*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih
The Satanic Verses |
Begitu banyak orang-orang Islam di media sosial yang bersorak dan menyokong serangan ini. Bahkan jika Salman Rushdie mati sekalipun, mereka tidak akan kisah bahkan lebih bersorak dan memanjat kesyukuran kepada tuhan mereka.
Itu sahaja sudah menunjukkan betapa bahayanya ideologi Islam ini, kerana ia menjadikan pengikut-pengikut mereka tidak kisah tentang pembunuhan, dan mendorong mereka melakukan perkara-perkara yang di luar undang-undang. Jika mereka rasakan undang-undang itu tidak melindungi Islam, maka mereka akan mengajak kepada pembunuhan, dan walaupun sebahagian besar dari mereka tidak akan sendiri melakukan perkara tersebut, tetapi akan ada kelompok kecil yang akan melakukannya, dan kelompok majoriti hanya akan bersorak.
Jika ada undang-undang yang menyokong Islam pula, dan digunakan untuk menindas orang-orang bukan Islam, termasuk yang sudah keluar Islam dan sudah menjadi bukan Islam juga, mereka akan memaksa orang ramai untuk jangan langgar undang-undang, kerana itu undang-undang, maka wajib dipatuhi. Nampak tidak, betapa mereka ini bukannya kisah sangat tentang undang-undang pun, mereka cuma kisah tentang agama mereka. Undang-undang yang adil bagi mereka adalah hukum agama mereka, yakni undang-undang syariah, yang pada hakikatnya tidak adil langsung, tetapi bagi mereka ia adil.
Ideologi begini perlulah diperangi habis-habisan.
Dan
yang lebih teruk, mereka tiada masalah untuk hina agama lain. Bible
menurut mereka adalah korup yang sudah dipesongkan oleh manusia, nah itu
satu penghinaan terhadap penganut Kristian. Setiap hari orang Islam
kata begini, bahkan ia sebahagian tunjang utama kepercayaan mereka,
yakni untuk menghina agama Kristian. Tetapi orang Kristian matang dan
tidak sensitif sehingga mahu membunuh orang-orang Islam yang mengucapkan
perkara ini. Tetapi apabila dikatakan al-Qur'an kitab yang direka
manusia, nah terus orang-orang Islam melenting dan sehingga mahu
membunuh orang. Bahkan itulah yang berlaku di sini, kerana Salman
Rushdie dikatakan telah menghina agama Islam dengan bukunya the Satanic
Verses, dan atas sebab itu darahnya halal.
Sungguh Islam
suatu agama yang cukup berbahaya. Dan ia menjadi lebih bahaya apabila ia
dihidangkan sebagai agama yang toleran walaupun hakikatnya cukup
berbeza sekali. Itu hanyalah satu penipuan untuk mengabui mata
masyarakat, dan itulah taktik mereka sejak dahulu. Bezanya, sekarang ini
ada internet dan adanya ledakan maklumat, maka ramai orang boleh
mengkaji sendiri. Bahkan blog ini juga saya tulis atas dasar anonim, dan
andaikata ada yang mengenali saya di luar, nyawa saya juga bakal
terancam dan mungkin saja melayang. Inilah yang kita perlu berhadapan,
yakni penganut fanatik dari agama rekaan manusia.