Showing posts with label KEMi. Show all posts
Showing posts with label KEMi. Show all posts

Wednesday, 13 July 2022

RIO halogen ceiling track light fitting repair

Minggu lepas saya telah dirujuk lampu siling jenis halogen berjenama RIO dengan masalah gagal menyala.

Ballast rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, papan litar 'electronic transformer' telah dimasuki air serta berkarat seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Ballast - 12V, 50W (KEMi)

Pemeriksaan pada papan litar mendapati fius putus serta sebiji transistor dengan label BLD128D mengalami litar pintas.

Ballast baharu...

Memandangkan transistor BLD128D tiada di pasaran tempatan, saya gantikan ballast tersebut dengan 'electronic transformer' berjenama KEMi seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan ballast...

Lampu halogen ini berjaya diselamatkan setelah 'electronic transformer' telah saya gantikan dengan yang baharu.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 20 May 2021

KEMi dimmable electronic ballast repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk beberapa kali 'electronic transformer' untuk di baiki dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

Jenama: KEMi

Hari ini saya dirujuk sebiji 'dimmable electronic ballast' berjenama KEMi dan kegunaannya juga sama dengan 'electronic transformer' yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu untuk menyalakan lampu halogen.

Setelah penutup dibuka...

Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah tidak menghasilkan output untuk menyalakan lampu halogen 12v/50w.

2 biji kapasitor 224 rosak...

Tidak banyak komponen yang ada pada papan litar dan pemeriksaan menyeluruh menemui dua biji kapasitor seramik dengan nombor rujukan 224 (220,000pf/220nf) didapati rosak.

0.12pF sahaja...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan kapasitan yang saya dapat ketika memeriksa menggunakan multimeter iaitu 0.12pf & 60.9nF sahaja.

60.9nF sahaja...

Kapasitor berlabel 224 seharusnya mempunyai bacaan 220nF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Elok - 228nF

Setelah kedua-dua kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, ianya telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Kapasitor yang rosak...

Labelnya ditulis 'dimmable electronic ballast' namun selama ini kesemua yang dirujuk kepada saya pula dilabel 'electronic transformer'. Mungkinkah ballast & transformer itu sama? Fikir-fikirkan...

Tested - ok

Selamat mencuba...