Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Wednesday, 12 October 2022

Facebook login code

Awal pagi semalam saya ada menerima SMS seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Setahu saya, SMS seperti ini akan dihantar ke telefon kita jika melakukan 'login' menggunakan telefon baharu atau terlupa kata laluan dan menekan 'forgot password'.

SMS tersebut dihantar pada pukul 12:10am (00:10hrs) ke telefon bimbit saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

Saya tidak pasti tujuan SMS tersebut dihantar ke telefon saya, namun yang pasti saya sedang nyenyak tidur atau mungkin sedang bermimpi.

Kemungkinan besar ada yang cuba menggunakan e-mail atau nombor telefon saya untuk mendaftar akaun facebook atau mungkin pengodam sedang berusaha mengodam akaun facebook saya.

Fikir-fikirkan...

Sunday, 1 May 2022

Scammer guna agama di facebook

Pada hari jumaat (29/04/2022) lepas, tiba-tiba dinding muka buku saya dipenuhi dengan posting minta derma seperti boleh dilihat pada gambar-gambar tangkap layar di bawah.


Gambar-gambar ini cuma beberapa sahaja yang saya tangkap layar dan ianya tertera perkataan 'sponsored' yang bermaksud posting berbayar serta akan muncul pada dinding muka buku orang ramai.

Saya yakin ianya juga muncul pada dinding muka buku anda dan mencecah ratusan posting dengan nama yang berbeza-beza namun tujuan sama iaitu derma untuk bina 'telaga kemboja'.

Saya telah 'report ad' atau 'hide ad' pada muka buku dan percaya atau tidak semakin kita tekan, semakin banyak akan muncul. Kalau bukan scam, apa pula gelaran yang sesuai untuk mereka-mereka ini?


Mungkin kes penyelewangan yang melibatkan ketua umno, zahid hamidi berkaitan yayasan akalbudi ada persamaan modus operandinya.


Saya juga yakin tiada tindakan langsung dari pihak muka buku walaupun saya klik 'report ad' sebab mereka telah menerima bayaran dan tugas mereka hanya memenuhi permintaan para scammer setelah dibayar. Bukankah ini 'cash is king'?

Mungkin tidak semua adalah scammer namun saya rasa 99% adalah scammer sebab saya juga ada komen dan dalam banyak-banyak komen satu sahaja yang menjawab dan mereka akan kata kita tuduh tanpa usul periksa. Lepas itu mereka akan ugut kita akan dapat dosa sebab menuduh tanpa usul periksa. Nampak tak disitu, kelebihan jika guna agama untuk menipu? Menuduh dapat dosa, menderma dapat pahala walaupun scammer. Jadi scammer adalah halal jika menggunakan agama.

Apa pun, duit masing-masing yang punya, jika nak bantu yang memerlukan, mulakan dengan membantu diri sendiri, lepas itu bantu ahli keluarga, saudara mara, rakan terdekat dan negara sendiri.

Kenapa bawa duit kita keluar dari negara kita ke komboja? Bantu lah negara sendiri dulu terutamanya sekarang iaitu selepas pandemik CoVid-19.

Saya tetap mempertahankan ini adalah scammer. Kegiatan mereka ini adalah umpama 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan' jika benar dana yang mereka kutip itu sampai ke kemboja.

Berapa peratus kutipan derma ala scammer ini akan sampai ke kemboja jika melibatkan ratusan pihak yang muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan?

Fikir-fikirkan.

Sunday, 6 March 2022

Deactivate facebook

Facebook merupakan laman sosial media saya sejak 03/10/2008 dan pada hujung bulan januari (30/01/2022) lepas, saya telah 'deactivate' akaun facebook pribadi saya.

1. Klik 'settings & privacy'...

Cara serta langkah-langkan untuk 'deactivate' akaun facebook ialah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar tangkap layar di atas dan di bawah.

2. Pilih 'settings'...

Setelah belasan tahun menggunakan laman sosial media facebook, saya dapati ianya banyak keburukan daripada kebaikan.

3. Pilih 'personal and account information'...

Salah satu punca utama kenapa saya bertekad memilih untuk 'deactivate' akaun facebook saya ialah tiada jaminan keselamatan (security).

4. Pilih 'account ownership and control'...

Saban hari ada saja akaun facebook yang digodam tanpa disedari dan pengodam pula menggunakan akaun yang digodam untuk melakukan penipuan serta jenayah.

5. Klik 'deactivation and deletion'...

Ada juga yang tanpa disedari kongsikan laman perjudian atau laman prono menggunakan akaun yang mereka godam.

6. Pilih 'deactivate' atau 'delete account'...

Saya tidak pasti akaun saya pernah digodam atau disalahguna oleh pengodam sepanjang belasan tahun ini namun yang pasti rasa tidak selamat semakin menebal saban hari.

7. masukkan 'password' semasa anda...

Selain daripada itu, saya juga pernah diberi amaran oleh pihak facebook sebab membuat komen berbaur kebencian (hate) dan diberi amaran keras.

8. Klik'deactivate my account'...

Sebelum saya diharamkan (banned) oleh mereka, elok juga saya yang haramkan diri sendiri dari menggunakan facebook.

9. 'account deactivation successful'...

Selamat kembali ke kehidupan normal tanpa sosial media...

Thursday, 23 April 2020

Off-Facebook Activity

Baru-baru ini saya perasan bahawa facebook kini seolah-olah serba tahu dan banyak iklan berkait rapat dengan sesuatu yang saya cari di atas talian (online) muncul pada dinding (wall) mukabuku (facebook) saya.
Semuanya terjawab setelah saya terbaca salah satu 'posting' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Rupa-rupanya beberapa bulan yang lepas, facebook telah menaiktaraf aplikasinya dan mampu menjejaki aktiviti kita di atas talian.

Jika anda tidak mahu facebook menjekaki aktiviti kita di atas talian ketika melayari internet, ianya boleh dipadam (off) dan caranya ialah seperti berikut:-
1. Pilih 'setting & Privacy'

2. Pilih 'Setting'

3. Pilih 'Off-Facebook activity'

4. Pilih 'More option'

5. Pilih 'Manage Future Activity'

6. Tekan butang 'Manage Future Activity'

7. Laraskan butang biru ke kiri...

8. Tekan 'Turn Off'

Siap...
Dari dulu, kini dan selamanya saya tidak meminati transaksi atas talian terutamanya urusan perbankan menggunakan e-banking kerana banyak kes penipuan telah dilaporkan saban hari.

Saya juga tidak hairan 'hacker' mampu mencuri data perbankan kita hanya dengan mencipa aplikasi yang mirip seperti facebook di atas.

Elakkan urusan perbankan di atas talian (e-banking) menggunakan telefon mudah alih anda...