Showing posts with label Lazada. Show all posts
Showing posts with label Lazada. Show all posts

Sunday, 23 October 2022

Delete akaun Lazada

Sebelum ini saya telah kongsikan cara menghapuskan (delete) akaun shopee dan anda boleh rujuk di sini.

Saya mempunyai dua akaun Lazada dan hari ini saya kongsikan pula cara untuk menghapuskan akaun Lazada.

Berikut adalah langkah untuk menghapuskan akaun Lazada:-

  1. Login ke aplikasi Lazada
  2. klik 'account' pada bahagian kanan/bawah skrin (Rujuk gambar pertama di atas)
  3. klik '3 titik' pada bahagian atas/kanan skrin (Rujuk gambar pertama di atas)
  4. Pilih 'account security' (Rujuk gambar di atas)
  5. Pilih 'account deletion' (Rujuk gambar di bawah)
  6. Klik 'mobile verification' dan pihak Lazada akan hantar kod OTP melalui sms
  7. Masukkan kod OTP dan isi apa yang ditanya sehingga selesai

Akaun membeli-belah di atas talian yang tidak digunakan wajib dihapuskan untuk keselamatan sebab ianya mengandungi data pribadi serta akaun bank kita.

Akaun pertama saya didaftar menggunakan akaun facebook dan akaun ke-2 pula saya daftar apabila menggunakan aplikasi Lazada. Saya memilih untuk menghapuskan akaun pertama sebab tidak mahu ada sebarang kaitan dengan facebook. 

Teknologi AI (artificial intelligence) sangat canggih dan saya percaya ianya boleh berlaku perkongsian/kecurian data tanpa pengetahun kita terutamanya melibatkan facebook.

Sunday, 11 September 2022

Shopee vs Lazada vs AliExpress

Saya telah beberapa tahun berurusan dengan pembelian di atas talian iaitu sebelum PKP dek kerana pandemik CoVid-19 lagi.

Laman yang sering saya lawati ialah Shopee, Lazada, AliExpress, element14 dan beberapa lagi yang lain.

Tidak dapat dinafikan pembelian di atas talian adalah cara terbaru membeli belah dan ianya sangat selesa (convenient) tanpa perlu bersesak serta berebut dan yang paling utama ialah harganya jauh lebih murah berbanding mana-mana di pasaran tempatan.

Pada mulanya saya rasa tidak selesa dengan tempoh penghantaran yang lama untuk tiba namun itu lah hakikat yang perlu dihadapi orang ramai serta tidak dapat dielakkan.

Kos penghantaran pada mulanya cuma RM4 sahaja dan kini telah mencecah belasan ringgit untuk bungkusan kecil sahaja.

Sesuatu yang pelik ialah kos penghantaran dari luar negara terutamanya dari tembok besar China lebih murah berbanding pembelian dalam negara.

Kadang-kadang barangan dari luar negara tiba dahulu berbanding barangan dalam negara walaupun kena bayar lebih.

Kita sering mendengar banyak masalah yang tidak menyenangkan sewaktu membeli belah di alam maya dan tidak kurang juga ramai yang ditipu dengan bermacam-macam cara.

Hari ini saya kongsikan tahap keselamatan membeli belah di alam maya dan perbandingannya hanya pada tiga gedung yang sering saya lawati iaitu Shopee, Lazada & AliExpress sahaja.

Secara keseluruhan, ketiga-tiganya selamat sebab setakat ini tiada kes yang saya rasa ianya telah menipu saya selama berurusan dengan mereka.

Faktor yang sering saya titik beratkan sewaktu membeli belah di alam maya ialah keselamatan sewaktu membuat pembayaran. Di antara ketiga-tiga gedung tersebut, saya pilih shopee paling selamat sebab setiap kali membuat pembayaran, sistem shopee akan menghantar OTP (One Time Password) ke telefon bimbit kita untuk pengesahan.

Lazada & AliExpress saya berpendapat kurang selamat sebab ketika membuat pembayaran, tiada OTP diperlukan. Kita cuma perlu klik butang 'pay now' dan semua selesai serta tunggu barangan yang dibeli tiba.

Majoriti pembelian kini dilakukan menggunakan telefon bimbit dan kemungkinan ada yang masih menggunakan komputer untuk berurusan. Saya juga yakin ramai yang tidak 'logout' dari aplikasi setiap kali selesai menggunakannya terutamanya aplikasi telefon bimbit.

Apa akan berlaku jika telefon bimbit kita jatuh ke tangan orang lain, mereka juga boleh melakukan pembelian tanpa pengetahuan kita terutamannya aplikasi AliExpress & Lazada.

Begitu juga jika orang lain yang menggunakan komputer kita tanpa pengetahuan kita, peluang sangat tinggi berlakunya kecurian atau pembelian tanpa pengetahuan kita.

Selain daripada keselamatan, kerugian akan terjadi jika berlakunya kehilangan barangan yang kita beli atau tiada bekalan pada aplikasi AliExpress.

Walaupun jika berlakunya kehilangan barangan yang dibeli, pihak AliExpress akan membuat penyiasatan setelah kita membuat aduan dan tiada masalah untuk mendapatkan semula wang kita namun sering tidak cukup atau kurang dari apa yang kita telah bayar sebelumnya.

Sebabnya ialah transaksi di AliExpress menggunakan matawang US dollar dan kita tahu kadar pertukaran matawang berbeza ketika membeli serta menjual walaupun pada hari yang sama. Kadar sewaktu membeli biasanya lebih tinggi berbanding kadar ketika menjual. Jadi, kita rugi disebabkan perbezaan 'foreign exchange rate'.

Dari pengalaman di atas, pilihan utama saya membeli belah di alam maya ialah Shopee dan pilihan terakhir pula ialah AliExpress.

Saya tidak pernah membeli di gedung ebay, amazon serta taobao sebab kos penghantarannya sangat mahal dan tidak berbaloi jika dibandingkan dengan pembelian di pasaran tempatan secara tunai.

Sunday, 31 October 2021

Lazada cancellation/returns & refund

Saya mula membuat pembelian melalui atas talian ketika berjinak-jinak dengan sukan binabadan lebih 15 tahun yang lepas. Ketika itu saya cuma membuat pembelian makanan tambahan (supplement) sahaja berikutan harga makanan tambahan di pasaran tempatan tersangat mahal.

Beli dari Lazada...

Beberapa tahun kebelakangan ini pula saya banyak membuat pembelian secara atas talian untuk barangan alat ganti elektronik. Ini juga berikutan banyak alat ganti komponen elektronik tiada di pasaran tempatan dan jika ada pun di pasaran tempatan, harganya kadang-kadang tidak masuk akal.

Setelah dibuka...

Hari ini saya kongsikan pengalaman sendiri mengendalikan masalah barangan yang dihantar rosak, cacat, tidak lengkap serta 'lain yang dibeli, lain yang dihantar'.

Barang dihantar cacat...

Baru-baru ini saya ada membeli sebiji magnetron untuk membaiki ketuhar mikro (microwave) melalui Lazada. Nombor rujukan magnetron yang saya tempah ialah 2M261-M1 namun ketika bungkusan diterima dan diperiksa, ianya sedikit cacat serta tidak sama seperti boleh dilihat ada gambar di atas dan di bawah.

Bukan magnetron 2M261-M1 yang dihantar...

Jika anda berada di situasi seperti ini, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah menghubungi penjual untuk berbincang melalui laman sesawang Lazada. Biasanya penjual akan meminta kita untuk memulangkan barangan yang tersalah hantar dan membuat pembelian semula.

Perbezaan magnetron yang dihantar...

Jika penjual meminta memulangkannya, apa yang kita harus lakukan ialah klik butang 'cancellation/returns' di laman sesawang Lazada. Seterusnya cetak label, bungkus, tanpal label pada bungkusan dan hantar ke syarikat kurier seperti yang diminta.

Bungkus & hantar balik....

Untuk pengetahuan semua, kita tidak perlu membayar sebarang kos untuk 'cancellation/returns' seperti kes saya di atas dan akan mendapat kembali kesemua wang termasuk kos penghantaran setelah pihak Lazada menerima serta memeriksa bungkusan yang telah kita kembalikan.

Refunded

Selamat menuntut hak anda...