Saturday, 24 March 2018

Baiki TV LG yang ada gambar tetapi tiada suara

Hari ini saya kongsikan pula salah satu masalah TV yang sering berlaku iaitu ada gambar tetapi suara pula tiada. Sekiranya anda mempunyai sistem audio yang lain seperti home theater atau amplifier berasingan maka anda tidak memerlukan sistem suara pada TV.

Namun sekiranya tiada sistem audio berasingan maka sistem audio pada TV itu sendiri harus berfungsi dan TV yang saya rujuk pada hari ini berjenama LG, 29".
LG bersaiz 29"
Setelah dibuka dan diperiksa, ketiadaan suara pada TV tersebut adalah disebabkan kerosakan pada speaker. Agak pelik juga sebab kedua-dua speaker tersebut tidak berfungsi dan berikut ialah cara memeriksa sama ada speaker rosak atau sebaliknya.
Tiada bacaan pada multimeter - speaker rosak
Apa yang anda perlukan hanya lah multimeter. Gambar di atas menunjukan tiada bacaan pada multimeter apabila bahagian -ve & +ve disambung ke multimeter.

Gambar di bawah pula menunjukkan bacaan pada multimeter dan speaker tersebut adalah berkeadaan baik.
multimeter menunjukkan bacaan - speaker yang baik

Setelah kedua-dua speaker ditukar, kini TV tersebut tidak membisu lagi. Selamat mencuba...

1 comment:

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.