Thursday, 7 August 2025

Aroma Diffuser BY-PD09 repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah aroma diffuser model BY-PD09 dengan masalah gagal berfungsi.

Aroma diffuser

Aroma diffuser ini menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas semula dan dapatan awal mendapati ianya cepat penuh bila dicas namun gagal berfungsi.

Model: BY-PD09

Dari pengalaman lepas, masalah sedemikian adalah disebabkan kerosakkan bateri yang merupakan komponen 'wear & tear'.

Buka penutup bahagian bawah...

Aroma diffuser ini menggunakan bateri lithium 18650 dengan rating 3.7v, 7800mAh seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bateri rosak...

Masalah selesai setelah bateri telah saya gantikan dengan yang baru dan ianya kembali berfungsi semula.

Gantikan bateri baru...

Untuk pengetahuan semua, jangka hayat bateri lithium seperti ini ialah kira-kira dua hingga tiga tahun sahaja bergantung kepada kekerapan ianya gunakan atau lebih tepat kekerapan bateri dicas.

Testing...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.