Thursday 12 October 2017

MERCK Intellectual treadmill repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sebuah treadmill yang telah berusia 10 tahun. Setelah menghubungi pihak pengedar, saya dimaklumkan bahawa tiada lagi keluaran model treadmill tersebut dan begitu juga dengan alat gantinya.

Treadmill yang dimaksudkan berjanama MERCK, model: Intellectual. Ketika treadmill tersebut dirujuk kepada saya ianya langsung tidak berfungsi selain daripada kerosakkan pada running belt yang dapat dilihat pada gambar di bawah.
Bahagian luaran kelihatan 'running belt' telah rosak...
Oleh kerana tiada alat ganti dari pihak pengedar/pengeluar, saya terpaksa cuba untuk membaiki mana-mana yang rosak. Setelah dibuka, komponen yang kelihatan didalam treadmill tersebut ialah papan litar utama, inverter, jek & motor seperti pada gambar di bawah.
Memandangkan treadmill tersebut langsung tak berfungsi, saya menjangkan kerosakkan ialah pada "power supply" seperti pada gambar di bawah.
Papan litar utama

Begini lah rupa papan litar utama selepas dibuka

Transformer di bawah papan litar utama
Setelah diperiksa, masalah ketiadaan belakalan elektrik adalah disebabkan oleh kerosakan pada transformer seperti pada gambar di bawah.
Transformer bahagian sekunder telah rosak
Transformer yang digunakan juga menghadapi masalah untuk mendapatkan alat ganti disebabkan output transformer tersebut memerlukan 9V/2A dan 12V/0.3A. 
Oleh kerana tiada alat ganti di pasaran, saya terpaksa mengubahsuai dengan memasang 2 biji transformer untuk membekalkan elektrik 9V & 12V kepada papan litar utama tersebut seperti gambar di atas.
Yeah... dah berfungsi...

Inverter berjenama "ALTIVAR 11" buatan Perancis (France)
Gambar di atas merupakan inverter yang digunakan untuk mengawal kelajuan motor pada treadmill. Memandangkan treadmill tersebut telah lama tidak digunakan, 'setting' pada inverter juga banyak yang tak sesuai dan harus di 'calibrate' semula.

Anda boleh mendapatkan panduan menukar 'setting' pada inverter tersebut disini
Running belt yang baru
Setelah treadmill tersebut telah kembali berfungsi, kini giliran untuk menukar 'running belt' pada treadmill tersebut. Untuk makluman, saya juga menghadapi masalah untuk mendapatkan alat ganti untuk 'running belt' tersebut dan terpaksa mencari penggantinya secara online. Saya membeli 'running belt' tersebut secara online disini.

Gambar berikut menunjukkan bahagian yang harus dibuka untuk mengeluarkan 'running belt' tersebut.
allen key bahagian belakang harus dibuka

allen key pada bahagian hadapan juga harus dibuka

setelah roller depan dibuka

sensor kelajuan

dah telanjang setelah dikeluarkan 'running belt'

running belt lama rosak & koyak

Running deck

Pandai buka, kena pandai pasang kembali...
Setelah dibaiki, kini saya yakin treadmill tersebut boleh berkhidmat selama 10 tahun lagi...

5 comments:

  1. Ada buat repair in jb tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berada di Miri, Sarawak. Jika perlukan khidmat membaiki boleh uruskan 'case to case basis'.

      Delete
  2. Running deck saya mcm dh patah.. Kat mana nk cari part?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba tanya tempat di mana anda beli treadmill anda untuk mendapatkan bantuan.

      Saya suruh kilang papan lapis bantu buatkan dan harganya dalam kira-kira RM250 - RM300 sekeping bergantung kepada siaz serta ketebalannya.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.