Saturday 5 August 1989

Cara pemikiran orang-orang Islam

Copy & Paste

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

"Evolusi tu mengarut! Mana boleh organ seks berevolusi macam ni, macam mana hidupan tu tau kena ada seks organ, dan lelaki dan perempuan boleh ada anggota kemaluan yang boleh bersama, dan sebagainya?"


"Macam mana boleh reseptor rasa ada kat lidah, tapi bukan kat hidung? Kenapa takda manusia yang "tersalah letak" reseptor bau dia kat lidah? Macam mana tau?"

Bila sampai bab evolusi, macam-macam soalan-soalan yang dilontarkan. Tidak diketahui apakah diorang ni menafikan terus evolusi bulat-bulat, atau menerima yang mikroevolusi sekurang-kurangnya boleh berlaku. Kalau menerima mikroevolusi, sekurang-kurangnya orang itu nampak sedikit lebih rasional, kerana bukti-bukti perubahan pada binatang spesis yang sama, kalau diletakkan pada persekitaran yang berbeza dan dibiarkan untuk beberapa generasi, memang boleh dilihat dengan mata sendiri. Kajian-kajian pun telah dijalankan untuk membuktikan hal ini.

Tapi kalau orang itu menafikan terus konsep evolusi, orang ini layak hidup di zaman kuno abad ke-7 di tengah padang pasir Arab Saudi.

Tapi yang anehnya, muslim ni apabila ditanya soalan macam ni. 

"Adakah anda percaya perkara-perkara di bawah?"

1) Ada sekumpulan Yahudi yang di-transform jadi monyet dan babi 
2) Manusia pertama, dijadikan daripada tanah liat dalam sekelip mata
3) Sulaiman berdialog dengan burung
4) Isa terapung dan terbang ke langit tanpa bantuan kapal terbang, dan masih hidup sampai sekarang
5) Musa memisahkan laut guna tongkat
6) Api boleh jadi sejuk
7) Cicak pernah terlibat meniup api yang bakar Ibrahim, jadi cicak perlu dibunuh sampai hari ini
8) Muhammad terbang ke angkasa lepas menaiki kuda

Muslim akan menjawab: "YA!"

Apabila ditanya balik, "Bukan ke benda-benda ni jelas-jelas lagi mengarut, dan langsung tidak ada bukti atau rekod untuk menyokongnya? Kenapa kamu tidak guna standard yang sama, dan persoalkan kekarutan ini sama macam kamu persoalkan konsep evolusi?"

Muslim akan menjawab: "Sebab kami percaya benda-benda ni" 

Aneh. Dialog dengan seorang Muslim adalah sukar. Mereka percaya kepada benda-benda yang jelas mengarut dan tiada bukti langsung, tetapi berlagak seolah-olah mereka ini pandai. Standard mereka adalah menganggap Allah mereka itu wujud, padahal cara untuk menganalisa sesuatu perkara adalah dari posisi neutral, cuba sebaiknya untuk elakkan bias.

Apabila mereka dihadapkan dengan kesalahan-kesalahan dan percanggahan dalam al-Qur'an, tau pula menggelupur, dan mula menggunakan pelbagai macam gimnastik mental untuk mempertahankan diri mereka.