Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki power supply berjenama: DELL, Model: NPS-210AB A. Masalah power supply tersebut ketika dirujuk kepada saya ialah tiada bekalan eletrik output. .
 |
NPS-210AB A (Power Supply) |
Memandangkan komputer tersebut telah berusia melebihi 10 tahun dan tiada alat ganti di pasaran, maka ianya terpaksa dibaiki.
 |
Setelah dibuka.. |
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, kerosakannya hanya pada 3 biji kapasitor sahaja seperti pada gambar di bawah.
1. 10uF, 25v
2. 1500uF, 10v
3. 1uF, 50v
 |
Kapasitor berlabel 1, 2 & 3 perlu diganti |
 |
Kapasitor rosak |
 |
Kapasitor baru |
Setelah di ganti ketiga-tiga biji kapasitor tersebut & diuji, power supply tersebut boleh digunakan semula. Untuk mendapat bacaan 5v seperti pada gambar di bawah, terminal negatif pada wayar hitam & terminal positif pada wayar ungu.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...