Kebelakangan banyak iklan menu terbaru KFC iaitu 'ayam acar cili hijau' lalu di dinding media sosial dan saya telah berkesempatan mengujinya.
Ayam Acar Cili Hijau
Harganya RM16.99 namun kena bayar RM17 setelah dibulatkan sebab duit 1sen telah lama tidak laku di negara kita.
RM17
Sekali pandang ianya kelihatan serupa seperti ayam goreng KFC selama ini namun warnanya sedikit lebih gelap dari biasa.
Rasanya juga berbeza iaitu ada rasa manis, sedikit rasa masam (mungkin cuka) serta sangat pedas (lebih pedas dari 'hot & spicy' sedia ada) selain rasa masin.
Walaupun tiada cili kelihatan namun dari bau serta rasa pedasnya saya yakin cili yang digunakan ialah cili padi, mungkin cili padi yang belum masak (hijau).
Sewaktu saya dikuarantin pada bulan mac tahun ini, saya ada kongsikan nasi atuk KFC di sini.
Nasi atuk KFC
Hujung minggu lepas, saya mencuba lagi nasi atuk KFC dan kali ini makan secara 'dine-in' di salah sebuah restaurant berdekatan di tempat kerja saya.
RM17.99 untuk pakej 2 ketul ayam...
Bagi saya, tujuan makan ialah untuk mengalas perut agar tidak lapar selain untuk mendapatkan khasiatnya dan saya tidak pandai komen sedap atau tidak. Jika diberi makan nasi ayam setiap hari pun saya tiada masalah.
Sambal nasi atuk KFC...
Namun dalam beberapa bulan sahaja, harganya kini telah naik seringgit iaitu RM17.99 berbanding RM16.99 sebelumnya.
Pada 19 Julai 2021 yang lepas saya telah menebas rumput di belakang rumah serta membakarnya setelah kering beberapa hari selepas itu.
Peria liar...
Kira-kira 3 minggu selepas itu, rumput tumbuh kembali dan kali ini ada tumbuhan menghijau kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Ambil daun serta pucuk sahaja...
Untuk makluman semua, tumbuhan tersebut ialah peria liar yang tumbuh sendiri dan ketika zaman kanak-kanak, arwah ibu sering mengambil pucuk sayur-sayuran untuk dijadikan hidangan.
Daun & pucuk sahaja...
Oleh kerana peria liar buahnya kecil dan tidak pasti boleh dimakan atau tidak, saya cabut benih yang baru tumbuh beberapa minggu itu untuk dijadikan hidangan.
Telur, bawang merah & bawang putih...
Pucuk serta daunnya sahaja yang saya ambil untuk dimasak. Bahan yang saya gunakan untuk memasak ialah:-
Sebiji telur ayam
bawang merah
bawang putih
Goreng bawang merah & putih dahulu...
Arwah ibu dulu selalu menggunakan ikan bilis dan tidak menggunakan telur ketika memasak pucuk sayur-sayuran.
Masukkan sebiji telur...
Mula-mula masukkan minyak masak dan tunggu sehingga panas dan gorengkan bawang merah bersama bawang putih dahulu sehingga sedikit kuning.
Goreng sehingga telur masak...
Lepas itu masukkan sebiji telur ayam dan kacau sehingga telur masak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Masukkan pucuk serta daun peria liar...
Seterusnya, masukkan pucuk serta daun peria liar dan goreng sehingga layu.
garam secukup rasa...
Akhir sekali saya masukkan garam secukup rasa dan gaul sehingga sebati.
Sejak saya dikuarantin berikutan disyaki kes suspek CoVid-19 pada 17/3/2021, saya masak dan makan apa sahaja yang ada di rumah.
Nasi Atuk KFC - nasi lemak
Nasi atuk KFC telah lama diperkenalkan oleh KFC namun tidak berpeluang untuk menikmatinya disebabkan PKP sejak tahun lepas. Pada 23/3/2021 lepas saya menempah dua set nasi atuk KFC dengan harga RM16.99 setiap satu.
RM16.99
Ianya mempunyai dua pilihan iaitu jika memilih seketul ayam sahaja, harganya ialah RM13++ dan RM16.99 jika memilih dua ketul ayam. Isi kandungan yang saya beli ialah:-
Sebungkus nasi lemak
2 ketul ayam
2 jenis sambal
segelas minuman ringan
beberapa biji kacang
2 keping timun
sedikit telur goreng hancur
Nasi lemak dibungkus berasingan...
Komen saya ialah, rasanya serupa dengan nasi lemak yang dijual di tepi jalan namun nasi lemak tidak lengkap tanpa ikan masin. Jika membeli nasi lemak di tepi jalan dengan harga RM16.99, sekeluarga boleh menikmatinya.
Hari ini saya kongsikan satu makanan tradisi kaum tionghua berasaskan beras pulut.
"Xi" diperbuat dari tepung pulut...
Saya tidak pasti apa namanya dalam bahasa Malaysia namun dalam bahasa ibunda saya iaitu foochow ianya dipanggil "xi".
Potong kecil-kecil...
"Xi" merupakan makanan pertama di pagi tahun baharu cina pada hari pertama. "Xi" di buat pada malam sebelumnya iaitu setelah "reunion dinner".
Goreng dengan api yang kecil...
Cara membuat "xi" sangat mudah iaitu menggunakan tepung beras pulut serta tepung beras biasa sahaja dan caranya ialah:-
Campur tepung beras pulut dengan sedikit air dan gaul sehingga ianya seperti adunan membuat roti (bread).
Buatkan adunan bentuk bulat sebesar tapak tangan seperti gambar pertama di atas dengan ketebalan kira-kira setengah inci.
Rebus adunan di dalam air mendidih sehingga timbul.
Setelah timbul masukkannya ke dalam tepung beras biasa supaya tidak melekat dan simpan di atas daun pisang semalaman seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.
Goreng sehingga warnanya kekuningan seperti biskut...
Pada pagi berikutnya, "xi" akan dipotong kecil-kecil dan digoreng dengan sedikit minyak sehingga warna kekuningan seperti gambar di atas. Tujuan digoreng dengan minyak ialah supaya ianya sedikit rangup dan tidak melekat di antara satu sama lain.
Masukkan air...
Kemudian tambah air serta gula dan didihkan sehingga airnya pekat.
Tambah gula...
Rupa "Xi" yang telah siap untuk dimakan adalah seperti pada gambar di bawah.
Hari ini merupakan hari pertama perayaan tahun baharu cina, 2020.
Kaki depan babi...
Masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia, sebabnya ialah kerana dari kecil kita dibesarkan dengan resipi masakan ibu.
Potong...
Semalam merupakan hari paling penting di ambang perayaan tahun baharu cina dan semua ahli keluarga akan bergumpul untuk makan bersama atau juga dikenali sebagai 'reunion dinner'.
Cuci...
Hari ini saya kongsikan salah satu resipi ibu memasak kaki babi yang harus ada saban tahun ketika 'reunion dinner,'.
Sediakan rempah ratus...
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-
Kaki babi
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Buah keras
Kacang hitam
Sotong kering
kulat kering (dry mushroom)
Red wine
Fungus putih
Masukkan ke dalam belanga...
Semua bahan di atas dibersihkan dan dimasukkan ke dalam belanga dengan air (kecuali halia dan fungus putih) untuk dimasak perlahan sehingga daging masak serta lembut untuk dimakan.
Goreng halia hingga dapat aromanya...
Daging kaki babi harus digoreng terlebih dahulu dengan halia untuk menghilangkan bau yang tidak diingini oleh sesetengah orang. Caranya ialah:-
Masukkan minyak dan goreng halia sehingga bau aromanya semerbak...
Kemudian masukkan daging kaki babi dan sambung goreng...
Masukkan 'red wine' dan sambung goreng sehingga warna daging yang kemerah-merahan berubah warna kepada kelabu/coklat muda.
Masukkan daging dan goreng dengan 'red wine'...
Setelah proses mengoreng selesai, pindahkan daging yang telah digoreng ke dalam belanga yang berisi rempah ratus dan masak dengan api perlahan kira-kira 3 jam hingga 4 jam.
Pindahkan daging digoreng ke dalam belanga serta rempah...
Akhir sekali baru masukkan fungus putih ketika kesemua telah masak. Fungus putih tidak boleh dimasak terlalu lama, cukup sekadar rendam dengan masakan yang telah panas sahaja.
Akhir sekali masuk fungus putih...
Tambah garam secukup rasa mengikut citarasa masing-masing. Biasanya saya tak tambah garam lagi sebab masin dari sotong kering dah cukup mengikut citarasa saya...
Selamat menjamu selera...
Selamat menyambut tahun baharu cina, 2020 dan selamat menjamu selera...
Bila sebut Gardenia, apa yang terlintas di fikiran rakyat Malaysia ialah produk rotinya dengan slogan 'sungguh enak dimakan begitu saja'.
Susu berjenama Gardenia...
Tahukah anda bahawa Gardenia kini juga menjual susu UHT (ultra heat treatment) di negara kita?
Importer: Myanmar?
Di Malaysia ianya diimport oleh New World Mart dan ianya hanya dijual di pasaraya mereka sahaja.
Diimport oleh New World Mart...
Produknya juga tidak mempunyai logo halal negara kita, namun ianya diiktiraf halal oleh 'Western Australia Halal Authority'.
Halal - Western Australia
Saya rasa ianya baru di pasaran negara kita dan dijual dengan harga promosi RM4.69.
Harga promosi RM4.69
Harga tanpa promosi ialah RM5.99 iaitu sepuluh sen lebih mahal dari susu berjenama Marigold HL yang dijual dengan harga RM5.89.
Harga tanpa promosi RM5.99
Untuk makluman semua, susu UHT di panaskan sehingga 135c selama 4 saat dan ianya tahan disimpan pada suhu bilik berbanding susu segar yang cuma dipasteur pada suhu 72c selama 15 saat dan mesti disimpan di dalam peti sejuk.
Selama ini saya berpendapat bahawa buah dabai dan buah kembayau adalah sama. Menurut WIKIPEDIA, di Sarawak buah tersebut di panggil buah dabai dan di Sabah & Brunei ianya di panggil buah kembayau.
Ia sebenarnya serupa namun tidak sama. Hari ini saya kongsikan perbezaan di antara buah dabai dan buah kembayau.
Buah kembayau
Di Sarawak, sekarang merupakan musim buah durian dan buah dabai serta buah kembayau juga merupakan buah yang bermusim dan berada di pasaran sewaktu dengan musim durian.
Kembayau vs Dabai
Di pendekkan cerita, saya mencari buah kembayau dan buah dabai di pasaran dan gambar-gambar di atas serta di bawah merupakan perbezaan di antara kedua-dua buah tersebut.
Kembayau vs Dabai
Secara amnya warna ungu (purple) kembayu lebih muda berbanding dengan buah dabai. Saiz dan bentuk buah kembayau dan dabai juga berbeza, buah kembayau lebih panjang dan kecil berbanding dengan buah dabai yang lebih besar.
Dabai vs Kembayau
Jika anda ingin tahu cara memakan buah dabai, anda boleh membacanya di sini. Cara memakan buah kembayau ialah dengan merendam menggunakan air suam sehingga lembut.
Buah kembayau tidak akan masak dengan menjemur sahaja seperti yang pernah saya kongsikan pada artikel saya yang lepas.
Biji Kembayau vs Biji Dabai
Gambar di atas dan di bawah merupakan perbezaan biji buah dabai dan biji buah kembayau. Perbezaan ketara ialah dari segi warna iaitu biji buah kembayau berwarna putih dan panjang manakala biji buah dabai seakan-akan bola rugby.
Setelah bijinya dibelah...
Rasa isi buah dabai dan buah kembayau hampir sama dan perbezaannya ialah rasa isi buah kembayau sedikit masam berbanding buah dabai.
Jika nasib baik, isi bijinya kembar...
Isi biji buah dabai sedap di makan manakala isi biji buah kembayau rasanya kelat seperti buah pinang.