Showing posts with label Saflok. Show all posts
Showing posts with label Saflok. Show all posts

Sunday, 7 May 2023

Saflok handheld utility programmer repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah alat untuk memprogram kunci pintu dengan masalah butang 3, 6, 9 dan enter tidak berfungsi bila ditekan.

Saflok handheld utility programmer

Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan kerosakkan keypad. Keypad yang rosak tidak dapat dibaiki dan perlu diganti dengan yang baharu.

P/N: 71905 REV.3

Nombor rujukkan atau 'part number' untuk keypad ada dilekat pada bahagian dalam dan boleh dilihat pada gambar di atas.

Buka keypad lama...

Cara menukarnya mudah sahaja iaitu buka keypad lama dan gantikan dengan yang baharu.

buang pelekat keypad baharu...

Klip video di bawah saya rakam setelah keypad telah ditukar serta diuji.


Selamat berDIY...

Saturday, 3 December 2022

SAFLOK model 2 - PART#73732 repair

Beberapa hari lepas saya telah dirujuk sebuah encoder berjenama SAFLOK, model 2 (PART#73732) dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

PART#73732

Enconder  ini digunakan untuk membuat kad pintu di pusat penginapan (hotel) dan masalah yang saya hadapi ialah tidak mengetahui voltan bekalan elektrik yang diperlukan untuk mengujinya.

model 2

Pemilik memberitahu saya adapter yang digunakan juga tidak ditemui. Carian saya di atas talian menemui spesifikasi 'encoder' adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

specification

Bekalan elektrik yang diperlukan ialah 6v, 3A. Saya menggunakan adapter 5v untuk percubaan dan ianya langsung tidak berfungsi.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji diod dilabel D3 pada papan litar telah meletup seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

D3 - diode

Memandangkan label diod tidak diketahui sebab telah pecah, saya gantikan dengan diod yang sama saiz serta diambil dari papan litar lain.

C14 = J106L (10uf, 6.3v tantalum capacitor)

Setelah diod D3 telah saya gantikan dan diuji, encoder boleh berfungsi semula namun sebiji tantalum capacitor yang dilabel C14 mengalami panas melampau sewaktu diuji. Lokasi tantalum capacitor tersebut ialah bersebelahan dengan diod D3 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan tantalum capacitor baharu...

Tantalum kapasitor tersebut mengalami litar pintas ketika diperiksa dan masalah selesai setelah ianya telah saya gantikan dengan yang baharu.

Komponen yang rosak...

Komponen yang telah saya gantikan ialah:-

  1. Diod D3
  2. Tantalum capacitor C14 - J106L

Selamat mencuba...

Monday, 14 November 2022

saflok encoder model 5R repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki encoder berjenama saflok seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

saflok model 5R

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi encoder serupa namun dilabel model 5R. Setelah dibuka dan diperiksa, ianya serupa dengan model 4 seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

model 5R

Masalah encoder ini ialah gagal mengeluarkan kad semula selepas ditarik masuk ke dalam sewaktu proses mengkod pada kad.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, salah satu tali sawat telah rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kerosakkan tali sawat...

Masalah kerosakkan tali sawat adalah 'wear & tear' dan harus diganti bila tiba masanya. Kerosakkan biasa ialah gigi pada tali sawat telah haus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tali sawat yang rosak...

Cara-cara menukarkan tali sawat boleh ditonton pada klip video di penghujung artikel ini.

Gantikan tali sawat baru...

Selamat mencuba...

Wednesday, 19 October 2022

Saflok handheld programmer repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah alat untuk memprogram pintu berjenama Saflok, model: HH6 dengan masalah bateri yang telah dicas cuma bertahan kira-kira 10 minit sahaja.

Saflok HH6 handheld programmer

Menurut pemilik, walaupun baterinya telah penuh dicas namun bila dibawa ke tempat untuk memprogram kunci pintu ianya akan mengeluarkan bunyi alarm memberitahu 'low batt'. Masalah sedemikian adalah disebabkan baterinya tidak mampu menyimpan cas lagi.

SAFLOK HH6 programmer

Baterinya terletak pada bahagian belakang 'handheld' dan cuma perlu membuka sebiji skru sahaja. Baterinya menggunakan kabel 3 wayar iaitu berwarna merah, hitam dan putih seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Cabut penyambung bateri...

Gambar di bawah adalah bateri yang digunakan dan tiada label kapasiti/rating untuk rujukan. Pencarian saya di laman sesawang dengan menggunakan nombor rujukannya mendapati rating bateri yang digunakan ialah 2.4v/2500mAh.

Bateri 2.4v/2500mah (KABA 132-512886)

Dari label pada bahagian belakang 'handheld' jelas tertera ianya menggunakan bateri Ni-MH. Voltan sebiji bateri Ni-MH ialah 1.2v dan sebagai percubaan saya berhajat menukarkan baterinya dengan bateri yang saya beli untuk membaiki lampu kecemasan serta pernah dikongsikan di sini serta sini.

Kabel bateri (3 wayar)

Saya harus menggunakan kabel asalnya sebab ianya memerlukan 3 wayar dan wayar putih disambung sebiji NTC thermistor yang berfungsi untuk mengesan suhu.

Sebiji NTC thermistor...

Nilai NTC thermistor tersebut ialah 10kΩ bila diukur dengan menggunakan multimeter dan nilai rintangan akan berkurangan jika suhu meningkat.

Gantikan dengan bateri DIY baharu...

Misi percubaan dengan menggantikan baterinya berjaya dan masalah selesai. Bateri yang saya gunakan ialah bateri AA jenis Ni-MH dengan rating/kapasiti 1500mAh/1.2V sebiji.

Tested - ok

Menurut pemilik juga, harga sebiji bateri yang baharu ialah RM500.00 - RM600.00 jika dibeli terus dari syarikat Saflok. Untuk pengetahuan semua harga 4 biji bateri Ni-MH yang saya beli seperti boleh dilihat pada gambar di bawah ialah RM4.99 sahaja.

Bateri baharu - 1.2v/1500mAh

Sebelum ini saya pernah membaiki 'dashcam' dengan masalah tidak mengecas yang juga menggunakan bateri dengan 3 kabel. Masalahnya sedikit berbeza dengan kali ini sebab pemiliknya telah menukarkan bateri asalnya 3 kabel kepada bateri  jenis 2 kabel sahaja. Apa yang saya lakukan ialah sambung sebiji perintang ke kabel ke-3 dan anda boleh rujuk di sini.

Nilai NTC thermistor - 10kΩ

Selamat mencuba...

Friday, 13 May 2022

saflok encoder model 4 repair

Encoder ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Saflok model 4 encoder

Hujung minggu lepas dia dirujuk semula kepada saya dengan masalah gagal berfungsi dan mengeluarkan bau terbakar/hangus.

Setelah papan litat dibuka...

Jika ada bau hangus biasanya mesti ada komponen yang mengalami litar pintas atau terbakar. Setelah papan litar dibuka dan diperiksa dengan mata kasar tiada komponen yang kelihatan terbakar atau hangus.

R14 & TVS4 rosak...

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter akhirnya menemui sebiji TVS diode yang dilabel TVS4 pada papan litar mengalami litar pintas.

Keluarkan TVS4 (17v bidirectional TVS diode)

Apabila TVS diode telah dikeluarkan dari papan litar dan pemeriksaan pada perintang yang disambung selari bersama TVS4 dengan label R14 mempunyai bacaan yang meragukan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Label pada perintang tersebut ialah 224 atau 220kΩ namun saya cuma dapat bacaan kira-kira 5kΩ sahaja.

R14 juga rosak (224 = 220kΩ)

Encoder ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kedua-dua komponen yang rosak telah diganti serta diuji. Komponen yang rosak ialah:-

  1. TVS4 = 17v bidirectional TVS diode
  2. R14 = 224 (220kΩ)
Gantikan R14 & TVS4...

Encoder ini mendapat bekalan dari adapter dengan voltan 12v sahaja.

Voltan bekalan - 12vdc

Terdapat bermacam-macam jenis, bentuk serta 'rating' TVS diode dan anda boleh rujuk di sini untuk keterangan lanjut.

Selamat mencuba...

Friday, 4 March 2022

Troubleshooting SAFLOK encoder model 4

Semalam saya dirujuk sebuah mesin encoder dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah iaitu motor dalam mesin tidak berhenti walaupun proses 'encoding' telah selesai.

Menurut pemilik, mesej yang terpapar pada skrin monitor menyatakan kad masih di dalam mesin encoder.

Cebisan plastik melekat pada sensor...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui secebis plastik melekat pada sensor bahagian belakangnya seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Keluarkan cebisan plastik...

Percaya atau tidak, mesin encoder ini telah berjaya diselamatkan dan masalah selesai setelah dengan hanya mengeluarkan cebisan plastik yang melekat pada sensor sahaja.

Siap...

Selamat mencuba...

Tuesday, 28 December 2021

SAFLOK model 4 (PART # 73832) repair

Semalam saya dirujuk sebuah mesin pengekod (encoder) kad untuk membuka pintu yang banyak digunakan di hotel seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saflok encoder...

Menurut pemilik, masalahnya ialah mesin ini gagal menarik kad masuk untuk proses mengkod dan meminta supaya menukarkan tali sawat.

PART # 73832 (model 4)

Untuk pengetahuan semua, kerosakkan yang sering terjadi pada mesin ini ialah kerosakkan pada tali sawat dan pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Roller kotor...

Setelah dibuka dan diperiksa, tali sawat masih elok namun kelihatan sebiji 'roller' kotor seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Cara membersihkannya telah saya tunjukkan pada klip video di bawah.

Dari pengalaman lepas, punca yang boleh merosakkan tali sawat pada mesin ini ialah disebabkan 'roller' yang berputar bersentuh dengan papan litar dan juga pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Buka papan litar...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bahagian papan litar yang telah haus akibat bergesel dengan 'roller'.

haus bergesel dengan roller...

Saya tidak pasti kenapa kejadian sebegini berlaku dan jika tidak ditangani ianya akan semakin serius dan membataskan pergerakkan 'roller' sehingga merosakkan tali sawat.

haus bergesel dengan roller...

Cara untuk mengatasi masalah sedemikian ialah dengan menjauhkan papan litar supaya tidak bersentuh dengan 'roller'. Saya lapik keempat-empat bahagian papan litar yang dikunci dengan skru menggunakan sekeping plastik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Lapik papan litar supaya tidak bersentuh dengan roller...

Mesin pengekod ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah membersihkan 'roller' yang kotor dan membuat sedikit pengubahsuaian seperti di atas.

Selamat mencuba...

Wednesday, 12 May 2021

DIY 6v Battery

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara bagaimana membuat/mengantikan bateri 6v yang telah rosak dan anda boleh rujuk di sini.

Bateri asal yang telah rosak...

Hari ini saya kongsikan pula cara yang hampir sama namun mengekalkan rupa asalnya dan perlu sedikit kepakaran kerja-kerja mempateri.

Buka penutup untuk dikitar semula...

Bateri seperti boleh dilihat pada gambar di atas biasanya adalah pakai buang dan harganya 'tidak murah' serta telah dikawal oleh pihak tertentu.

Sediakan 4 biji bateri AA...

Untuk pengetahuan semua, jika anda DIY, kosnya cuma 4 biji bateri saiz AA dan kerja-kerja mempateri seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan bawah.

Pateri dan sambung secara bersiri...

Caranya begini:-

  1. Potong pembalut bateri lama
  2. Buka wayar penyambung untuk digunakan semula
  3. Sediakan 4 biji bateri baru
  4. Buat sambungan bersiri seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah
  5. Periksa voltan untuk memastikan sambungan bersiri elok
  6. Sambung kembali wayar penyambung lama
  7. Balut balik menggunakan pembalut lama & SIAP.
Pateri dan sambung secara bersiri...

Kerja mempateri memerlukan sedikit kepakaran serta pengalaman. Peralatan yang diperlukan ialah:-

  1. Soldering iron
  2. soldering paste
  3. dawai tembaga
Periksa voltan...

Secara ringkas, kita hanya tukar bateri sahaja dan kitar semula pembalut serta wayar penyambungnya semula.

Pasang wayar penyambung...

Tujuan bateri tersebut dibungkus semula seperti asal ialah untuk keselamatan supaya tiada litar pintas berlaku jika tersentuh pada mana-mana bahagian logam ketika dipasang untuk digunakan.

Balut kembali...

Untuk pengetahuan semua, sejak dunia dilanda pandemik CoVid-19, harga barangan telah naik tanpa kawalan dan ini merupakan salah satu kaedah untuk mengelak berbelanja lebih atau berjimat.

Siap...

Fikir-fikirkan dan selamat mencuba...