Thursday, 1 January 2026

INOVO 40-1122A ceiling fan repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk kipas siling dengan masalah gagal berpusing setelah dibekalkan arus elektrik.

Sewaktu saya uji dengan membekalkan arus elektrik, ada bunyi 'beep' kedengaran namun kipas tidak berpusing seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Model: 40-1122A

Kipas juga tidak berpusing setelah motornya saya tolak menggunakan tangan selain hanya bunyi 'beep' sahaja setiap kali alat kawalan jauh ditekan.

Papan litar...

Pemeriksaan awal pada papan litar elok namun nilai kapasitor terlalu rendah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Nilai kapasitor cuma 693nf sahaja...

Kapasitor yang digunakan ialah 2.2uf, 450v namun bacaan sewaktu diperiksa kurang dari 1uf.

Setelah dibuka, sah rosak...

Untuk makluman semua, kipas masih tidak berfungsi setelah kapasitor telah saya gantikan dengan yang baru.

Buka bahagian bawah kipas...

Seterusnya saya ukur keterusan pada dua wayar yang membekalkan elektrik ke motor dan tiada bacaan langsung. 

Setelah motor dibuka...

Tiada bacaan keterusan bermaksud litar tidak lengkap atau ada yang putus pada gegelung motor.

Thermal fuse putus...

Setelah motor dibuka dan diperiksa, saya menemui thermal fuse dengan nilai 130°C, 2A putus.

130°C, 2A (thermal fuse)

Setelah thermal fuse diganti, saya masih juga  tidak dapat bacaan keterusan pada gegelung motor.

Gantikan thermal fuse baru...

Pemeriksaan seterusnya mendapati sehelai wayar halus gegelung putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gegelung putus...

Wayar tersebut mungkin putus sewaktu saya membuka thermal fuse pada kipas untuk ditukar.

Sambung balik gegelung yang putus...

Masalah selesai setelah saya sambung kembali gegelung yang putus dengan mempateri sambungan menggunakan timah.

Rintangan gegelung - 300Ω

Gambar di atas ialah bacaan rintangan gegelung yang saya dapat setelah masalah berjaya dikesan serta berjaya dibaiki.

Komponen rosak yang ditukar...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY...

Monday, 29 December 2025

imarflex Turbo Broiler repair

Hari ini saya dirujuk sebuah air fryer berjemama imarflex dengan masalah litar pintas.

Imarflex Turbo Broiler

Litar pintas yang saya maksudkan ialah bekalan elektrik alan terputus apabila disambungkan kepada soket.

Buka penutup atas...

Setelah dibuka dan diperiksa menggunakan multimeter, litar pintas berlaku pada wayar bumi & neutral dari plug-3-pin ke bahagian dalam air fryer.

Sambungan wayar elok...

Pemeriksaan menyeluruh akhirnya menemui wayar bumi & neutral putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Wayar neutral & bumi putus...

Bahagian yang putus berada di antara bahagian luar dan dalam air fryer tersebut. Saya potong bahagian yang putus serta sambung semula dan masalah selesai.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat berDIY...

Thursday, 25 December 2025

Jabatan Agama Islam Melaka larang hiasan Christmas

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, boleh dikatakan hampir setiap tahun ada-ada sahaja kontroversi berkaitan dengan isu pemegang sijil HALAL melibatkan jabatan agama islam peringkat negeri serta persekutuan.

Baru-baru ini jabatan agama islam melaka mengeluarkan pekeliling kepada pemegang sijil halal seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah. 

Sebelum ini, kes juga hampir serupa tapi melibatkan larangan mempamirkan kek dengan ucapan 'merry Christmas' dan telah saya kongsikan di sini

Seperti sebelumnya, jabatan perdana menteri, hal ehwal agama mengeluarkan kenyataan sedikit berbeza nadanya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. 

Persoalannya sekarang ialah kenapa semua isu melibatkan perayaan krismas sahaja? Setahu saya tiada satu pun melibatkan perayaan lain.

2024

Mula-mula tak boleh ucap 'merry christmas', lepas itu tak boleh pamir kek dengan ucapan 'merry christmas', sekarang tak boleh hias dan kemungkinan besar akan datang isu pakaian/topi pula...

2025

Renung-renungkan... 

Saturday, 20 December 2025

Hotlink RED

Saya telah lama melanggan talian MAXIS Hotlink. Berikut adalah siri SMS yang saya terima sehingga bermulanya pelan Hotlink RED pada 12/12/2025.

18/11/2025

Telko pertama saya ialah TMTOUCH yang kemudiannya bergabung dengan CELCOM dan saya beralih ke MAXIS selepas itu sebab internet CELCOM tidak stabil dan boleh putus bila-bila masa ketika itu.

27/11/2025

Internet MAXIS lebih stabil ketika itu serta harganya berpatutan namun dari sehari ke sehari pakej ditawarkan semakin mahal dan akhirnya saya beralih ke DiGi sehingga hari ini.

Percuma facebook 10GB...

Talian MAXIS hotlink ini masih saya kekalkan berikutan banyak rekod didaftarkan pada nombor telefon tersebut seperti e-banking serta banyak lagi urusan dalam talian.

Credit expires 11/01/2026???

Selain pakej MAXIS yang sangat mahal, mereka juga mencuri kredit melalui 'internet pay per use' dan telah saya kongsikan sebelum ini di sini, sini dan sini.

Free facebook 10GB...

Untuk makluman semua, banyak aduan kepada MCMC saya laporkan dan mereka akan 'refund' namun terus mencuri melalui 'internet pay per use' sehingga Hotlink RED diperkenalkan.

Maxis mencuri dengan internet pay per use...

Gambar tangkap layar di atas dan di bawah ialah penyata bulan November sahaja dan boleh dikatakan setiap hari mereka mencuri tanpa pengetahuan kita.

Maxis mencuri dengan internet pay per use...

Transaksi terakhir mereka mencuri ialah pada 14/11/2025 seperti boleh dilihat pada penyata di bawah.

Transaksi internet pay per use - 14/11/2025

Saya sebenarnya telah putus asa dan bercadang menukar talian MAXIS ke telko lain setelah tamat tempoh aktif pada 28/05/2026.

Maxis mencuri/merompak di siang hari...

Gambar di bawah ialah kredit saya iaitu RM4.42 sewaktu membeli 'hotlink365' namun kini cuma tinggal RM2.27 sahaja. 

28/05/2025 - RM4.42

Gambar-gambar berikut ialah pakej DiGi yang kini dijenama sebagai CelcomDiGi dengan harga RM28 sahaja sebulan yang saya guna selama ini.

bigBonus 28 - 9GB (DiGi)

Walaupun hotlink RED bagi percuma 10GB internet, ianya masih jauh panggang dari api berbanding pakej DiGi saya sekarang sebab internet 10GB tersebut hanya untuk laluan facebook sahaja. Dalam masa yang sama kini kredit saya bakal lesap sebab cuma sah sehingga 11/01/2026 walaupun hotlink365 saya sah sehingga 28/05/2026. Internet pay per use curi secara perlahan-lahan, namun hotlink RED mencuri terus semua kredit.

Accumulated bigBonus 28 data (DiGi)

Pakej DiGi biGBonus 28 saya diberi percuma 300GB setiap bulan dan ianya tidak habis untuk kegunaan saya. Sewaktu tiada data 300GB percuma, saya elak tonton video terutamanya di laman facebook supaya data 9GB cukup untuk kegunaan sebulan.

CelcomDiGi - free 300GB monthly

Renung-renungkan...

Wednesday, 17 December 2025

PeKa B40 - Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40

Beberapa bulan lepas pada Aug 28, 2025 saya telah mengunjungi klinik berdekatan dan diberitahu kos untuk saringan PeKa B40 ialah RM80.00 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pemeriksaan kesihatan terakhir saya ialah pada tahun 2023 dan telah saya kongsikan di sini.

Baru-baru ini saya menerima sistem pesanan ringkas (SMS) memberitahu ianya percuma kepada semua penerima STR dan pemeriksaan di laman web mereka di sini mengesahkan saya layak seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah. 

Layak peka B40...

Dipendekkan cerita saya kunjung semula ke klinik yang sama dan melakukan ujian saringan peka B40 pada 11/12/2025. 

Gambar-gambar berikut adalah keputusan PeKa B40 saya terima pada hari berikutnya (12/12/2025).

Haematology & biochemistry - 👍👍👍

Menurut doktor, semua normal dan teruskan kehidupan harian seperti biasa tanpa perlu mengubah sebarang diet.

Creatinine - 👍👍👍

Sesuatu yang mengembirakan saya keputusan kali ini ialah tiada lagi masalah kolesterol seperti sebelumnya.

Kolsterol - semua lulus 👍👍👍

Untuk makluman semua, saya telah bersara lebih dua tahun lalu dan doktor pesan agar melakukan pemeriksaan darah setiap tahun.

HbA1c  - 👍👍👍

Saya akan ikut pesan doktor jika ada pemeriksaan percuma setiap tahun namun jika tiada, saya pilih melakukan pemeriksaan dua tahun sekali.

Sunday, 14 December 2025

玻璃心 - 楊林

Intro - F C Dm C Bb Am Gm G Csus4 C C7

讓我再一次握妳的手 (F Gm)
讓我再一次親吻妳的臉 (C F)
順著我臉龐滑下的是我的淚 (Dm Am)
在我胸中跳動的是我的心 (Bb C)


讓我再一次握妳的手 (F Gm)
讓我再一次親吻妳的臉 (Csus4 C7 F)
順著我臉龐滑下的是我的淚 (Dm Am7)
在我胸中刺痛的是我的心 (Bb C)


愛人的心是玻璃做的 (C F Am Dm F)
既已破碎了就難以再癒合 (F Bb G C)
就像那隻摔破的吉他 (C F C Dm)
再也聽不到那原來的音色 (Bb C F)


Do-Re-Mi Do-Re-Mi (F C Dm, Dm C Bb)
Do-Re-Mi Do-Re (Gm Bb G C)
Do-Re-Mi Do-Re-Mi (F C Dm, Dm C Bb)
Do-Re-Mi Do-Do (Bb Am7 Gm C7 F)

Thursday, 11 December 2025

Kucing

Banyak kucing datang dan pergi dalam hidup saya sejak beberapa dekad lalu namun semuanya sangat singkat dari beberapa hari sehingga beberapa minggu sahaja.

Saya tidak pasti apa maksud disebalik kehadiran kucing-kucing dalam hidup saya selama ini namun yang pasti sangat singkat dan semuanya muncul tanpa perancangan.

Aug 17, 2025

Bulan ogos lepas sewaktu saya menghantar kereta ke bangkel untuk dibaiki, ada 3 ekor anak kucing terbiar di situ dan seekor sangat mesra dengan saya.

Menurut pihak bangkel, kucing-kucing tersebut dibuang seseorang di bangkelnya dan dipendekkan cerita saya bawa balik seekor. 

Aug 17, 2025

Gambar-gambar di atas adalah keadaannya ketika itu setelah saya mandikan serta bersihkan. 

Sept 8, 2025

Untuk pengetahuan semua, sebelum saya mandikannya, warna bulunya seakan-akan kelabu seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas. 

Oct 23, 2025

Bulan lepas (november 2025) kucing yang berusia 3 bulan telah mengejutkan saya dengan menangkap seekor anak tikus seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Tikus yang ditangkap tidak pula di makan namun telah mati selepas itu. Selain tikus, cicak serta lipas juga menjadi korban dari masa ke semasa. 

Nov 11, 2025

Sehingga blog ini ditulis, kucing yang asalnya kelihatan berwarna kelabu sebenarnya berwarna putih kini hampir 4 bulan bersama saya 

Nov 22, 2025

Kemungkinan sangat besar sewaktu saya bawa balik pada bulan ogos lepas, usianya kira-kira dalam sebulan sahaja.

Dec 8, 2025

Untuk rekod, seingat saya kucing ini paling lama muncul dalam hidup saya setakat ini.