Saturday 21 September 2024

Have You Ever Seen the Rain - CCR

 

[Intro]
Am    F/C    C    G    C

[Verse]
C
Someone told me long ago
C                                   G
There's a calm before the storm, I know
                   C
It's been coming for some time
C
When it's over, so they say
C                          G
It'll rain a sunny day, I know
                   C
Shining down like water

[Chorus]
F         G
I wanna know
         C    C/B      Am    Am/G
Have you ever seen the rain
F         G
I wanna know
         C    C/B      Am    Am/G
Have you ever seen the rain
F        G               C
Coming down on a sunny day

[Verse]
C
Yesterday and days before
C                                G
Sun is cold and rain is hard, I know
                    C
Been that way for all my time
C
'Til forever on it goes
C                                    G
Through the circle fast and slow, I know
                       C
And it can't stop, I wonder

[Chorus]
F         G
I wanna know
         C    C/B      Am    Am/G
Have you ever seen the rain
F         G
I wanna know
         C    C/B      Am    Am/G
Have you ever seen the rain
F        G                C
Coming down on a sunny day

[Chorus]
F         G
I wanna know
         C    C/B      Am    Am/G
Have you ever seen the rain
F         G
I wanna know
         C    C/B      Am    Am/G
Have you ever seen the rain
F        G                C     G    C
Coming down on a sunny day

Wednesday 18 September 2024

My NJOI

Astro NJOI kini memiliki aplikasi sendiri dan dinamakan sebagai My NJOI.

Ianya sangat mudah digunakan dan anda cuma perlu daftar dengan menggunakan nombor kad pintar (smartcard) sahaja.

Aplikasi My NJOI

Gambar-gambar tangkap layar di bawah ialah cara pendaftaran dan anda boleh melakukan banyak transaksi dengan mudah termasuk melanggan siaran.

Klik 'SMARTCARD LOGIN'

Saya bukan pelanggan astro namun telah lama melakukan kerja membaiki dekoder astro.

Masukkan nombor kad astro

Masalah utama saya ialah mengaktifkan atau 'refresh' kad pintar yang tiada siaran setelah lama tidak ditonton dan pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Klik 'settings'

Kini dengan aplikasi My NJOI, saya boleh melakukan 'refresh' tanpa memerlukan nama penuh pemilik seperti sebelum ini jika menghubungi pihak astro melalui aplikasi WhatsApps.

Klik 'REFRESH'

Apa yang saya perlukan lakukan ialah daftar nombor kad pintar dan melakukan 'refresh' melalui aplikasi My NJOI sahaja.

Refresh Success!

Pihak astro dari dulu lagi memang tidak mesra pelanggan dan sering menyusahkan pelanggannya. Alasan mereka meminta nama pelanggan sebelum ini ialah sebab melibatkan data pribadi adalah salah satu contohnya.

Jika anda pernah menghubungi mereka untuk membuat pembatalan langganan dengan macam-macam kerenah, anda akan faham apa yang saya maksudkan mereka tidak mesra pelanggan.

Apa pun, kini saya tidak perlu lagi meminta nama pendaftar akaun astro lagi untuk 'refresh' siaran melalui aplikasi My NJOI.

Selamat berDIY...

Sunday 15 September 2024

Xiaomi deerma VC01 cordless vacuum cleaner repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang hampir serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

deerma VC01 handheld cordless vacuum cleaner

Penyedut hampagas yang saya kongsikan kali ini berjenama Xiaomi, model deerma VC01 dengan masalah cas bateri yang telah penuh dicas habis dalam masa kurang dari seminit bila digunakan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan bateri telah rosak dan gagal menyimpan cas lagi.

Model: VC01

Kerja membaiki bermula dengan membuka penutupnya sehingga bahagian bateri dikeluarkan untuk ditukar dengan yang baru.

Buka penutup...

Setelah BMS (battery management system) dibuka, tarikh diperbuat yang tercatat ialah 2020.07.31 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Date of manufacture: 31/7/2020

Penyedut hampagas ini menggunakan 4 biji bateri lithium dan kesemuanya rosak serta perlu diganti.

Buka & keluarkan bateri asal...

Masalah selesai selepas bateri telah diganti dan penyedut hampagas ini kembali berfungsi semula. Bateri merupakan komponen 'wear & tear' dan harus diganti bila tidak berupaya menyimpan cas lagi.

Bateri telah siap ditukar...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Thursday 12 September 2024

Panasonic MX-AC400 mixer grinder

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'mixer grinder' berjenama Panasonic, model MX-AC400 dengan masalah gagal berfungsi.

Panasonic mixer grinder

Pemilik memberitahu saya ianya jarang digunakan namun gagal berfungsi setelah lama disimpan.

Model: MX-AC400

Pemeriksaan awal pada fius plug 3-pin masih elok. Keterusan wayar & semua suis juga elok sewaktu diperiksa.

Setelah penutup bawah dibuka...

Seterusnya saya periksa bahagian motor dan mendapati ada wayar gegelung yang putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Wayar gegelung putus...

Saya juga dapati warna gegelung (coil) agak gelap dari biasa seolah-olah ada berlakunya panas melampau.

Banyak gegelung yang putus...

Setelah saya buka bahagian sambungan dari suis ke gegelung, ada lagi gegelung yang putus dan boleh dilihat pada gambar di atas.

Apa yang mengejutkan saya ialah semua wayar dari suis ke gegelung juga putus serta tidak bersambung ke gegelung.

Biasanya ianya ada dilengkapi thermal fuse pada wayar neutral namun juga tidak ditemui.

Saya percaya ianya pernah dibuka oleh seorang sebelum dirujuk kepada saya dan saya tidak pasti bagaimana kerosakkan seteruk ini boleh berlaku. Mungkinkah ada tikus baiki labu?

Saya juga yakin jika gagal berfungsi disebabkan lama tidak digunakan, tidak mungkin semua wayar penyambung boleh putus.

Apa pun, jalan paling mudah untuk membaikinya ialah gantikan motor yang baru atau buat gegelung yang baru.

Mixer grinder ini saya tidak baiki sebab tiada alat ganti motor yang sama dan saya tidak arif membuat gegelung stator yang baru.

Pastikan anda rujuk peralatan elektrik/elektronik anda kepada mereka yang pakar untuk dibaiki bagi mengelak situasi 'tikus membaiki labu' terjadi...

Monday 9 September 2024

alpha BABY-LK1 ceiling fan repair

Sebelum ini saya pernah membaiki kipas siling berjenama alpha dan anda boleh rujuk di sini.

PCB & remote control...

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk kipas siling berjenama alpha model BABY-LK1 dengan masalah tidak dapat dikawal menggunakan alat kawalan jauh.

Klip video di atas saya rakam sewaktu mengujinya dan buzzer tidak berbunyi apabila alat kawalan jauh ditekan.

Model: BABY-LK1

Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan kerosakan alat kawalan jauh atau papan litar (PCB).

Saya telah periksa alat kawalan jauh dan ianya elok seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Setelah dibuka...

Seterusnya saya buka papan litar dan pemeriksaan menyeluruh mendapati kapasitor berlabel C9 & C21 seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah rosak menggunakan multimeter ESR.

Kapasitor C9 & C21 rosak ..

Nilai kapasitor yang digunakan ialah:-

  1. C9 - 220uf, 25v
  2. C21 - 10uf, 25v
Gantikan kapasitor baru...

Masalah selesai setelah kedua-dua kapasitor tersebut telah saya gantikan dan kembali berfungsi semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Gambar di bawah ialah cara penyambungan papan litar untuk kipas tersebut.

Cara pendawaiaan...

Selamat berDIY...

alpha BABY-LK1 ceiling fan

Friday 6 September 2024

Service interruption (76) - Astro DMT880

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro yang telah lama tidak digunakan dan pemilik memberitahu saya masalahnya ialah tiada isyarat (signal).

Installation settings/Satellite settings...

Apabila saya mengujinya, skrin di atas terpapar pada layar TV dan cara untuk membuat tetapan (settings) pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Software outdated (Apr 21 2016)

Dekoder astro ini cuma ada isyarat jika memilih 'current entry point name':-

  1. 19 Future 1
  2. 24 Future 2

Setelah berjaya melepasi tetapan di atas, masalah seterusnya yang dihadapi ialah versi software telah ketinggalan zaman (outdated) seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan perlu dikemaskini.

Service interruption (76)...

Apabila dekoder dibiarkan dalam keadaan standby, proses mengemaskini berlaku secara automatik namun berakhir dengan kegagalan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah gagal mengemaskini software pernah saya kongsikan sebelum ini di sini, sini dan sini namun belum pernah berjaya diselesaikan.

Dekoder boleh berfungsi namun siaran tersekat-sekat dengan paparan kod 76 pada layar TV.

Saya yakin ianya bukan masalah dekoder tetapi masalah software yang telah lapuk serta gagal dikemaskini. Masalah sedemikian berlaku apabila dekoder telah lama tidak digunakan dan software yang diperlukan untuk dikemaskini telah tiada dalam sistem astro.

Tuesday 3 September 2024

Bypass switch

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana 'bypass' suis pada peralatan elektrik jika diperlukan atas sebab tiada alat ganti serta tidak memudaratkan atau merbahayakan pengguna.

Suis yang saya 'bypass' kali ini ialah pada sebuah kereta elektrik kanak-kanak yang pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Buka steering untuk keluarkan dashboard...

Menurut pemilik, masalah yang sering berlaku ialah suis maju (forward) serta undur (reverse) sering tidak berfungsi bila diubah. Masalah yang dihadapi kali ini ialah tiada alat ganti yang serupa dan pemilik meminta untuk 'bypass' agar hanya boleh bergerak maju (forward) sahaja.

Sambungan pada belakang suis...

Gambar di atas ialah wayar yang disambung ke suis tersebut dan telah saya labelkan. Untuk 'bypass' dan kereta hanya boleh bergerak 'forward' sahaja, saya sambungkan wayar berwarna coklat & hijau bersama.

Jika anda berhajat untuk 'bypass' dan kereta hanya boleh bergerak 'reverse' sahaja, sambungkan bersama wayar coklat & biru.

Sambungkan bersama wayar hijau & coklat...

Kedua-dua wayar harus ditanggalkan dari suis sebelum digabungkan bersama untuk mengelak berlaku litar pintas jika tombol dilaras semula.

Balut sambungan...

Klip video di bawah dihantar oleh pemilik kepada saya dan ianya telah diuji berfungsi tanpa masalah.

Selamat berDIY...