Tuesday 31 May 2022

JOSEPH PRODOTTO hair dryer repair

Hari ini saya kongsikan satu masalah lazim pada alat pengering rambut yang disebabkan daripada tabiat pengguna sendiri.

JOSEPH PRODOTTO hair dryer

Alat pengering rambut kali ini berjenama JOSEPH PRODOTTO seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Professional Salon Products

Masalah lazim yang saya maksudkan ialah kabel rosak/putus pada bahagian pemegangnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kabel rosak/putus...

Cara untuk membaikinya ialah potong bahagian yang rosak dan sambungkan kembali ke kedudukan asalnya.

Potong wayar yang rosak...

Jangan sambung kembali wayar yang telah dipotong sebab tidak kuat dan sangat merbahaya jika bahagian yang disambung tanggal bila ditarik ketika digunakan.

Sambung terus pada suis...

Biasanya saya akan buka pemegangnya dan pateri wayar terus kepada bahagian suis seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Macam UV...

Alat pengering ini agak unik sebab dilengkapi dengan lampu LED berwarna biru/ungu seperti cahaya UV (ultraviolet).

Tabiat pengguna yang menyebabkan kabel sentiasa rosak pada bahagian pemegangnya ialah kerana mereka sering menggulung kabel seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Elak gulung kabel seperti ini...

Jadi, untuk nak elak masalah lazim ini daripada berlaku, jangan gulung kabel seperti pada gambar di atas.

Selamat mencuba...

Monday 30 May 2022

JVD Iconic Plus Top Open safes repair

Hari ini saya dirujuk sebuah peti keselamatan berjenama JVD dengan masalah seperti ditonton pada klip video di atas iaitu gagal dikunci/tutup.

Gagal dikunci/tutup (FAIL)

Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui sebiji skru serta washer tamggal dan kedudukannya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Skru & washer tanggal..

Masalah gagal ditutup/kunci selesai setelah skru serta washer yang tanggal telah saya pasang kembali seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

Selamat berDIY...

Sunday 29 May 2022

Samsung WA12J5750SV washer repair

Minggu lepas saya telah dipanggil untuk memeriksa sebuah mesin basuh berjenama Samsung, model: WA12J5759SV dengan masalah air tidak mengalir masuk setelah butang 'start' ditekan.

Jenama: Samsung

Ianya juga tidak menghasilkan sebarang 'error code' dan menurut pemilik cuma ada bunyi alarm sahaja.

Model: WA12J5750SV

Ketika saya mengujinya, tiada air mengalir masuk dan tiada bunyi alam terhasil (mungkin kena tunggu lama untuk menghasilkan bunyi alarm).

Inlet valve...

Memandangkan tiada air yang mengalir masuk, suspek utama ialah kerosakkan 'inlet valve' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.


Cara memeriksa 'inlet valve' boleh ditonton pada klip video di atas.

Gantikan inlet valve yang baharu...

Mesin basuh ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah 'inlet valve' telah ditukar serta diuji.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Saturday 28 May 2022

GNATUS optilight LD repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah alat untuk kegunaan doktor gigi berjenama GANTUS, model: optilight LD dengan masalah lampu ultra ungu tidak menyala.

GNATUS optilight LD

Alat ini mendapat bekalan elektrik dari adapter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dengan voltan output 5v, 1A.

Model: OPTILIGHT LD

Setelah dibuka dan diperiksa, tiada voltan output dari adapter. Saya telah cuba menyambung lampu ultra ungu dengan sebiji bateri lithium dan ianya boleh menyala.

Setelah PSU dibuka...

Pemeriksaan pada papan litar mendapati sebiji kapasitor dengan nilai 100uf, 25v rosak dengan bacaan ESR yang sangat tinggi iaitu 150Ω.

Kapasitor 100uf, 25v rosak...

Kapasitor tersebut bertindak sebagai kapasitor feedback dan ianya tidak berfungsi sebab nilai ESR terlalu tinggi selain nilai kapasitan yang telah jauh berkurangan.

ESR = 150Ω (kapasitor rosak)

'Optilight' ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah adapternya telah dibaiki.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Friday 27 May 2022

WDY-12003000 AC/DC adapter repair

Baru-baru ini dirujuk sebuah 'LCD Touch Screen Monitor' model SG-1503 dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

WDT-12003000 AC/DC adapter

Monitor tersebut mendapat bekalan dari sebiji adapter dan apabila saya mengukur voltan outputnya, saya masih dapat bacaan 12v.

Setelah penutup dibuka...

Kadang-kadang adapter yang bermasalah masih mendapat bacaan voltan dan sebagai pengesahan, saya telah cuba hidupkan monitor tersebut dengan adapter lain dan ianya boleh berfungsi.

Komponen yang rosak...

Setelah adapter tersebut dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, 3 biji kapasitor kelihatan kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Tested - ok

Adapter tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah ketiga-tiga kapasitor yang kembung telah saya gantikan dengan yang baharu.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday 26 May 2022

Panasonic SA-PM06 CD stereo system repair

Semalam saya dirujuk sebuah mini HiFi dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Panasonic SA-PM06

Ianya boleh berfungsi namun ketika mula dihidupkan serta ketika penutup CD ditutup, ada bunyi seperti ketukan kedengaran dan tidak sedap didengar.

Model: SA-PM06

Ramalan awal saya sebelum dibuka untuk pemeriksaan ialah mungkin ada gear yang telah tertanggal atau rosak serta pecah.

Satu gigi gear pecah...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui salah satu gear pada penutup CD pecah satu giginya seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gigi dah ditampal...

Komponen seperti ini memang tiada alat ganti di pasaran dan saya terpaksa melakukan teknik 'plastic welding' untuk membina gigi gear yang telah pecah. Gambar di atas menunjukkan gigi gear yang pecah telah saya tanpal.

Saya tidak pasti berapa lama ianya boleh bertahan namun yang pasti ianya boleh digunakan dan tiada lagi bunyi ketukan kedengaran ketika mula dihidupkan serta ketika penunutp CD di tutup seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat mencuba...

Wednesday 25 May 2022

JVD Zenith 866375 kettle repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah cerek/kettle berjenama JVD model Zenith 866375 dengan masalah tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

JVD Zenith 866375

Mungkin ini adalah model baharu setelah banyak aduan pada model terdahulunya (JVD Duchesse 866914) yang tidak berkualiti.

JVD Zenith: 866375

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter mendapati tiada keterusan pada suis walaupun telah dihidupkan.

Buka penutup...

Suisnya terletak pada bahagian atas pemegang dan perlu membuka penutup atas serta bawah untuk mengeluarkannya.

Suis/Thermostat

Setelah suisnya dibuka, 'contact' pada suis telah berkarat seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Contact berkarat...

Gambar di bawah menunjukkan 'contact' pada suisnya telah saya bersihkan dengan menggunakan kertas pasir.

Setelah contact dibersihkan...

Cerek ini kembali berfungsi semula setelah dengan hanya membersihkan 'contact' pada suisnya sahaja.

Pasang kembali...

Selamat mencuba...

Tuesday 24 May 2022

KL-10A-C induction heater repair

Banyak 'induction cooker' telah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: KANGLE

Semalam saya dirujuk sebuah lagi 'induction heater' buatan China berjenama KANGLE, model KL-10A-C dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Model: KL-10A-C

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, tiada komponen yang rosak kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter mendapati komponen yang rosak ialah:-

  1. sebiji fius 10A
  2. sebiji kapasitor 4.7uF, 400v
  3. sebiji IGBT dengan nombor rujukan FGA15N120
Keluarkan papan litar...

Kerosakkan komponen di atas merupakan kerosakkan yang lazim berlaku pada 'induction cooker'.

FGA15N120 (litar pintas)

'Induction cooker' yang berkualiti biasanya masih boleh dihidupkan namun tidak panas sahaja walaupun IGBT mengalami kerosakkan dan biasanya litar pintas.

Gantikan FGA15N120 yang baharu...

'Induction heater' ini berjaya diselamatkan setelah kesemua komponen yang rosak di atas telah saya gantikan serta diuji.

Siap...

Selamat mencuba...

Monday 23 May 2022

Electrolux door lock atuator (438730043) repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'door lock atuator' untuk kegunaan mesin basuh komersial berjenama Electrolux dengan masalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

ERROR - interlock

Masalah sebegini sering terjadi pada 'door lock atuator' ini dan ada yang tidak mampu dibaiki sebab ianya tidak dapat dibuka.

438730043 - atuator

'Door lock atuator' kali ini kelihatan baru dan apabila diperiksa dengan mata kasar, kelihatan kabel suis ada kerosakkan.

kabel suis putus...

Kerosakkan yang saya maksudkan boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu wayar berwarna biru telah putus dan wayar berwarna coklat pula penyalutnya koyak.

wayar biru putus...

Masalah sedemikian adalah disebabkan kabel tersebut bergesel dengan sesuatu ketika mesih basuh digunakan.

sambung serta balut wayar setelah disambung...

Apa yang saya lakukan ialah bungkus wayar coklat supaya tidak berlaku litar pintas dengan pita wayar dan sambung kembali wayar biru yang telah putus.

Siap...

Selamat mencuba...