Showing posts with label Telephone. Show all posts
Showing posts with label Telephone. Show all posts

Thursday, 14 December 2023

Baiki telefon NEC AT-40 langsung tidak berfungsi

Hari ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama NEC, model AT-40 dengan masalah langsung tidak berfungsi termasuk lampu indikator berwarna merah juga tidak menyala apabila ganggang telefon diangkat.

Setelah dibuka...

Masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Walaupun masalah sama namun komponen yang rosak adalah berbeza.

Perintang R7 putus...

Pemeriksaan pada papan litar menemui sebiji perintang berlabel R7 dengan nilai 220kΩ putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Gantikan perintang yang baharu...

Telefon ini berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula setelah dengan hanya menukarkan sebiji perintang 220kΩ sahaja.

Selamat berDIY...

Tuesday, 28 February 2023

TeleBest 850HT Telephone Repair

Hari ini saya telah dirujuk sebuah telefon dengan masalah semua butang gagal berfungsi bila ditekan.

TeleBest 850HT

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya pada mulanya tidak menemui sebarang komponen yang meragukan.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan dengan teliti mendapati sebiji kapasitor dengan label C031 (470uf, 10v) pernah diganti namun disambung seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

C031 - kapasitor 470uf, 10v

Saya telah buka kapasitor C031, buang sambungan dan dipateri terus ke papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

Masalah butang gagal berfungsi bila ditekan pada telefon ini selesai dengan hanya membaiki sambungan kapasitor C031 sahaja.

Selamat berDIY...

Wednesday, 21 December 2022

Baiki telefon NEC AT-40 tak berdering

Banyak telefon seperti ini telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

NEC AT-40

Menurut pemilik, ianya boleh digunakan namun tidak berdering jika ada panggilan masuk.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji perintang yang dilabel R1 pada papan litar telah putus satu terminalnya seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

R1 = 10MΩ

Kod warna perintang tersebut ialah coklat, hitam, biru dengan nilai 10MΩ.

coklat, hitam, biru = 10MΩ

Masalah telefon tidak berdering jika ada panggilan masuk selesai setelah perintang tersebut telah saya gantikan dengan yang baharu.

Siap...

Selamat mencuba...

Saturday, 17 December 2022

TeleBest 210BC telephone repair

Semalam saya dirujuk sebuah telefon berjenama TeleBest model 210BC dengan masalah tiada suara dan butang dial tidak berfungsi bila ditekan.

TeleBest 210BC

Masalah tiada suara selesai setelah speaker telah saya gantikan dengan yang baharu namun butang dial masih tidak berfungsi setelah ditekan.

Setelah penutup belakang dibuka...

Papan litar kelihatan elok dan tiada tanda-tanda ada kerosakkan apabila diperiksa dengan pandangan mata kasar.

Buka PCB...

Seterusnya saya periksa papan litar dengan menggunakan multimerter dan mendapati satu litar tiada keterusan dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar putus...

Pada mulanya saya cuba pateri sahaja namun masih tiada keterusan dan seterusnya saya sambungkannya dengan 'enamel copper wire' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung litar putus...

Masalah selesai setelah litar yang putus telah saya sambung seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Selamat mencuba...

Monday, 12 December 2022

TeleBest 210BC telephone - tone/pulse

Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah telefon berjenama TeleBest model 210BC dengan masalah tidak mendail setelah butang nombor ditekan.

TeleBest 210BC

Pemeriksaan serta ujian ke atas telefon tersebut mendapati ianya boleh berfungsi apabila mode dail pada 'pulse' namun gagal berfungsi setelah dilaras ke mode 'tone'.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Setelah PCB dibuka...

Memandangkan  ianya gagal berfungsi setelah dilaras ke mode 'tone' saya bercadang untuk memutuskan litar mode 'tone' dan hanya mode 'pulse' sahaja digunakan.

Suis untuk 'pulse' dan 'tone'...

Sebagai percubaan, saya buang pateri dan tanggalkan terminal 'tone' pada suisnya dari papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

tanggalkan terminal untuk 'tone'...

Masalah selesai dan telefon boleh digunakan semula namun hanya mode 'pulse' sahaja berfungsi walaupun ianya dilaraskan ke mode 'tone'.

Selamat mencuba...

Monday, 29 August 2022

Baiki telefon yang tiada suara

Saya telah banyak dirujuk telefon dengan masalah tiada suara dan hari ini saya kongsikan cara-cara memeriksa serta membaikinya.

NEC AT-40

Telefon yang saya guna sebagai contoh hari ini berjenama NEC, model AT-40 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Buka dua biji skru...

Dari pengalaman membaiki selama ini, masalah telefon yang tiada suara adalah seperti berikut iaitu:-

  1. cabel penyambung ganggang telefon rosak
  2. speaker pada gangang telefon rosak
  3. kerosakkan komponen serta litar pada PCB

Setelah ganggang telefon dibuka...

Cara saya memeriksa telefon yang tiada suara ialah:-

  1. Periksa kabel penyambung ganggang telefon
  2. Periksa speaker ganggang telefon
  3. Jika tiada masalah pada pertama dan kedua di atas, saya akan buka telefon dan periksa papan litar
Gantikan speaker yang rosak...

Masalah telefon ini ialah disebabkan kerosakkan speaker pada ganggang telefon dan keterangan lanjut cara memeriksanya boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Thursday, 30 June 2022

TelPhone TP-829 telephone repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama TelPhone model TP-829 dengan masalah penerima tidak dapat mendengar suara kita.

TelPhone TP-829

Telefon seperti ini pernah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Model: TP-829

Setelah dibuka dan diperiksa pada papan litar, saya tidak menemui sebarang kerosakkan komponen.

Bahagian bawah telefon...

Seterusnya saya mendapati satu pelaras pada bahagian bawah telefon berada di kedudukan yang meragukan seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Dilaras ke warna merah...

Ianya meragukan saya sebab dilaras pada kedudukan berwarna merah. Setelah saya menguji ketiga-tiga kedudukan pelaras, ianya hanya kembali normal apabila di laras ke bahagian berwarna hijau.

Laras kembali ke warna hijau...

Selamat mencuba...

Friday, 17 June 2022

Motorola C401A cordless phone repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah telefon tanpa wayar (cordless) berjenama Motorola model C401A dengan masalah tidak dapat membuat panggilan keluar serta menerima panggilan.

Motorola cordless telephone

Ketika saya uji dengan membuat panggilan masuk, ianya memberitahu saya telefon sedang digunakan walaupun dalam keadaan 'standby'.

Model: C401A

Masalah sedemikian bukan kerosakkan pada telefon tetapi kerosakkan bahagian penerima atau 'base' seperti boleh dilihat pada gamabr di atas.

Setelah tapak (base) dibuka...

Setelah bahagian 'base' saya buka dan periksa, saya menemui sebiji transistor A94 mengalami litar pintas pada terminal C (collector) dengan E (emitter) dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada sebiji transistor A94

Tiada komponen lain yang rosak ditemui selain transistor C94 sahaja dan ianya merupakan transistor jenis PNP.

Gantikan transistor A94 yang baharu...

Telefon ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah transistor yang rosak telah saya gantikan dengan yang baharu.

Siap...

Selamat mencuba...

Wednesday, 11 May 2022

2 types of telefon handset cable

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah telefon dengan masalah pemanggil tidak dapat mendengar suara kita.

2 pin vs 4 pin

Pemeriksaan pada telefon serta papan litarnya tidak menemui sebarang komponen yang rosak. Masalah hanya selesai setelah saya menukarkan kabel handset telefon.

Where to use 2 pin & 4 pin cable?

Untuk pengetahuan semua, terdapat 2 jenis kabel handset telefon iaitu 2 pin dan 4 pin seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Telefon yang asalnya menggunakan kabel handset 4 pin bermasalah jika menggunakan kabel jenis 2 pin.

Pastikan alat ganti yang ditukar itu bersesuaian.

Selamat mencuba...

Thursday, 14 April 2022

STARTECH ST-1000 telephone

Semalam saya dirujuk sebuah telefon berjenama STARTECH model ST-1000 dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah iaitu telefon masih berdering walaupun ganggang telah diangkat.

Telefon ini juga tidak berfungsi apabila kita ingin membuat panggilan keluar dan tiada bunyi langsung kedengaran pada speaker.

STARTECH ST-1000

Ramalan awal saya ialah kerosakkan pada suis ganggang telefon yang gagal berfungsi.

Model: ST-1000

Setelah dibuka dan diperiksa, suis ganggang masih elok dan tidak bermasalah.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan pada papan litar juga tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Tiada kerosakkan komponen ditemui...

Pemeriksaan terperinci mendapati bahawa kabel ganggang telefon yang digunakan hanya mempunyai 2 pin sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

kabel ganggang telefon 2 pin digunakan...

Telefon ini kembali normal dan masih boleh digunakan setelah kabelnya telah saya gantikan dengan kabel jenis 4pin.

Gantikan dengan kabel 4 pin...

Kemungkinan masalah asalnya ialah kerosakkan pada kabel ganggang namun pemilik telah menukarkan kepada kabel 2 pin tanpa disedari dan menyebabkan telefon gagal berfungsi.

Perbezaan kabel 2 pin dan 4 pin...

Selamat mencuba...

Tuesday, 8 March 2022

Baiki telefon NEC AT-40 tidak berfungsi

Pagi ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama NEC, model: AT-40 dengan masalah langsung tidak berfungsi.

NEC AT-40

Sebelum ini saya pernah membaiki sebuah telefon serupa dengan masalah serupa yang disebabkan ada litar terputus di papan litar dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan awal pada papan litar kali ini tidak menemui sebarang litar yang putus. Saya juga dapati tiada sebarang voltan ditemui pada zener diod yang ada pada papan litar ketika memeriksa menggunakan multimeter.

Transistor jenis PNP (KSP94) rosak...

Pemeriksaan pada komponen menggunakan multimeter akhirnya menemui sebiji transistor jenis PNP berlabel KSP94 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas tiada keterusan pada ketiga-tiga terminalnya tanpa dikeluarkan dari papan litar.

Q1 - KSP94

Transistor KSP94 merupakan 'high voltage transistor' dan dilabel sebagai Q1 pada papan litar.

Gantikan transistor baharu...

Telefon ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah transistor KSP94 tersebut telah saya gantikan.

Siap, Tested - ok

Selamat mencuba...