Tuesday 5 August 1986

Evolusi manusia daripada kera

 Copy & Paste

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

Saya belum pernah lagi menulis tentang topik ini, jadi saya fikir saya akan luangkan sedikit masa mengupas serba sedikit tentang tajuk ini. Ini tajuk yang mana ramai Muslim jahil mengenainya tetapi mereka sering memaparkan diri mereka seolah-olah mereka tahu dan seringkali mereka mengherdik dan mengolok-olok orang yang tidak percaya kepada tuhan mereka dengan mengatakan orang itu keturunan monyet, walaupun mereka tidak sedar itu sebenarnya bukan ejekan, tetapi hakikat, bahkan mereka juga keturunan monyet.

Asas evolusi

Evolusi ini memang betul berlaku, semua orang pun boleh nampak. Bahkan virus pun boleh berevolusi, jika satu virus itu asalnya akan tewas apabila dikenakan satu jenis ubat, jika ada keturunan virus itu berjaya untuk bermutasi, ia akan menjadi imun terhadap ubat itu, dan ubat lain perlu diciptakan untuk mengalahkan virus baru itu. Virus itu dikatakan telah berevolusi untuk menahan diri daripada ubat itu. Binatang juga boleh berevolusi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Biasanya orang Islam tidak akan menafikan evolusi jenis ini, iaitu evolusi mikro, iaitu evolusi yang kecil-kecilan, tetapi mereka tidak akan bersetuju dengan evolusi makro, iaitu perubahan dari satu bentuk, ke bentuk yang berbeza sepenuhnya. Antara contohnya ialah evolusi manusia dari kera purba. 

Teori evolusi manusia ini sebenarnya bersandarkan bukti yang kukuh, iaitu berdasarkan penjumpaan fosil purba, ini juga bukti untuk mengatakan binatang dan hidupan secara amnya berevolusi. Jika ingin dikatakan teori evolusi manusia ini palsu dan salah, ada satu cara saja, iaitu orang itu perlu datangkan fosil yang menyalahi atau menyanggahi zamannya. 

Setiap fosil manusia yang ditemui akan ada sedikit perbezaan. Fosil manusia 200,000 tahun yang lalu, adalah berbeza dengan fosil manusia 500, 000 tahun lalu. Fosil yang berusia 1 juta tahun lalu, tidak sama dengan fosil yang berusia 4 juta tahun. Semakin kebelakang, semakin ia dilhat menyerupai kera. Jika disusun fosil-fosil ini mengikut tempoh usianya, ia akan menunjukkan satu evolusi yang konsisten. Inilah asas teori evolusi. Fosil boleh ditentukan usianya dengan menggunakan Potassium-40 dan ada cara saintifiknya.

Jika ingin menafikan evolusi ini, seseorang hanya perlu menjumpai satu fosil yang sepatutnya berusia 400,000 tahun dan mempunyai bentuk tertentu, tetapi ia telah berusia 1.5 juta tahun. Ini bermakna orang itu telah membuktikan wujudnya keraguan dalam siri evolusi itu. 

Untuk mudah memahami contoh fosil yang mnyanggahi zamannya, mari ambil satu contoh. Fosil Australopithecus Afarensis adalah dikatakan fosil manusia purba yang berusia sekitar 3 juta tahun lalu, manakala fosil Ardipithecus Ramidus adalah fosil yang berusia 4.4 juta tahun. Andai kata ada fosil Australopithecus yanng ditemui berusia 10 juta tahun, atau ada fosil Ardipithecus berusia 1 juta tahun, maka itu saja sudah cukup untuk memusnahkan teori evolusi, sebab susunannya sudah tidak selari dan ia berada di dalam zaman yang salah.

Tetapi buat masa ini, tidak ada penemuan semacam itu. Tulang dan tengkorak yang ditemui menunjukkan adanya perubahan dari hidupan semacam kera, sehinggalah menjadi hidupan yang menyerupai manusia, sehinggalah 200,000 tahun lalu, yang mana manusia moden dikatakan telah muncul. Fosil-fosil ini menunjukkan adanya perkembangan pada saiz otak, dan struktur tulang. Kera yang asalnya empat kaki lama-kelamaan dilihat mempunyai struktur yang menjadikannya boleh berjalan menggunakan hanya dua kaki. 

Apa maksudnya manusia berevolusi daripada kera?

Perlu difahami bahawa mengatakan manusia berevolusi dari kera atau lebih tepat daripada primat (keluarga beruk atau monyet) bukanlah bermakna manusia berevolusi daripada kera yang kita lihat sekarang. Kerana sebenarnya, manusia dan kera yang kita lihat sekarang kedua-duanya berevolusi dan berketurunan daripada kera purba. Cuma mutasi yang membezakan hasil evolusi ini. Ada kera purba dulu akhirnya berubah bentuk menjadikan kera sekarang, yang juga ada pelbagai macam jenis. Ada kera purba ini yang akhirnya bermutasi sehingga menjadi manusia moden. 

Gambaran mudah

Antara bukti-bukti lain yang menunjukkan bahawa manusia dan kera mempunyai nenek moyang yang sama adalah:

1) Kedua-dua manusia dan kera moden tidak mampu menghasilkan vitamin C, walhal hampir kesemua binatang dan tumbuhan boleh menghasilkannya sendiri dalam badan mereka. Selain daripada kera dan manusia, ada beberapa saja lagi binatang yang tidak mampu menghasilkan vitamin C ini termasuklah beberapa spesis kelawar, dan guinea pig. 

Manusia dan kera tidak mampu menghasilkan Vitamin C kerana adanya enzim pada manusia dan kera yang tidak berfungsi untuk menghasilkannya, tetapi berfungsi dalam haiwan lain, yang bernama L-gulonolactone oxidase atau GULO. Kelawar dan Guinea pig juga mempunyai enzim sama yang tidak berfungsi tetapi saintis mendapati GULO di dalam kelawar dan Guinea pig menjadi tidak berfungsi pada tempoh yang berbeza dan tiada kaitan dengan apa yang berlaku pada nenek moyang manusia dan kera. Ada sesetengah spesis kelawar mempunyai GULO yang berfungsi. 

Dipercayai asalnya semua hidupan boleh hasilkan vitamin C, dan termasuk juga nenek moyang kepada manusia dan kera sekarang. Mutasi yang berlaku ini telah terjadi 63 juta tahun lalu, dan diperturunkan kepada spesis manusia/kera sekarang. 'Kecacatan' ini menjadikan enzim GULO yang ada di dalam manusia dan kera tetapi tidak mempunyai apa-apa fungsi, dan kerana itulah manusia dan kera perlu memakan buah untuk mendapatkan vitamin C. 

2) Kedua-dua manusia dan cimpanzi mempunyai gen di dalam darah yang sama susunannya, termasuk adananya gen yang tidak berfungsi pada lokasi yang sama juga. (The edge of Evolution, oleh Michael J Behe, m/s 71)

3) Secara umumnya, keluarga primat dan manusia mempunyai persamaan genetik yang sangat tinggi, dan di kalangan keluarga primat itu, cimpanzi antara yang terdekat sekali dengan persamaan yang mencapai 98% (pautan).

Bukti-bukti yang menunjukkan evolusi manusia daripada primat ini adalah sungguh jelas dan meyakinkan sehingga sukar untuk seseorang itu membidas hal ini kecuali memberikan penjelasan yang remeh seperti mempersoalkan beberapa aspek persamaan antara manusia dan kera, tetapi mereka tidak mempunyai satu hujahan lengkap untuk meruntuhkan teori evolusi itu termasuk tidak mempunyai banyak alasan untuk memberikan alternatif kepada penemuan fosil. Jalan terakhir orang yang mempersoalkan teori evolusi terutamanya yang beragama Islam adalah untuk balik semula kepada kitab purba Arab dan mengulang-ulang semula ayat-ayat tulisan Muhammad tanpa ada apa-apa hujahan.