas yang gagal berfungsi pada microwave. Memandangkan ujian menggunakan multimeter ialah tiada keterusan pada gegelung, tugas seterusnya ialah cari di mana ianya putus.
![]() |
Coil putus... |
Setelah puas membelek gegelung kipas tersebut, akhirnya saya menemui sambungan gegelungnya putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Pateri kembali coil yang putus... |
Masalah selesai setelah gegelung yang putus telah saya pateri kembali pada penyambungnya dan bacaan rintangan gegelung tersebut ialah kira-kira 435Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
435Ω |
Untuk pengetahuan semua, fungsi kipas ini ialah untuk menyejukkan bahagian voltan tinggi (HV) iaitu magnetron dan HV transformer.
Microwave ini sedikit unik pada pengetahuan saya di mana apabila dibekalkan arus elektrik, apa yang terpapar pada indikator ialah 88:88 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Microwave ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan tambahan iaitu 'child lock'. Perkataan 'Child' terpapar pada skrin dengan menekan butang 'start' sebanyak 3 kali seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan pintu tidak dapat dibuka lagi.
Cara untuk memadamkan 'child lock' ialah dengan menekan butang 'stop/reset' sebanyak 3 kali sahaja.
Microwave ini berjaya diselamatkan dengan hanya menyambungkan gegelung kipas yang putus sahaja.
Klip video di bawah saya rakam setelah kipas telah dibaiki dan anda boleh bandingkan dengan klip video di atas yang kipasnya tidak berfungsi.
Selamat berDIY...