Sunday 5 August 1990

Hukum Faraid dan kiraan yang bermasalah di dalam al-Qur'an

Copy & Paste

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

Hukum Fara'id disebutkan di dalam tiga tempat saja di dalam al-Qur'an, iaitu surah 4:11, 4:12 dan 4:176. Selain daripada ini ia disebutkan di dalam hadith, dan juga dibincangkan secara ekstensif oleh para ulama. Pun begitu, pembahagian yang diberikan al-Qur'an itu tidak terlepas dari masalah. Kiraan matematik dalam mengira pecahan harta pusaka yang diberikan al-Qur'an mempunyai masalah.

Contoh, Surah 4:11 menyebutkan jika seorang lelaki meninggal, dan dia meninggalkan seorang isteri, ibu dan bapa, serta dua anak perempuan, maka pembahagiannya adalah seperti berikut:

Isteri - 1/8

Ayah - 1/6

Ibu - 1/6

Anak perempuan - 2/3

Totalnya akan menjadi : 1/8 + 1/6 +1/6 + 2/3 = 1.125!!

Yang bermakna ia sudah lebih daripada angka 1. Perkiraan ini jelas satu kesalahan.

Masalah ini sebenarnya sudah lama disedari umat Islam, sejak dari zaman sahabat lagi selepas Muhammad meninggal mereka sudah berhadapan dengan masalah ini, dan mereka mendatangkan satu cara untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah ini dinamakan masalah "Aul".

Aul ni dari segi bahasa maksudnya kecurangan, kezaliman dan melepasi batas. Kalau dari segi istilah, maksudnya kurangnya bahagian waris, maksudnya apabila menuruti formula al-Qur'an, dan didapati jumlah kiraan tidak masuk akal, maka timbullah masalah Aul.

Masalah Aul ini timbul pada zaman sahabat. Pada zaman khalifah Ali, yang disebut kes al-Mimbariyah, dia dibawa sebuah kes yang melibatkan contoh yang saya bagi di atas, sewaktu dia di atas mimbar (sebab tu dipanggil al-mimbariyah). Disebabkan total dah lebih dari satu (maksudnya kiraan pusaka yang diberi dah melebihi dari pusaka yang ada), maka Saidina Ali menukarkan pecahan pembahagian jadi seperti berikut di bawah. Ini dipanggil "Aul 24":

Gantikan semua bahagian di bawah menjadi angka yang sama (Gandaan sepunya terkecil):

Asalnya dari ini:

1/8 + 1/6 +1/6 + 2/3 = 1.125 (Formula bermasalah)

menjadi ini:

3/24 + 4/24 + 4/24 + 16/24 = 27/24 (1.125) (Masih bermasalah)

Tetapi, tukarkan angka 24 menjadi 27, maka masalah selesai:

3/27 + 4/27 +4/27 +16/27 = 27/27 (1)

Jadi masalah selesai dengan cara semua orang mendapat pecahan harta yang sedikit kurang, tetapi dirasai semua. Ini cara kiraan baru untuk membetulkan formula Qur'an yang bermasalah. Maksudnya pecahannya apabila dijumlahkan kini baru menjadi 1.

Untuk lebih faham, ada satu lagi insiden ketika zaman Umar al-Khattab, di mana ada kes yang dibawa kepadanya yang melibatkan seorang wanita yang meninggal dan mempunyai suami dan dua adik-beradik perempuan. Kalau ikut al-Qur'an, suami akan dapat 1/2 (jika tiada anak, surah 4:12) dan adik beradik perempuan dapat 2/3 (surah 4:176). Kalau dijumlahkan ia akan jadi 7/6. Ini satu masalah juga, yakni:

1/2  (suami) + 2/3 (adik-beradik perempuan) = 7/6 (Formula bermasalah)

Maksudnya, kalau nak bagi contoh, kalau ada harta bernilai RM1,000,000 

RM1,000,000 x 1/2 (suami)= RM 500,000

RM1,000,000 x 2/3 (adik-beradik perempuan)= RM 666,666.67

Ini dah melebihi 1 juta, sebab RM500,000 + RM666,666.67 = RM1,166,66.67 !!

Jadi bagaimana nak bahagikan? Jadi dengan cara "Aul 7", Umar menukarkan formula Qur’an yang salah di bawah:

1/2 + 2/3 = 7/6 (formula bermasalah)

Dapatkan gandaan sepunya terkecil untuk menjadi:

 3/6 + 4/6 = 7/6 (Masih bermasalah)

Tukarkan formula yang masih bermasalah di atas, untuk menjadi 3/7 + 4/7 = 7/7, maka selesai masalah. Lihat rajah di bawah:

Sumber: di sini

Jadi harta RM1,000,000 tadi dikira semula:

RM1,000,000 x 3/7 = RM428, 571.43

RM1,000,000 x 4/7 = RM571,428.57

RM428,571.43 + RM571,428.57 =RM1,000,000 (maka baru betul, cukup untuk diagihkan kepada kedua pihak, dengan mengubah formula al-Qur'an sedikit)

Selain masalah Aul yang dah diberikan iaitu Aul 7 dan Aul 24 di atas, ada lagi masalah Aul 6 yang lebih kurang sama seperti di atas. 

Masalah berpunca dari formula al-Qur'an

Kenapa al-Qur'an tidak memperincikan atau menyelesaikan masalah ini? Kenapa hanya memberikan formula yang jelas salah, dan mengharapkan orang lain untuk selesaikan masalah ini? Dalam hal ni, beberapa riwayat telah disandarkan kepada sahabat bahawa kononnya mereka sendiri telah berbincang sesama mereka sendiridan mereka yang mengubah sendiri formula faraid yang diberikan al-Qur'an untuk mendapatkan nilai yang tepat. Mereka sendiri yang adjust formula ini. Kenapa al-Qur'an sendiri tidak memberikan formula yang betul? 

Dan kenapa al-Qur'an tidak bagi cara penyelesaian terhadap masalah ini dari awal? Sukar untuk diterima seorang tuhan yang maha bijaksana boleh tersalah dalam memberikan formula matematik yang cukup mudah, dan tidak pula berminat untuk menjelaskan bagaimana kaedah untuk berdepan dengan kesalahan ini.