Saturday, 5 August 2023

Cara pasang piring ASTRO

Hari ini saya kongsikan cara paling mudah bagaimana memasang 'outdoor unit' atau ada yang memanggilnya piring Astro untuk mendapatkan isyarat (signal) siaran.

Astro Outdoor Unit

Benda pertama yang harus betul pemasangannya ialah LNB seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kedudukan LNB...

Gambar di bawah adalah keadaan setelah kesemua 'outdoor unit' telah siap di pasang.

Siap...

Seterusnya anda perlu halakan piring ke arah barat di luar rumah dan jika anda kurang pasti, anda boleh rujuk kepada 'outdoor unit' jiran agar dihalakan ke arah yang betul.

Pastikan juga kedudukan piring tidak dihalang serta dilindung oleh pokok, dinding atau atap rumah.

Ikut kedudukan piring jiran...

Laraskan kedudukan piring secara mendatar (horizontal) dan menegak (vertical) sehingga mendapat isyarat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Jika cuaca elok, 38% sudah boleh menonton siaran namun jika cuaca buruk, siaran akan tergendala. Jadi usahakan dengan melaras sehingga mencapai 70% agar siaran tidak terganggu sewaktu cuaca buruk terutamanya ketika hujan.

38% (strength) dah boleh dapat siaran jika cuaca elok...

Selamat berDIY...

Thursday, 3 August 2023

Milwaukee M18 battery repair

Baru-baru ini saya banyak dirujuk bateri untuk 'power tool' berjenama Milwaukee dengan masalah:-

  1. Gagal di cas
  2. Tidak berfungsi
  3. Lampu indikator berkelip-kelip

Milwaukee M18 (9Ah)

Masalah bateri ini ketika dirujuk kepada saya ialah, lampu indikator berkelip-kelip apabila butang power pada bateri ditekan.

Setelah penutup dibuka...

Lampu indikator berkelip-kelip bermaksud bateri tersebut telah 'shut down' dan perlu di reset. Cara reset bateri ini ialah dengan memasangkannya kepada pengecas sahaja dan anda boleh rujuk di sini.

Gantikan bateri rosak...

Proses reset pada bateri ini tidak berjaya dan lampu indikator masih juga berkelip-kelip. Setelah dibuka dan diperiksa, 3 biji bateri didapati rosak serta tiada bacaan voltan.

Siap...

Setelah bateri rosak telah diganti, lampu indikator masih berkelip-kelip namun ianya berjaya di reset selepas itu.

Walaupun telah berjaya di reset dan kembali berfungsi, masalah baru yang dihadapi pula ialah:-

  • Kadang-kadang tidak dapat dicas
  • Cas bateri cepat habis bila digunakan

Pemeriksaan pada setiap bateri mendapati voltannya berbeza seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Cas bateri secara individu...

Apa yang saya lakukan supaya semua cas baterinya seimbang ialah dengan melakukan pengecasan secara manual satu per satu.

Klip video dibawah adalah bacaan semua sel bateri telah seimbang setelah dicas secara individu.

Bateri ini telah berjaya diselamatkan dan kembali normal setelah ditukar bateri yang rosak serta melakukan pengecasan secara individu sehingga kesemua cas baterinya seimbang.


Selamat mencuba...

Wednesday, 2 August 2023

Electronic Coin Sorter repair

Sebelum ini saya ada kongsikan pengalaman membaiki 'electronic coin sorter' dan dirujuk dua buah serentak.

Kerosakkan pada salah sebuah mesin telah saya kongsikan di sini.

Electronic coin sorter...

Masalah sebuah lagi mesin 'coin sorter' ialah boleh dihidupkan namun duit siling gagal bergerak masuk ke dalam mesin.

Pemeriksaan awal mendapati motor yang mengerakkan duit siling untuk masuk ke dalam mesin gagal berfungsi.

Voltage regulator rosak...

Pemeriksaan pada papan litar menemui sebiji voltage regulator dengan label L7812CV rosak dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas.

voltage regulator - L7812CV

Cara-cara mengenalpasti voltage regulator masih elok/rosak boleh ditonton pada klip video di bawah.

Kerosakkan voltage regulator tersebut telah menyebabkan tiada bekalan elektrik kepada motor yang mengerakkan duit siling ke dalam mesin

Gantikan voltage regulator yang baharu...

Masalah 'coin sorter' ini selesai setelah dengan menggantikan sebiji voltage regulator sahaja.

Selamat berDIY...

Monday, 31 July 2023

Palam pencucuh (spark plug) kereta Perodua Kelisa

Kali terakhir saya menggantikan palam pencucuh ialah pada 15/01/2014 iaitu 9 tahun yang lepas.

Periksa setiap 20 ribu kilometer...

Menurut buku panduan, palam pencucuh harus diperiksa setiap 20,000km dan ditukar jika perlu.

NGK BKR5E-11

Palam pencucuh yang disarankan pada buku panduan ialah BKR5E-11, jenama NGK.

Palam pencucuh lama...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan perbezaan palam pencucuh elok dan telah haus.

Palam pencucuh elok...

Memandangkan ianya telah bertahun-tahun tidak ditukar, saya telah gantikan dengan palam pencucuh serupa dan perubahan yang ketara setelah palam pencucuh ditukar ialah daya pecutan kereta lebih bertenaga.

Sekiranya anda bercadang menukarkannya kepada jenama lain selain NGK seperti jenama DENSO, nombor rujukannya ialah K20R-U11.

Made in Japan
Untuk pengetahuan semua, walaupun buku panduan tertera palam pencucuh yang diperlulan BKR5E-11, saya telah menggunakan BKR6E-11 buatan jepun sejak 2014 sehingga ditukar baru-baru ini.

Kali terakhir ditukar - 15/1/2014

Selamat berDIY...

Friday, 28 July 2023

Audiobahn AB-10AWDsubwoofer repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah subwoofer berjenama Audiobahn, model AB-10AWD dengan masalah boleh dihidupkan namun tiada suara.

Audiobahn AB-10AWD

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk woofer yang hampir serupa seperti ini namun jenama yang berbeza dan anda boleh rujuk di sini.

Model: AB-10AWD

Setelah dibuka, pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar tidak menemui sebarang kerosakkan.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan berakhir setelah mendapati bahawa salah satu sambungan ke speaker telah tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

sambungan speaker tanggal...

Masalah selesai dan subwoofer ini kembali berfungsi semula hanya dengan menyambung kembali sambungan yang tanggal di atas.

Selamat berDIY...

Tuesday, 25 July 2023

SHARP R-208E microwave repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk microwave seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

SHARP R-208E

Masalah microwave ini sewaktu dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: R208-E

Pemeriksaan awal mendapati fius utama dengan nilai 6.3A putus. Selain fius, mentol 25w juga terbakar.

Mentol 25W terbakar...

Punca yang mengakibatkan fius putus ialah disebabkan kerosakkan pada HV diode dengan label ESJC15-10.

Semua komponen yang rosak...

Gambar di atas adalah kesemua komponen yang rosak telah saya gantikan dan microwave ini telah berjaya diselamatkan dan masih kembali berfungsi semula.

Testing...

Selamat mencuba...

Saturday, 22 July 2023

MYTV channel 105 (TV5)

Suatu ketika dahulu, saluran 105 pada MYTV dilabel sebagai drama sangat namun telah dihentikan pada april 2022.

TV5 (Enjoy TV)

Baru-baru ini saluran 105 telah kembali semula dengan label TV5 atau 'enjoy TV5' sebagai saluran percubaan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sila kemaskini saluran MYTV dengan melakukan carian automatik atau carian manual pada dekoder MYTV anda untuk dapatkan siaran 105 semula.

Semalam saya sempat menonton dua tayangan cerita 'final score' & 'wolf warrior 2' di saluran 105.

Selamat menonton...

Wednesday, 19 July 2023

SONY KDL-55W650D LED TV repair

Beberapa minggu lepas saya telah dirujuk sebuah TV berjenama SONY, model KDL-55W650D dengan masalah langsung tidak berfungsi selepas dibekalkan arus elektrik.

SONY KDL-55W650D="text-align: center;">

Menurut pemilik, TV ini gagal berfungsi setelah bunyi letupan kedengaran sewaktu menonton TV.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya hanya menemui fius dengan rating 5A sahaja yang putus pada papan litar PSU (Power supply unit).

Gantikan fius 5A...

Memandangkan tiada komponen lain yang rosak ditemui selain fius, saya telah gantikan fius sahaja namun sewaktu mengujinya, satu letupan kecil telah berlaku namun fius yang ditukar tidak putus.

Perintang R8801 (0.1Ω) putus...

Komponen yang meletup tersebut ialah perintang 0.1Ω terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Kapasitor 101K = 100pf (litar pintas)

Pemeriksaan pada komponen yang berdekatan juga mendapati sebiji kapasitor dengan label 101K turut meletup dan mengalami litar pintas

Kapasitor rosak - litar pintas

Semua komponen yang rosak ditemui ialah:-

  1. Fius 5A
  2. Sebiji mosfet K10A50D
  3. Sebiji perintang 0.1Ω
  4. Sebiji kapasitor seramik 100pf (101k)
Gantikan semua komponen rosak...

Gambar di atas adalah kesemua komponen rosak telah saya gantikan dengan yang baharu selain fius 5A.

Sebagai langkah keselamatan, saya gantikan fius dengan menggunakan sebiji mentol 60W dan mentol hanya menyala sekejap sahaja sewaktu suis dihidupkan seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Ujian ini mengesahkan tiada lagi litar pintas pada papan litar.


Seterusnya saya pasang papan litar kembali ke TV dan mentol berkelip-kelip sewaktu diuji. Lampu berkelip-kelip sebab gagal dihidupkan berikutan bekalan elektrik tidak mencukupi sebab rintangan mentol 60W yang sangat tinggi.

Tested - ok

Masalah selesai setelah mentol yang saya gunakan sebagai 'current limiter' ditukar kepada fius 5A semula.

Selamat berDIY...