Thursday 28 February 2019

HAWK power amplifier repair

Kadang-kadang saya perasan bahawa masalah kerosakan barangan eletronik ini bermusim. Bulan ini sahaja saya telah dirujuk sebanyak 3 biji amplifier untuk di baiki dan kesemuanya boleh dibaiki.

Kali ini amplifier berjenama HAWK, model: HP-2.170. Saya cuba google untuk mengetahui lebih lanjut jenama amplifier tersebut namun satu pun tak dijumpai.
Pandangan luar amplifier berjenama HAWK
Menurut pemiliknya, amplifier tersebut pernah rosak dan telah dibaiki sebelum ini. Setelah dibuka, tiada kerosakan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Fius juga tidak putus tetapi tidak boleh dihidupkan langsung apabila eletrik dibekalkan.
Bahagian bertanda merupakan komponen yang didapati rosak
Apabila diperiksa menyeluruh, berikut merupakan komponen yang di dapati rosak:-
  1. 2 biji transistor - B817
  2. 2 biji transistor - D1047
  3. 2 biji N-channel MOSFET - IFRZ34
  4. 2 biji kapasitor 4700uF, 35V
Komponen yang rosak...
Saya juga mengalami masalah untuk mendapatkan N-channel MOSFET IFRZ34 namun  saya gantikan dengan menggunakan P60NF06. Walaupun nombor berbeza namun kemampuan serta keupayaannya adalah sama iaitu 60V, 30A.
Lampu merah menyala...
Setelah kesemua komponen yang rosak di ganti dan diuji, amplifier tersebut boleh digunakan semula. Terima kasih kepada pemilik amplifier tersebut kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk cuba membaikinya.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday 26 February 2019

FERRiS 2 Channel Power Amplifier (1800W) repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki amplifier kereta berjenama FERRiS. Ketika amplifier ini dirujuk kepada saya, pemiliknya tidak ingat lagi masalah sebenar amplifier tersebut disebabkan telah lama rosak dan disimpan.

Cubaan pertama saya ialah membekalkan 12V elektrik kepada amplifier tersebut dan lampu indikator berwarna hijau tidak menyala. Amplifier ini dibekalkan dengan fius 35A dan tidak putus, ini bermaksud terdapat komponen yang telah rosak sehingga tidak dapat membekalkan elektrik untuk kegunaannya.
Pandangan luar amplifier berjenama FERRiS
Seperti biasa, jika kita ingin membaikinya, kita haruslah membuka dan memeriksa komponen di dalamnya. Komponen pertama yang saya periksa ialah power transistor dan keempat-empatnya berkeadaan baik.
Papan litar setelah dibuka
Komponen kedua yang saya periksa ialah MOSFET transistor dan keempat-empatnya juga dalam keadaan baik.

Seterusnya saya periksa diod dan kesemuannya juga tidak mengalami sebarang kerosakan.
Perintang 1K putus dan harus di ganti
Memandangkan komponen besar yang sering mengalami kerosakan berkeadaan baik, seterusnya saya memeriksa komponen yang lebih halus iaitu perintang. Setelah hampir sejam memeriksa satu per satu, akhirnya saya menjumpai sebiji perintang seribu ohm didapati putus seperti pada gambar di atas.
Perintang 1K (Choklat, hitam, merah)
Lampu hijau dah menyala
Setelah diganti perintang tersebut dan dibekalkan 12v elektrik, lampu hijau kini menyala.
Pandai buka, kena juga pandai pasang kembali...

Bahagian skru di gam...
Untuk pengetahuan semua, bahagian skru di dalam amplifier haruslah digam agar tidak tertanggal dan mengakibatkan litar pintas dan merosakkan amplifier.

Saya pernah membaiki amplifier yang mengalami litar pintas disebabkan oleh skru yang tertanggal dan ianya melibatkan banyak komponen yang rosak.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday 23 February 2019

Baiki PENSONIC PTF-53A Thermo Pot/Flask

Thermo pot/flask ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Kali ini dia kembali dengan masalah yang berbeza iaitu lampu indikator berwarna merah & hijau tidak menyala.
Pandangan atas
Walaupun lampu tersebut tidak menyala namun fungsinya untuk memasak (boiling) dan mengekalkan suhu (keep warm) tidak terjejas. Dengan yang demikian kita cuma perlu memeriksa papan litar indikator sahaja.
peringtang 100K putus
Seperti biasa jika ingin memeriksanya, kita harus membuka papan litar tersebut dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas. Papan litar tersebut cuma mengandungi 2 biji LED, 2 biji diod, 2 biji suis & sebiji perintang 100K ohm.

Setelah diperiksa, cuma perintang sahaja yang didapati rosak dan harus diganti
Lampu merah menyala (tested - ok)

Lampu hijau menyala (tested - ok)
Selamat mencuba...

Saturday 16 February 2019

STELLAR SD-460ABK 4 channel mosfet Power Amplifier repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki power amplifier berjenama STELLAR, Model: SD-460ABK.

Pemilik amplifier tersebut memberitahu saya bahawa amplifier tersebut rosak akibat daripada sebiji skru tertanggal dan berlakunya litar pintas.

Ketika diujuk kepada saya jelas kelihatan kedua-dua fius 25A telah putus dan menurut pemilik, beliau telah menukar fius yang baru namun gagal menghidupkan amplifier tersebut malahan fius yang baru putus lagi.
STELLAR SD-460ABK
Seperti biasa saya tidak akan mencuba dengan hanya menukar fius sahaja. Gambar di bawah merupakan pandangan bahagian dalam amplifier apabila penutupnya dibuka.
Papan litar
Tiada kerosakan komponen yang boleh dilihat dengan mata kasar. Setelah diperiksa menyeluruh, beberapa komponen didapati rosak seperti bertanda pada gambar di bawah.
Komponen yang rosak
Komponen yang rosak ialah:-
1. 2 biji fius 25A
2. 2 biji P55NF06, N-Channel power mosfet transistor.
3. 2 biji kapasitor 4700uF, 35V
P55NF06 transistor yang rosak

Kapasitor yang harus di tukar
Untuk makluman kapasitor pada gambar di atas saya tukar disebabkan nilainya telah menyusut melebihi 50%. Jika tidak ditukar, ianya masih boleh digunakan namun kemampuan amplifier bukan di tahap optimum terutamanya ketika meninggikan kenyaringan audio.
Bacaan kapasitor lama hanya 2210uF sahaja

Bacaan kapasitor baru ialah 4800uF

Sambungkan bekalan eletrik 12V
Setelah kesemua komponen yang rosak diganti, amplifier tersebut kini boleh dihidupkan dan kembali berkhidmat.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday 13 February 2019

Potentiometer 6 kaki (6 leg potentiometer conversion)

Hari ini saya kongsikan cara mengubahsuai pendawaian potentiometer lama kepada yang lebih baru. Potentiometer banyak digunakan pada radio kaset lama dan jika rosak, peluang untuk mencari alat ganti yang 100% sama amatlah susah.

Saya telah mengalaminya apabila radio vintange berjenama SANYO, Model: M9935K telah mengalami kerosakan pada potentiometer 'volume', 'balance' & 'Treble'.

Berikut adalah cara bagaimana pengubahsuaian yang harus dilakukan:-
Kiri: potentiometer lama & Kanan: Potentiometer yang baru.

Kiri: potentiometer lama & Kanan: Potentiometer yang baru.

Cara pendawaian...
Gambar di atas merupakan cara pendawaian yang harus dilakukan agar potentiometer yang baru di sebelah kanan akan berfungsi sepenuhnya seperti sedia kala.
Sebelum (Kiri: potentiometer untuk 'volume')

Selepas (Kiri: Potentiometer untuk 'volume' yg baru)
Selamat mencuba...

Monday 11 February 2019

Air Lidah Buaya

Lidah buaya (Aloe Vera) yang saya tanam ini merupakan baka yang digunakan oleh salah satu pengeluar product terkenal, Forever Living. Baka tersebut di bawa balik oleh kawan saya yang telah melawat ladang lidah buaya di Texas.

Pokok lidah buaya ini amat mudah ditanam dan boleh ditanam dengan menggunakan pasu bunga sahaja. Hanya daun lidah buaya yang matang sahaja yang digunakan untuk membuat minuman.

Daun lidah buaya yang matang berwarna hijau dan tidak mempunyai bintik-bintik putih pada kulitnya. Berikut merupakan cara untuk menyediakan minuman air lidah buaya:-

1. Cuci dan potong daun lidah buaya
2. Buang kulit lidah buaya yang berwarna hijau
3. Setelah dibuang kulit, cuci dengan bersih
4. Potong isi lidah buaya mengikut citarasa anda & cuci semula
5. Masak isi lidah buaya.

Isi lidah buaya yang telah masak akan berubah warna dari lutsinar menjadi seakan-akan agar-agar seperti pada gambar di atas.

Tambahkan sedikit gula supaya ianya lebih enak untuk di minum.

Selamat mencuba...