Sebelum ini saya banyak kongsikan pengalaman dirujuk CCTV dengan masalah 'power supply'.
Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah CCTV dengan masalah gagal berfungsi dan setelah diperiksa kerosakkannya pada sebiji IC audio seperti telah saya tunjukkan pada klip video di atas.
![]() |
| Litar pintas pada audio IC... |
Nombor rujukan IC tersebut ialah LTK8002D dan alat gantinya saya beli melalui dalam talian namun menerima alat ganti dengan nombor rujukan yang sedikit berbeza iaitu 8002A.
![]() |
| LTK8002D - single channel audio power amplifier |
Pemeriksaan pada 'datasheet' mendapati ianya komponen serupa namun berbeza kuasa output seperti berikut:-
- LTK8002D - 2.9W (4Ω load)
- 8002A - 2.0W (4Ω load) or 1.5W (8Ω load)
![]() |
| Gantikan LTK8002D dengan 8002A |
CCTV ini berjaya dibaiki setelah IC audio yang rosak telah saya gantikan menggunakan 8002A.
Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah dibaiki. Saya yakin speaker yang digunakan tidak memerlukan kuasa sehingga 2.9W. Jadi, IC dengan nombor rujukan 8002A boleh digunakan tanpa masalah.
Selamat berDIY...





































