Wednesday 11 September 2013

Reed Switch / Reed Sensor

'Reed switch' biasanya digunakan untuk mengesan kelajuan atau kadar pusingan sesuatu mesin. Baru-baru ini basikal senaman (stationery bicycle) di pusat senaman tempat kerja saya mengalami masalah dan simptom-simptomnya ialah kadar kelajuan (kmj) serta kadar kayuhan (rpm) basikal senaman tersebut gagal terpampang pada skrin.

Untuk membaikinya, kenalah buka basikal senaman tersebut dan cari  'reed switch' tersebut. Ianya bersaiz kecil dan terletak pada bahagian yang berputar. Dalam basikal senaman tersebut, 'reed switch' terletak pada bahagian dalam pengayuhnya.

'Reed switch' hanya berfungsi apabila wujudnya kuasa tarikan magnet (besi berani) seperti pada gambar di bawah.
Di hujung 'reed switch' tersebut ialah sebiji magnet.

'Reed switch' yang telah rosak...

'Reed switch' boleh didapati di kedai-kedai eletronik (RM3.50 sebiji)

Gantikan 'reed switch' yang baru...

Tutup balik penutup 'reed switch' dan pasang kembali ke tempat asal.
Sekiranya anda ingin memastikan 'reed switch' tersebut berfungsi dengan baik, anda hanya perlu sambungkan 'reed switch' ke multimeter dan dekatkan 'reed switch' kepada magnet. Sekiranya multimeter menunjukkan bacaan bila didekatkan dengan magnet dan tiada bacaan selepas magnet dijauhkan, 'reed switch' tersebut dalam keadaan baik. Jika bacaan pada multimeter menunjukkan bacaan sebaliknya, maka 'reed switch' tersebut harus diganti.

Dalam kes saya di atas, setelah 'reed switch' di sambung ke multi meter, tiada perubahan bacaan pada multimeter apabila magnet didekatkan mahupun dijauhkan dari 'reed switch'.

4 comments:

  1. Bos reed switch ni ada sz ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, biasa 4mmx28mm atau 2mmx14mm. Ada yang 3 pin jenis NO/NC (normally open/normally closed).

      Delete
  2. Reed switch dpn blkng ada perbezaan ke contoh negatif or positif .

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.