Wednesday 8 November 2017

Baiki alat pemain cakera padat CD/VCD/DVD/Blu ray

Dewasa ini boleh dikatakan setiap rumah memiliki alat pemain cakera padat. Namun jika alat pemain cakera padat anda gagal berfungsi, apa yang anda akan lakukan? Adakah anda akan buka dan cuba baiki? atau hantar ke kedai elektronik berdekatan untuk dibaiki? ataupun beli yang baru?

Jika anda ada pengetahuan dalam bidang elektronik, saya yakin anda akan cuba baiki sendiri tetapi tidak semua yang boleh melakukannya. Harus di ingat bahawa jika anda tidak ada pengetahuan tentang elektronik, jangan sekali-kali anda cuba baiki sendiri. Ini disebabkan elektrik amat merbahaya jika tidak dikendalikan dengan betul.

Hari ini saya kongsikan satu pengalaman membaiki alat pemain DVD yang asyik kata "NO-DISC" walaupun sebenarnya DVD telah berada di dalamnya.
Setelah dibuka penutup bahagian atas
Jika alat pemain DVD anda boleh dihidupkan tetapi tidak dapat membaca DVD tersebut, ini bermakna kerosakkannya ialah pada bahagian lensa DVD. Namun apa yang berlaku pada DVD ini ialah DVD gagal berputar setelah dimasukkan. Kenapa?
Motor/Dinamo yang rosak
Setelah diperiksa, ternyata salah satu motor/dinamo yang mengerakkan DVD tidak berfungsi.
Bahagian bawah dinamo/motor
Setelah dibuka dinamo/motor tersebut ternyata salah satu penyambung kepada dinamo tersebut telah haus dan putus mengakibatkan terputus bekalan elektrik untuk mengerakkan dinamo tersebut seperti pada gambar di bawah.
Penyambung bekalan eletrik bahagian atas telah haus & putus
Oleh kerana tidak ada alat ganti maka saya cuba baiki dinamo tersebut dengan menukar penyambung bekalan eletrik ke dinamo dengan wayar tembaga seperti pada gambar di bawah.
Penyambung bahagian kanan telah saya ganti dengan wayar tembaga
Setelah di pasang kembali dan dihidupkan ternyata DVD kini berputar dengan lajunya seperti pada gambar di bawah.
Eh... dah berpusing lah...

Masukkan CD/DVD

Eh.. kenapa berhenti?

Tekan 'play'

Yes! tested - OK
Selamat mencuba... Ingat kalau tak ada pengetahuan elektronik, jangan jadi tikus baiki labu...

24 comments:

  1. Dvd saya jenis sony bila power dihidupkan dia hidup taksampai 5 minit dia mati sendiri.apa masalaah dvd ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum pernah dirujuk DVD berjenama sony setakat ini. Masalah DVD padam sendiri biasanya pada PSU (power supply unit). Biasanya kapasitor utama (main capacitor) rosak.

      Delete
  2. Boss.. CD saya Cambrige Audio.. bila on suis CD player ada rasa macam short letrik sikit.. Kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini memang masalah barangan eletronik eropah. Cuba uji dengan 'test pen', jika lampu 'test pen' menyala maksudnya wayar disambung terbalik. Apa anda perlu buat ialah terbalikan sambungan wayar ke socket.

      Selamat mencuba...

      Delete
  3. Dvd sy jenama Sony.. bila pasang & masuk cd dia jd 'cd cannot playing'.. apa masalahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka dan periksa, ada kemungkinan masalah seperti di atas atau juga mungkin 'lens' kotor.

      Delete
  4. dekat mana ye nk bli sparepart dvd sony.dvd player sya tmpt ltk cd dh rosak..tekan tpi tak nak kluar tmpt cd tu..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periksa dulu apa yang rosak, jika motor rosak seperti di atas ada jual motor sahaja di kedai elektronik.

      Delete
  5. Saya punya DVD player Sony,,, waktu saya masukkan CD nya,, kadang2 Di monitor bilang no disc,, dan tidak bisa play,,, sebab no disc,, tapi kadang2 dapat juga,,, apakah masalah nya ya,, mohon diberi pegertian,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini masalah sejagat SONY, jika CD cetak rompak atau CD-RW kadang-kadang juga tidak dapat dimainkan.

      Jika CD tulen juga bilang 'no disc', boleh cuba cuci lens di dalamnya. Jika lepas cuci masih sama, tiba masa untuk tukar CD player yang baru.

      Delete
  6. cd player saya hanya pusing separuh pusingan sahaja, kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya kurang faham soalan anda. Bagaimana dan bila ianya berlaku? Apa yang berlaku setelah pusing separuh pusingan?

      Delete
  7. Hi..sy ada Sony player DVD home theater system tp masuk vcd x jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka dan periksa. kalau tak ada asas hantar ke kedai elektronik untuk bantuan. Saya berada di Miri, Sarawak.

      Delete
  8. DVD Blue Ray Pioneer model MCS-535 mengalami masalah auto restart, kemudian keliar perkataan reset dan standby. Beberapa ketukan Set akan onn secara sendiri. Apakah kemungkinan masalahnya yer tuan sekiranya pernah mengalami atau ada pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka dan periksa baru tahu, rasanya ada 'cold solder joint' pada PSU. Selagi tak buka dan periksa, saya cuma mampu teka saja.

      Delete
  9. Samsung Blu ray Disc Player saya ada problem taktau kenapa...tak boleh sambung kat tv nak kata hdmi rosak saya guna untuk decoder mytv okey saja

    Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  10. Salam. Nak tanya kedai ni mana. Dvd sy ada masalah xblh baca bila kita masukkan disc(no disc). Sy blh dihubungi di 011 18848704.

    ReplyDelete
  11. Salam...Su baru beli dvd player...tapi x nyala ..di dvd player tu..wayar semua betul dh pasang

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.