Friday, 30 May 2025

Baiki mesin jahit mini

Sejak kanak-kanak lagi saya sering melihat ibu menjahit menggunakan mesin jahit serta tahu bagaimana mesin jahit berfungsi.

Mesin jahit mini tanpa jenama buatan China...

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah mesin jahit mini buatan China menggunakan kuasa elektrik dengan masalah gagal menjahit.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati masalahnya ialah benang pada bahagian bawah gagal dikait oleh mesin sewaktu jarum mencucuk ke bawah.

Buka skru & laraskan mengikut kesesuaian...

Ini disebabkan bahagian yang mengait benang hanya sampai ke bahagian jarum setelah jarum ditarik naik oleh mesin.

Percubaan pertama saya ialah buka gear yang dilabel pada gambar di atas dan alihkan satu gigi ke depan agar pengait benang sampai ke bahagian jarum ketika jarum mencucuk kain serta mengait benang sebelum ditarik naik.

Foot pedal & power supply (12v, 1.5A)

Masalah selesai dengan percubaan saya di atas dan ianya telah berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula.

Adaptor 12v, 1.5A

Sehingga blog ini ditulis, saya masih lagi tidak tahu kenapa kedudukan pengait mesin jahit ini boleh lari satu gigi dari kedudukan asal.

Benang pada hujung jarum...

Anda akan faham bagaimana mesin jahit berfungsi jika anda tahun bagaimana tukang kasut menjahit kasut.

16 pilihan...

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah siap dibaiki.

Selamat berDIY...

Tuesday, 27 May 2025

Buah kundur (winter melon)

Buah kundur (winter melon) yang juga dikenali sebagai 'ash gourd' atau 'wax gourd' merupakan tumbuhan yang sangat mudah ditanam dan berbuah dalam masa yang singkat.

Kundur (winter melon)

Untuk pengetahuan semua, saya tidak pasti dari mana datangnya benih tersebut namun yang pasti ianya tumbuh sendiri di belakang rumah.

Bunga jantan...

Bunganya sedikit unik iaitu ada bunga jantan & bunga betina seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah. Perbezaannya ialah bunga betina ada buah namun akan gugur jika tiada pendebungaan berlaku.

Bunga betina...

Buah pada bunga betina yang telah melalui proses pendebungaan akan membesar dan matang dalam masa kira-kira sebulan sahaja.

Bersalji & boleh dipetik...

Buah boleh dipetik setelah kulit bahagian luarnya berubah warna dari hijau menjadi putih seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Buah yang telah dipetik boleh disimpan sehingga 6 bulan namun buah yang telah dipotong hanya bertahan kira-kira seminggu sahaja walaupun disimpan dalam peti sejuk.

Saya cuma menanam sepohon sahaja dan ianya menghasilkan 12 biji buah kundur.

Saturday, 24 May 2025

APC UPS BV650I-MS repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk UPS berjenama APC model BB650I-MS dengan masalah bunyi buzzer berterusan sewaktu tiada bekalan elektrik.

APC Uninterrupted Power Supply (UPS)

Majoriti masalah sedemikian adalah disebabkan kerosakkan bateri sahaja dan pengguna boleh DIY sendiri.

Model: BV650I-MS

Cara untuk mengenalpasti bateri bermasalah pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh tonton pada klip video di bawah.

Bateri yang digunakan ialah jenis 'lead-acid battery' dengan nombor rujukan 1270 (12v, 7Ah).

Setelah penutup bawah dibuka...

Anda cuma perlu buka 5 biji skru pada penutup bahagian bawah dan gantikan baterinya.

Bateri 12v, 7Ah

Untuk pengetahuan semua, jangka hayat bateri biasanya dalam 3 tahun dan jika bernasib baik boleh bertahan sehingga 5 tahun.

Tested - ok

Selamat berDIY... 

Wednesday, 21 May 2025

rossmax X1 real fyzzy technology BP set

Semalam saya telah dirujuk sebuah 'BP set' berjenama rossmax model X1 dan diberitahu oleh pemilik ianya gagal berfungsi.

Klip video di atas saya rakam sewaktu mengujinya dan setelah butang 'start' ditekan ianya berakhir dengan simbol 'low batt'.

Berdasarkan 'user manual', jika simbol 'low batt' muncul bermaksud bateri harus diganti.

Masalah selesai setelah baterinya diganti dan kembali berfungsi semula tanpa masalah.

Tested - ok

Begini lah tugas kita sebagai tukang baiki di mana kadang-kadang kita perlu baca 'user manual' dan didik pelanggan.

Sunday, 18 May 2025

TOP power tool cordless chain saw

Beberapa minggu lepas saya dirujuk sebuah gergaji berantai (chain saw) tanpa wayar (cordless) berjenama TOP dengan masalah gagal berfungsi.

TOP power tool cordless chain saw

Menurut pemilik, masalah bermula sewaktu menggunakan chain saw tersebut dan tiba-tiba padam.

TOP power tool

Pemilik pada mulanya berpendapat kemungkinan baterinya telah kehabisan cas namun tetap gagal berfungsi walaupun bateri telah penuh dicas.

Setelah dibuka...

Gambar di bawah adalah komponen yang ada setelah dibuka dan semua elok sewaktu diperiksa.

Bateri - PCN - suis - motor

Klip video di bawah saya rakam sewaktu memeriksa suis menggunakan multimeter analog dan ianya elok.

Pemeriksaan pada papan litar saya dapati ada sebiji suis seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Reset button...

Masalah gagal selesai setelah butang tersebut telah saya tekan beberapa kali dan ianya adalah butang reset.

Brushless motor...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Monday, 12 May 2025

Gaabor FP03T-WH01A portable juicer repair

'Protable juicer' berjenama Gaabor, model FP03T-WH01A ini dirujuk kepada saya dengan masalah gagal berfungsi serta tidak mengecas.

Jenama: Gaabor

Mengikut label, ianya menggunakan bateri lithium dengan kuasa 30W seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Model: FP03T-WH01A

Gambar di bawah ialah keadaan di dalamnya setelah penutup bahagian bawah dibuka dan di dalamnya banyak kesan berkarat.

Setelah penutup bahagian bawah dibuka...

Penemuan pertama ialah baterinya kehabisan cas dengan bacaan 0.032v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bateri lithium kehabisan cas...

Masalah tidak mengecas adalah disebabkan voltan bateri di bawah voltan minimum. Biasanya voltan minimum bateri lithium ialah di antara 2.5v sehingga 3v.

Testing - charging...

Nasib agak baik sebab baterinya tidak rosak dan masih boleh digunakan setelah saya cas secara manual.

Motor berkarat...

Setelah masalah bateri selesai, pengisar ini masih gagal berfungsi dan pemeriksaan seterusnya mendapatkan motornya berkarat dan gagal berpusing.

Dynamo masih elok dan perlu dibersihkan...

Masalah selesai setelah motornya telah saya selengara serta dibersihkan.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Friday, 9 May 2025

TOYOTA Hilux turbo actuator

Turbo actuator ini dirujuk oleh pemiliknya kepada saya meminta untuk membaiki penyambung wayar yang patah.

Toyota Hilux turbo actuator...

Gambar di bawah ialah keadaan penyambung yang patah dan ianya hanya patah separuh sahaja. Bahagian di belakangnya tidak patah namun bengkok sedikit.

Penymbung patah...

Saya gam bahagian yang patah menggunakan super glue dan kepit ke kedudukan asalnya sehingga gam kering.

Klip sehingga gam kering...

Gambar di bawah adalah hasilnya setelah di gam menggunakan super glue sahaja dan masih boleh digunakan lagi.

Siap...

Untuk rekod, rintangan pada kedua-dua pin penyambung ialah 5Ω seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Tuesday, 6 May 2025

Panasonic MK-F310 food processor

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah pengisar (food processor) berjenama Panasonic, model MK-F310 dengan masalah gagal berfungsi.

Panasonic MK-F310 food processor

Setelah dibuka dan diperiksa, saya tidak menemui komponen yang rosak namun ianya boleh berfungsi jika saya tekan suis keselamatannya secara manual.

Model: MK-F310

Setelah diuji berulang kali, saya dapati suisnya tidak dihidupkan sewaktu cawan dipasang kepada pengisar.

Pecah...

Pemeriksaan teliti dengan mata kasar akhirnya saya dapati penahan cawan pecah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Baiki dengan kaedah 'plastic welding'...

Bahagian yang pecah tersebut saya baiki dengan melakukan 'plastic welding' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Masalah selesai setelah kesemua penahan yang pecah telah dibaiki serta diuji tanpa masalah. Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

 Selamat berDIY...

Saturday, 3 May 2025

Error H31 - Panasonic SR-CX108

Masalah periuk nasi ini telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

H31

Seperti dijanjikan pada entri lepas, saya telah gantikan papan litarnya dengan yang baru berikutan tiada alat ganti IC yang rosak.

MB-P10(LV)-V01

Untuk makluman semua, sewaktu membeli papan litar ini melalui dalam talian, ianya dilabel untuk kegunaan periuk nasi jenama Media.

Bahagian bawah papan litar...

Saya yakin ianya papan litar yang sama sebab nombor rujukannya 100% sama iaitu MB-P10(LV)-V01 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Midea = Panasonic

Periuk nasi ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah papan litarnya telah diganti.

Gantikan papan litar...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...