Wednesday 5 August 1987

Isu kalimah Allah

Copy & Paste

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

Saya tak berapa berminat nak ulas tentang isu ni sebab dia isu lama, dan sebelum ni saya dah ulas beberapa kali (waktu awal-awal kes ni dulu tahun sekitar tahun 2010), tapi bukan kat blog nilah, kat blog lain waktu tu. Saya malas nak ulas sebab ramai lagi tak faham pasal isu ni, tapi ia isu yang sensitif dan masing-masing pula buat andaian dan hukuman sendiri, dan daripada buang masa saya terlibat dengan debat dan perbincangan yang tak habis-habis, ada baiknya saya elak saja dari cakap pasal benda ni, dan fokus pada perkara lain dalam hidup saya. 

Tapi ada pula orang yang bertanya saya pasal pandangan saya berkenaan perkara ni, dan memandangkan mungkin ada juga yang boleh dapat manfaat dari ulasan saya, jadi saya rasa saya akan ulas juga sikit la. 

Pertama sekali, isu dia apa. Perkataan Allah tu apa maksud dia? Dalam Islam sendiri tak dijelaskan, jadi sebab tu ada dua pendapat di kalangan ulama, ada yang kata Allah tu datang dari perkataan al-ilah (atau the God, tuhan yang satu atau utama), dan ada yang kata memang Allah tu nama tuhan. Pandangan pertama ni kata sebab orang Arab biasa sebut al-Ilah, akhirnya dia jadi Allah, jadi ni maksud perkataan ni hanyalah perkataan yang direka manusia yang datang dari bahasa Arab. 

Pandangan kedua kata Allah ni memang nama dia. Maksudnya kalau Allah nak perkenalkan diri dia dalam bahasa lain pun, dia akan kata nama dia Allah, atau kalau dia nak tulis nama dia, dia akan tulis sebagai "Allah". Pandangan kedua ni kata yang Allah tu nama khas macam nama Abu Bakar, atau Ah Chong atau Muthusamy. 

Jadi pandangan mana yang betul? 

Inilah masalahnya agama Islam, persoalan pokok macam ni pun tak dijelaskan, jadi pengikut agama ni jadi keliru dan berdebat sesama sendiri dan membuat andaian sendiri bagi agama mereka. Bagi saya, saya lebih cenderung ke arah pandangan pertama, sejak saya masih Islam lagi sebenarnya. Sebab apa, sebab kalau Allah tu memang nama khas tuhan, sepatutnya nama ni boleh dijumpai di dalam tamadun di serata dunia, sebab Islam ajar yang nabi dihantar ke seluruh umat sepanjang sejarah, jadi sepatutnya nama Allah ni ada merata-rata, boleh dijumpai di tamadun Mesir, tamadun China, di pedalaman Amazon, di kepulauan Polynesia, Afrika dan Siberia serta Hawaii. Nama ni sepatutnya jadi sangat terkenal dan disebut oleh semua masyarakat dunia sebab kononnya pernah digunakan satu ketika dulu semasa nabi-nabi dihantar, dan tak mungkinlah nama ni hilang langsung dari sejarah semata-mata kerana orang mula menyimpang.

Jadi sebab itu saya cenderung berpendapat pandangan pertama lebih kukuh,  manakala pandangan kedua ni lebih kepada cerita dongeng sebenarnya. Tambahan pula, nama Allah ni hanya asalnya wujud dalam bahasa Arab, dan wujud juga dalam bentuk yang serupa, dalam bahasa-bahasa yang serumpun dengan Arab, contohnya dalam bahasa ibrani dan bahasa Aramaik di Timur Tengah. Varian perkataan Allah ni adalah El atau Eloh (dalam bahasa Ibrani) dan Alaha (dalam bahasa Aramaik). Di luar daripada bahasa timur tengah ni, perkataan Allah ni tak wujud, dan hanya wujud secara meluas selepas Islam tersebar.

Jadi memandangkan perkataan ni wujud hanya dalam bahasa Arab, dan hanya wujud dalam varian berbeza dalam bahasa yang dekat dengan bahasa Arab, dan perkataan tu sangat hampir dengan perkataan al-Ilah, jadi maka tentulah perkataan ni memang perkataan bahasa Arab saja, yang direka oleh manusia untuk merujuk pada tuhan. 

Bukanlah maksud kalau tuhan tu ada tanda nama yang dipakai di dadanya, maka akan tertulis pula perkataan "Allah". Ini mengarut. Kalau dia ada nama sekalipun, namanya mungkin susah sangat nak disebut oleh manusia. Kalau dia ada nama khusus macam Allah, yang bunyinya tersangatlah Arab dan hanya boleh ditemui dalam bahasa Arab, ini menunjukkan dia tu ada sifat macam manusia, iaitu ada nama khas. Tapi Qur'an sendiri kata Allah tu tak sama dengan makhluk. Macam mana tu?

Ok, balik kepada isu kalimah Allah ni. Kalau memang kita dah tau yang Allah tu cuma perkataan Arab, apa yang nak dikecohkan sangat orang nak guna perkataan Arab ni? Untuk makluman, orang Kristian Malaysia memang dah lama guna perkataan Allah ni nak rujuk kepada tuhan, sebab diorang terikut dengan penggunaan bahasa Melayu untuk merujuk pada tuhan, jadi diorang nak rujuk pada tuhan diorang pun, diorang sebut Allah.

Tapi, memang orang Kristian guna perkataan Allah ni tak sama dengan orang Islam, sebab orang Kristian akan cakap Allah ni hanya perkataan yang boleh merujuk kepada mana-mana tuhan (termasuk tuhan diorang). Contoh, orang Kristian boleh kata "Allah kau siapa? Allah aku Yesus", atau "Di dunia ni, manusia menyembah pelbagai macam allah, hindu ada allah mereka, buddha ada allah-allah mereka, tapi allah kitalah yang benar, iaitu Allah Bapa, anak dan Ruhul Kudus". Perkataan "tuhan" dan "allah" digunakan sekali, sama macam bahasa inggeris "lord" dan "god".

Kata-kata macam ni memang orang Islam tak biasa dengar, dan boleh dikatakan mengelirukan orang Islam juga. Tapi adakah orang Kristian rasa keliru bila orang Islam pula guna perkataan Allah? Tak, sebab orang kristian faham perkataan Allah ni hanyalah maksud "entiti yang disembah, atau tuhan", manakala orang Islam faham perkataan Allah ni hanya khusus merujuk kepada tuhan mereka iaitu "Tuhan yang menurunkan Qur'an kepada Muhammad". Jadi dua-dua pihak kena faham apa yang dimaksudkan bila guna perkataan allah ni, barulah takda yang keliru. Sekarang ni, hanya orang Kristian yang faham, tapi orang Islam tak faham atau buat-buat tak faham, tu yang orang Islam Malaysia jadi fobia dan gerun.

Orang-orang Islam Indonesia dan orang-orang di Timur Tengah tak keliru bila orang Kristian juga perkataan Allah, sebab diorang tau yang perkataan ni cuma perkataan, dan allah ni digunakan oleh masyarakat kristian untuk merujuk tuhan yang disembah kristian juga . Dan bukannya perkataan tu ada kuasa ajaib, atau perkataan tu sendiri adalah tuhan pun. Jadi bila ada orang lain guna perkataan tu, diorang faham yang itu hanyalah kata-kata, atau bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada sesuatu. Dalam hal kristian ni, perkataan allah tu merujuk kepada mana-mana tuhan yang disembah, termasuklah tuhan mereka sendiri, iaitu tuhan Yesus. 

Apakah orang Islam ada hak untuk melarang orang Kristian guna perkataan allah ni? Takda hak sebenarnya. Hak atas dasar apa? Takut orang Islam keluar Islam dan masuk kristian? Kenapa tak cakap balik yang orang Kristian yang guna perkataan allah ni pula yang diragui masuk Islam? Tolonglah, tu perkataan saja, bukannya nama tuhan orang islam pun. 

Sebenarnya ada satu lagi "dosa" yang lebih besar yang quran sebut yang membuatkan langit sampai nak retak, iaitu adanya orang yang cakap "Dan berkata mereka Ar-Rahman mempunyai anak, sesungguhnya ia perkataan yang dasyat, langit hampir berkecai, bumi hampir terbelah dan gunung hampir runtuh kerana mengatakan ar-Rahman mempunyai anak". 

Menurut kitab orang Islam sendiri, Allah tak kata pun jangan guna perkataan rahman, atau jangan guna perkataan Allah, kitab umat Islam cuma kata yang kata-kata orang Kristian yang mengatakan ar-Rahman ada anak ini menyebabkan bumi hampir terbelah. Ada ke orang Kristian yang kata tuhan itu ar-Rahman? Ar-Rahman ni maksudnya yang maha penyayang saja. Tak kisahlah apa orang kristian panggil tuhan pun, tapi hanya menyebut yang tuhan ada anak saja, Qur'an mengajarkan, yang bumi ni hampir terbelah. Maksudnya, apa tuhan dipanggil tu tak penting, tapi konsep yang diajarkan tu yang dibangkang oleh Islam. Qur'an tak cakap pun jangan guna perkataan Allah untuk rujuk pada tuhan.

Bagi saya, ini satu isu kecil yang cukup membuang masa. Orang Islam perlu belajar untuk belajar tentang agama sendiri dan jangan takut sangat iman mereka akan rapuh. Kalau mereka dah belajar mendalam tetapi iman masih rapuh, tu maksudnya batu asas agama Islam tu lemah. Maksudnya Islam itu sendiri agama yang rapuh dan goyah. Biarlah masing-masing sembah tuhan masing-masing, dengan nak panggil apa pun panggillah. Bagi saya, kedua-dua agama ni hanya membuang masa mereka menyembah tuhan yang tak wujud, tapi bagi mereka yang percaya pada kedua-dua agama ni, tolonglah belajar untuk menerima masing-masing dan tak perlu bergaduh tentang perkara yang membuang masa ni.