Showing posts with label Shopee. Show all posts
Showing posts with label Shopee. Show all posts

Friday, 14 November 2025

Aplikasi Shopee mengubah kenyaringan suara telefon

Sejak bulan lepas saya perasan kenyaringan suara pada telefon bimbit saya sering berubah dan banyak panggilan tidak terjawab sebab tidak kedengaran.

Pada mulanya saya berpendapat kemungkinan ianya disebabkan kutu (bug) pada aplikasi dan ianya biasa akan hilang setelah beberapa hari. 

Masalah ini berlarutan sehingga ke bulan ini dan ianya berpunca dari aplikasi Shopee seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

auto-adjusted down...

Saya telah membuat aduan kepada Shopee namun ianya tetap sama sehingga ke hari ini. 

Jika aplikasi boleh mengubah tetapan (setting) pada telefon kita, kemungkinan sangat tinggi ianya juga boleh mencuri data pribadi dari telefon kita seperti maklumat kewangan bank dan sebagainya.

Contoh yang terbaik ialah insiden pager meletup serentak berlaku tidak lama dahulu di Palestine yang disyaki dilakukan oleh pakar Isreal menentang pengganas Hamas.

Mungkin kita boleh berfikiran positif dalam isu ini sebab teknologi pager adalah teknologi lama dan sistem keselamatannya sangat rendah.

Sistem telekomunikasi kini lebih canggih berbanding sistem pager dahulu namun dari dahulu lagi saya sangsi serta kurangkan penggunaannya dengan menutup mana-mana yang tidak diperlukan.

Saya sentiasa mentutup lokasi (location) pada telefon bimbit saya untuk elak diketahui keberadaan saya namun dalam masa yang sama saya juga perasan aplikasi tertentu masih boleh mengetahui kedudukan kita. 

Nearby - 1 mile (1 batu)

Sebagai contoh jika kita melawat marketplace pada meta (facebook), ianya boleh memberitahu kita lokasi penjual seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.

Kemungkinan aplikasi meta mengetahui kedudukan kita berbanding penjual melalui lokasi pencawang telekomunikasi namun saya juga percaya mereka boleh mengakses (access) lebih banyak daripada yang kita tahu.

Adakah maklumat pada telefon kita selamat serta terpelihara? Renung-renungkan...

Thursday, 17 July 2025

Chibson (Gibson Les paul Custom)

Chibson adalah gelaran untuk gitar berjenama Gibson buatan China.

Gibson Les Paul CUSTOM...

Baru-baru ini saya terjumpa gitar berjenama Gibson murah di Lazada/Shopee/AliExpress dan telah berjaya membeli sebuah di Shopee seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah. 

Bahagian belakang gitar...

Untuk makluman semua, jika ianya gitar tulen buatan USA, harganya mencecah RM30k atau lebih.

Les Paul CUSTOM...

Sekali pandang, ianya serupa dengan gitar asal Gibson termasuk panjang gitar iaitu 24.75 inci seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Panjang - 24.75 inci

Jika diperiksa dengan teliti banyak perbezaan ketara boleh dilihat seperti pada gambar-gambar berikut.

Gambar di atas jelas kelihatan 'nut' tak sama panjang dengan lebar 'neck' gitar serta sambungan pada pinggir gitar yang tidak kemas.

Toggle switch...

Peralatan elektronik yang digunakan semuanya dengan saiz mini serta pendawaian tidak kemas seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah. 

4pcs potentiometer...

Gitar ini juga dilabel 'made in USA' pada belakang 'headstock' berserta dengan nombor siri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Made in USA...

Berat gitar ini serupa dengan gitar tulen iaitu di antara 3.8kg hingga 4.7kg. Bacaan berat yang saya dapat ialah 4.45kg.

2A473J = 47,000pf = 47nf

Gambar-gambar berikut pula ialah kekemasan cat yang jelas kelihatan kurang menyenangkan.

Selain gitar, ianya juga dibekalkan dengan seutas tali penyangkut bahu (guitar straps) dan kabel untuk disambungkan ke amplifier gitar.

Apa komen and dengan kekemasan cat pada gitar ini? Adakah ianya boleh diterima jika anda adalah pembelinya? 

Gitar ini boleh berfungsi dan setiap 'key' juga tepat pada semua fret serta intonasi pada fret 12 juga sama dengan fret 0 atau pada 'nut' namun ianya berdesing (buzzing) pada fret tertentu seperti boleh ditonton pada klip video di bawah 

Setelah puas membelek akhirnya saya menemui punca gitar ini berdesing. 'Fretboard' gitar ini senget dan tidak selari dengan badan gitar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Fretboard senget...

Saya terpaksa pulangkan gitar ini dengan tekan butang 'Return & Refund' pada aplikasi shopee.

RM690.10

Untuk pengetahuan semua, harga gitar ini cuma RM690.10 sahaja.

Andai kata anda adalah pembeli, apa yang anda akan lakukan dengan gitar ini? Mungkinkah anda akan gantungkannya di dinding sebagai perhiasan sahaja?

Renung-renungkan... 

Tuesday, 4 March 2025

Brake Bleeder Nipple Cap

Sebelum ini saya ada kongsikan masalah brek kereta tidak mencengkam dan anda boleh rujuk di sini.

Penutup rosak...

Untuk pengetahuan semua, penutup asal skru untuk membuang angin pada sistem brek telah rapuh dan rosak sewaktu dibuka dulu.

Buang penutup rosak...

Saya telah cari di seluruh pelusuk Miri dan tiada kedai yang menjual. Penutup baru saya beli melalui dalam talian di shopee.

Gantikan penutup baru...

Gambar di bawah menunjukkan penutup baru (kiri) dan sebahagian yang tertinggal penutup asal (kanan) telah saya keluarkan sebelum diganti dengan yang baru.

Klip video di bawah saya rakam sewaktu menutup keempat-empatnya dengan penutup yang baru.

Selamat berDIY...

Sunday, 18 February 2024

ShopeePay withdrawal

Hujung bulan lepas pada bulan december kerajaan telah memberi bantuan eMADANI sebanyak RM100 dan cuma boleh dituntut melalui akaun e-dompet terpilih sahaja.

Wang tersebut telah saya tuntut melalui akaun e-dompet ShopeePay dan telah habis dibelanjakan.

Terdapat sedikit wang lebihan tinggal di dalam akaun ShopeePay saya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bercadang memindahkannya kembali ke akaun bank.

Dah sebulan tapi masih 'under review'...

Saya gagal memindahkan wang tersebut berikutan akaun bank yang saya daftarkan hujung tahun lepas masih berstatus 'under review' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Aduan - 20/01/2023

Saya telah menghubungi pihak shopee dan mereka memberitahu saya proses pendaftaran akaun bank memerlukan tempoh 24 jam sehingga 48 jam sahaja untuk pengesahan namun saya telah membuat pendaftaran lebih sebulan yang lepas.

Selesai - 21/01/2024

Apa pun, aduan saya telah diambil perhatian oleh pihak shopee dan mendapat pengesahan pada hari berikutnya.

Transfer on 22/01/2024 @ 11:46hrs

Untuk makluman semua, pemindahan wang lebihan dari ShopeePay ke akaun bank saya selesai pada hari yang sama walaupun diberitahu 'will be transferred to your bank account within 3 working days' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Masuk akaun hari sama - 22/01/2024

Saya terpaksa mengaktifkan akaun ShopeePay hanya untuk menuntut bantuan eMADANI sahaja. Jika tiada lagi bantuan eMADANI, rasanya akaun ShopeePay saya akan dormant selepas ini...

Monday, 1 January 2024

2024 - 10% cukai jualan pembelian online

Belanjawan 2024 telah mengenakan 10% cukai jualan kepada pembelian online dari luar negara yang bernilai RM500 ke bawah mulai hari ini (01/01/2024).

Dibeli pada 22/12/2023

Gambar di atas adalah harga barangan yang saya beli secara online di shopee pada 22/12/2023.

RM29.00 kini RM31.90

Apa yang saya perasan dua hari sebelum tahun baru 2024 ialah harga barangan yang sama saya beli telah dinaikkan sebanyak 10% seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

RM20 kini RM22

Kerajaan kata cukai jualan ini dikenakan jika bernilai RM500 ke bawah namun apa yang berlaku sekarang ialah harga barangan telah dinaikkan 10%. Maksudnya jika anda beli melebihi RM500 juga dikenakan cukai jualan 10%.

RM65.00 kini RM70.30

Selama ini kerajaan selalu menyalahkan kos bahan mentah meningkat yang menjadi punca kenaikkan harga barangan selain nilai matawang ringgit jatuh atau kurang bernilai. Kali ini harga barangan meningkat adalah disebabkan dasar (polisi) negara yang tidak mesra perniaga/pelanggan.

Saya dari dulu tak berminat membeli online di kedai tempatan sebab kos penghantaran serta harga benda yang sama lebih mahal berbanding dari luar negara. 

Lepas ini saya tetap akan beli dari luar negara sebab harganya masih lebih murah berbanding tempatan.

Kerajaan juga sering mengingatkan orang ramai agar bijak berbelanja. Jadi, kenapa kita perlu bayar lebih untuk dapatkan benda yang sama?

Fikir-fikirkan...

Wednesday, 27 December 2023

Cara menggunakan wang eMADANI

Awal bulan ini saya ada kongsikan cara-cara menuntut wang eMADANI 2023 sebanyak RM100 dan anda boleh rujuk di sini.

eMADANI tidak dapat dipindah atau ditebus tunai...

Untuk makluman semua, wang eMADANI tidak boleh dipindahkan ke mana-mana akaun termasuk akaun pribadi masing-masing. Ianya hanya boleh dibelanjakan pada merchant yang mengambil bahagian sahaja.

Tak boleh guna wang eMADANI di shopee...

Walaupun wang tersebut berada di ShopeePay namun ianya tidak dapat dibelanjakan di laman shopee sebab shopee bukan merchant yang mengambil bahagian atau berdaftar. Pihak shopee hanya memberi khidmat e-dompet sahaja.

Belanja eMADANI di KFC...

Saya telah membelanjakan sebanyak RM20.00 & RM17.50 di KFC setakat blog ini ditulis. Ingat, eMADANI harus dibelanjakan sebelum/pada 29/2/2024. Jika tidak dibelanjakan pada/sebelum tarikh akhir 29/2/2024, ianya akan lesap dari e-dompet anda entah ke mana.

Banyak peruntukan telah disalurkan oleh kerajaan melalui e-dompet sebelum ini namun saya tidak tuntut sebab tiada akaun yang mempunyai e-dompet sebelum ini selain akaun bank.

Saya tak berminat akaun e-dompet (eWallet) seperti ShopeePay, Touch&Go, Boost dan sebagainya sebab jika wang disimpan di bank, ada faedah walaupun tak seberapa. Jika anda memerlukan dana, mungkin penyediaan e-dompet seperti pihak shopee lakukan adalah satu kaedah mudah untuk dapatkan dana percuma.

Dulu kita cuma ada akaun bank sahaja dan setiap tahun BNM umum berbilion wang tidak dituntut. Apa akan terjadi kepada wang e-dompet yang tidak dituntut akan datang? Ke mana perginya wang tersebut? Berapa banyak akaun e-dompet yang anda ada sekarang?

Saya cadangkan, jika boleh gabungkan semua e-dompet di bawah satu badan atau organisasi seperti BNM agar tidak dimanipulasi serta elak disalahguna oleh pihak tertentu.

Fikir-fikirkan...

Tuesday, 12 December 2023

eMADANI 2023

Awal bulan ini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan eMADANI sebanyak RM100 melalui empat saluran e-dompet (eWallet) rasmi iaitu:-

  1. ShopeePay
  2. Touch & Go eWallet
  3. eWallet MAE (Maybank)
  4. Setel

Orang ramai yang layak boleh mula memohon mulai 04/12/2023 sehingga 29/02/2024 dan syarat kelayakan adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Syarat kelayakan...

Permohon yang berjaya harus membelanjakannya selewat-lewatnya pada 11:59 malam 29/02/2024. Selepas tarikh akhir ini, baki yang tidak dibelanjakan akan luput dari e-dompet pemohon.

1. Klik eMADANI pada aplikasi shopee...

Gambar-gambar di atas dan di bawah ialah langkah-langkah untuk memohon melalui ShopeePay.

2. Klik 'claim now'...

Pastikan akaun ShopeePay pada aplikasi Shopee anda aktif sebelum membuat permohonan eMADANI.

3. Isi tempat kosong & hantar...

Pastikan semua maklumat diisi dengan betul terutamanya nama & nombor kad pengenalan sebelum menghantar permohonan.

4. Hantar...

RM100 akan dikreditkan ke akaun ShopeePay setelah permohonan berjaya.

Dah masuk RM100 dalam dompet ShopeePay...

Keterangan lanjut boleh rujuk di sini.

Saturday, 16 September 2023

Shopee return/refund

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah microwave berjenama Panasonic dengan masalah kerosakkan magnetron. Saya telah membeli magnetron melalui Shopee dengan nombor rujukan yang sama iaitu 2M236-M1.

Sewaktu menerima magnetron yang telah dibeli dan diuji, ianya juga gagal berfungsi seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu 'cut-off' setelah 23 saat dihidupkan.

Klik 'Return/Refund' pada aplikasi shopee...

Untuk kepastian ianya masalah magnetron, saya telah uji microwave tersebut dengan menggunakan magnetron elok namun kurang/lambat panas yang masih disimpan suatu ketika dahulu serta pernah dikongsikan di sini.

Bungkus & hantar ke pusat kurier...

Setelah berpuas hati, saya menghubungi penjual dan bersetuju untuk 'return/refund'. Proses 'return/refund' kini telah dinaiktaraf serta lebih mesra pelanggan.

Selepas diterima oleh pejabat kurier...

Saya cuma perlu klik 'return/refund' melalui aplikasi shopee, isi tempat kosong yang ada/ditanya & hantar ke pejabat kurier yang berdekatan sahaja.

Setibanya di pejabat kurier, saya cuma perlu tunjukkan 'bar code' pada aplikasi shopee untuk diimbas.

Status...

Proses 'refund' hanya selesai setelah barang yang dipulangkan telah diterima oleh penjual.

Approved...

Kini pihak shopee tidak lagi menahan wang kita di shopeepay dan dipulangkan pada hari berikutnya.

E-mail...

Walaupun kita tidak perlu menanggung kos memulangkan barangan kepada penjual namun kita juga tidak mendapat kembali kos penghantaran sewaktu membeli.

Inilah kerugian yang tidak dapat dielakkan jika melibatkan barang yang rosak dihantar kepada kita.