Friday 6 April 2012

Maksud Nombor Pada Tayar

Setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keupayaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. Sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. Cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya satu demi satu.

Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 225/50R16 92V. Nombor 225 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar tersebut. Nombor 50 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 50% kelebaran tayar tersebut. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasikan sebagai tayar profil rendah. Tayar yang berprofil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih baik walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 16 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter yang lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter yang sama.

Nombor 92 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar tersebut. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "92" kita perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut berat tayar" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. Sebagai contoh, nombor 92 bermakna tayar tersebut mampu memikul berat maksima 630 kilogram. Berat maksima merujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan dengan jumlah tayar (biasanya 4) untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 630 x 4 = 2520 kg)

Huruf "V" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan V dalam contoh bermakna bahawa tayar tersebut berkemampuan mengendali kelajuan mencecah 240km/j. Di bawah merupakan senarai carta kelajuan maksimum yang diwakili oleh setiap huruf abjad.

S - 180km/j
T - 190km/j
U - 200km/j
H - 210km/j
V - 240km/j
Z - melebihi hadlaju 240km/j
W - 270km/j
ZR - melebihi hadlaju 270km/j
Y - 300km/j


















Rujukan

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.