Telco telefon bimbit pertama saya ialah TMTouch. Setelah TMTouch bergabung dengan Celcom, saya telah beralih kepada telco Hotlink/Maxis.
![]() |
1. Dail *100# & tekan butang call... |
Disebabkan pakej internet Hotlink/Maxis mahal, saya telah mendaftar talian DiGi khas untuk perkhidmatan internet serta kekalkan talian Hotlink/Maxis sebab semua pendaftaran atas talian menggunakannya.
![]() |
2. Pilih 6 - akaun saya dan lain-lain... |
Cara termurah untuk mengekalkan talian supaya tidak dipotong ialah, saya tambah nilai RM5 setiap 3 bulan dan setelah nilai terkumpul cecah RM33, saya beli validity setahun (365 hari).
![]() |
3. Pilih 3 - beli validity... |
Gambar-gambar tangkap layar di atas dan di bawah ialah cara membeli validity setahun untuk telco Hotlink/Maxis saya.
![]() |
4. Pilih 2 - RM33 utk menambah 365 hari... |
Setelah tamat tempoh 365 hari, saya akan tambah nilai RM5 setiap 3 bulan lagi agar talian tidak dipotong dan begitulah proses berulang-ulang sehingga ke hari ini untuk kekal aktif.
![]() |
Selesai... |
Untuk pengetahuan semua, saya telah banyak kali mengadu kepada MCMC sebab hotlink/maxis mencuri kredit saya melalui 'internet pay per use' sedangkan saya tidak melanggan internet dan anda boleh rujuk di sini dan sini.
![]() |
Dial *122# dan tekan butang dail untuk semak... |
Gambar tangkap layar di bawah ialah penyata terbaru maxis/hotlink mencuri kredit melalui 'internet pay per use' setelah menambah nilai RM5.
![]() |
Hotlink/Maxis mencuri melalui 'internet pay per use'... |
Jika anda adalah pelanggan hotlink/maxis, adakah anda perasan kredit telah dicuri?
Renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.