Showing posts with label Remote Control. Show all posts
Showing posts with label Remote Control. Show all posts

Saturday, 18 October 2025

Panasonic air conditioner remote control repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki alat kawalan jauh berjenama Panasonic dan anda boleh rujuk di sini.

Panasonic

Hari ini saya dirujuk 3 buah alat kawalan jauh serupa dengan masalah sama iaitu gagal berfungsi.

Buka penutup belakang...

Masalah sejagat alat kawalan jauh ialah akibat kebocoran bateri dan cecair bateri yang berasid atau berakali meresap ke papan litar adalah punca utama ianya gagal berfungsi.

Buka papan litar...

Gambar di bawah adalah kerosakkan pada salah sebuah alat kawalan jauh akibat cecair bateri. Asid/akali cecair bateri telah menghakis terminal kapasitor sehingga putus.

Kapasitor rosak...

Kerja rutin saya ialah bersihkan papan litar dan gantikan komponen yang rosak. Jika litar pada papan litar putus, saya perlu sambung kembali.

Gantikan kapasitor bari...

Tidak semua kerosakkan boleh dibaiki. Jika kerosakkan melibatkan keypad serta litar karbon tanggal ianya gagal dibaiki.

Litar karbon tanggal...

Gambar di atas adalah contoh litar karbon yang telah tanggal akibat daripada cecair bateri dan ianya gagal dibaiki sebab saya tiada kepakaran serta bahan untuk membuat serta sambung kembali. 

Siap...

Dua buah alat kawalan jauh berjaya dibaiki dan sebuah lagi gagal dibaiki berikutan litar karbon telah tanggal. 

Bagi mengelakkan kejadian bateri bocor, saya sarankan dari dulu, kini dan selamanya guna bateri karbon. Elak daripada guna bateri akali (alkaline battery) serta bateri tahan lasak (Heavy duty battery) pada alat kawalan jauh anda.

Renung-renungkan... 

Monday, 23 June 2025

Auto gate remote control repair

Hari ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh untuk pagar automatik (auto gate) seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dengan masalah butang merah rosak.

Auto gate remote control...

Menurut pemilik, ianya telah lama bermasalah dan apa yang berlaku akhir-akhir ini ialah bateri yang baru ditukar hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati 'tact switch' untuk butang merah tidak elastik lagi dan kadang-kadang lampu merah masih menyala walaupun tidak ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

'Tact switch' yang rosak biasanya tidak menghasilkan bunyi 'tact' sewaktu ditekan serta dilepaskan.

Bateri A23 - 12v

Bateri yang digunakan ialah A23 dengan voltan 12v namun cuma 5v sahaja bila diukur menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

5v sahaja...

Saiz 'tact switch' yang digunakan ialah 3x6x4.3 dan masalah selesai setelah suis telah diganti dengan yang baru. Kerosakkan suis pada alat kawalan jauh tidak dapat dielakkan dan ianya pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Gantikan tact switch yang baru ..

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Monday, 4 December 2023

SAMSUNG AA59-00607A remote control repair

Alat kawalan jauh berjenama SAMSUNG model AA59-00607A pernah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

AA59-00607A

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi alat kawalan jauh yang serupa dengan masalah hanya butang yang telah saya tandakan pada gambar di atas tidak berfungsi bila ditekan.

Setelah dibuka...

Masalah butang tertentu yang tidak berfungsi bila ditekan adalah disebabkan litar yang putus dan ianya hanya boleh diselamatkan setelah ditemui serta disambung semula.

Litar putus telah disambung...

Gambar di atas adalah litar yang putus telah saya sambung kembali dengan menggunakan 'enameled copper wire' dan masalah selesai seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Untuk makluman semua, masalah litar putus pada alat kawalan jauh majoriti berpunca dari cecair bateri yang bocor meresap ke papan litar.

Selamat berDIY...

Friday, 23 June 2023

SAMSUNG AA59-00607A remote control repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk alat kawalan jauh seperti ini untuk di baiki dan anda boleh rujuk di sini.

SAMSUNG AA59-00607A

Masalah alat kawalan jauh ini ialah beberapa butang tidak berfungsi bila ditekan seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. Butang 'power'
  2. Butang 1, 2, 3 & 4
  3. Butang 'source'
Butang gagal berfungsi bila ditekan...

Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan ada litar pada papan litar telah putus dan misi yang harus dilakukan ialah mencari bahagian yang telah putus dan sambungkan kembali.

Litar putus...

Gambar di atas adalah lokasi litar yang putus telah saya jumpa dan gambar di bawah menunjukkan litar yang putus telah saya sambung kembali.

Sambungkan litar yang putus...

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya selepas litar yang putus telah saya sambung kembali ianya telah berjaya diselamatkan.

Selamat berDIY...

Thursday, 1 June 2023

LG 6710V00141A remote control repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah alat kawalan jauh untuk kegunaan TV plasma berjenama LG.

Alat kawalan jauh TV Plasma

Banyak alat kawalan jauh telah saya baiki dan kongsikan selama ini dan anda boleh rujuk di sini.

6710V00141A

Masalah alat kawalan jauh ini ialah butang 'volume down' sahaja tidak berfungsi bila ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Majoriti masalah sedemikian adalah disebabkan terdapat litar yang putus akibat hakisan oleh cecair bateri yang bocor telah meresap ke papan litar.

Setelah papan litar dikeluarkan...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya dapati ada kesan hakisan oleh cecair bateri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bekas akibat cecair bateri...

Masalah tetap sama walaupun papan litar telah saya bersihkan dengan menggunakan 'contact cleaner'.

Litar putus...

Seterusnya saya periksa litar berdekatan dengan menggunakan multimeter dan mendapati salah satu litar tiada keterusan seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Sambung litar yang putus...

Masalah butang 'volume down' tidak berfungsi selesai setelah litar yang putus telah saya sambung kembali seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Selamat berDIY...

Wednesday, 5 April 2023

SAMSUNG BN59-01224B remote control repair

Banyak alat kawalan jauh seperti ini telah saya baiki dan saya kongsikan sebelum ini di sini, sini, sini, sini dan sini.

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi alat kawalan jauh yang serupa dengan masalah gagal berfungsi walaupun bateri telah diganti dengan yang baharu.

Gambar di atas merupakan keadaan papan litar yang telah saya baiki dan kerosakkannya ialah akibat cecair bateri yang bocor meresap ke papan litar sehingga memutuskan litar.

Semua litar yang putus berada di bawah IC tersebut dan saya terpaksa menyambungkannya dengan menggunakan 'enameled copper wire'.

Mesej yang saya ingin sampaikan dari pengalaman kali ini bagi mengelak kerosakkan alat kawalan jauh akibat kebocoran bateri ialah:-

  1. Keluarkan bateri dari alat kawalan jauh jika ditinggalkan lama tidak digunakan
  2. Gantikan bateri secara berkala dan jangan tunggu sehingga ianya gagal berfungsi
  3. Nasihat saya dari dulu, kini dan selamanya ialah, jangan guna bateri tahan lasak termasuk bateri alkali. Guna lah bateri murah atau buatan China yang hanya mampu tahan beberapa bulan sahaja. Peluang bateri bocor sangat rendah sebab bateri kerap ditukar.

Fikir-fikirkan...

Tuesday, 1 November 2022

SAMSUNG AA59-00607A TV Remote control repair

Hari ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh berjenama samsung untuk kegunaan TV dengan masalah sebahagian butang tidak berfungsi bila ditekan.

AA59-00607A

Butang-butang yang tidak berfungsi bila ditekan telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. Butang power
  2. Butang source
  3. Butang 1, 2, 3, 4, 5 & 6.
Butang yang tidak berfungsi bila ditekan...

Sebelum ini saya pernah baiki alat kawalan jauh dengan masalah sedemikian dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa kira-kira sejam akhirnya saya menemui satu litar putus dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Sambung litar yang putus...

Alat kawalan jauh ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah litar yang putus telah saya sambungkan kembali dengan menggunakan 'enameled copper wire'.

Selamat mencuba...

Sunday, 4 September 2022

Carrier RG67N/BGEF remote control repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki alat kawalan jauh seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Hari ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh yang serupa dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu cuma lampu backlight berwarna oren menyala beberapa saat sahaja setelah bateri dipasang dan semua butang tidak berfungsi apabila ditekan termasuk skrin juga tiada paparan.

Carrier RG67N/BGEF

Majoriti kerosakkan alat kawalan jauh adalah disebabkan kebocoran bateri dan cecair bateri telah meresap ke papan litar serta bertindak balas dengan komponen logam.

Setelah dibuka...

Gambar di bawah menunjukkan butang pada papan litar telah teroksida akibat tindak balas kimia cecair bateri.

Semua butang telah teroksida...

Setelah kesemua butang yang teroksida telah saya bersihkan dan diuji, masalah tetap sama iaitu hanya lampu backlight berwarna oren menyala beberapa saat sahaja dan tiada paparan pada layarnya.

Setelah dibersihkan...

Seterusnya saya buka semula dan kali ini saya buka skrin LCD. Kesan teroksida juga ada pada bahagian penyambung (zebra strip) seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Penyambung 'zebra strip' juga teroksida...

Setelah kesemua penyambung ke LCD saya bersihkan dan diuji, kini layar telah menyala namun ada tiga butang tidak berfungsi iaitu:-

  1. butang 'arrow up'
  2. butang mode
  3. butang LED
Bersihkan 'zebra strip' juga...

Masalah sebahagian butang tidak berfungsi biasanya adalah disebabkan ada litar yang telah putus dan tidak berhubung di antara satu sama lain.

Skrin dah menyala...

Pemeriksaan teliti dengan menggunakan multimeter mendapati terdapat dua sambungan tiada keterusan di antara bahagian atas dan bawah papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Dua sambungan putus telah disambung/pateri...

Kesemua masalah di atas selesai setelah kedua-dua litar yang tidak berhubung telah saya betulkan dengan mempateri semula sahaja.

Selamat mencuba...

Monday, 18 July 2022

HUAYU RM-D1155+6 universal remote control

Baru-baru ini alat kawalan jauh untuk dekoder MYTV saya tidak berfungsi dengan sempurana terutamananya butang 'channel down'.

HUAYU RM-D1155+6

Dekoder MYTV tersebut saya beli pada tahun 2019 dan anda boleh rujuk di sini.

Alat kawalan jauh asalnya telah saya buka dan selenggara namun butang 'channel down' masih tidak berfungsi dengan sempurna sebab carbon pada PCB telah hancur akibat cecair bateri yang bocor.

Alur untuk jari telunjuk...

Saya telah gantikannya dengan membeli sebuah 'universal remote control' berjenama HUAYU model RM-D1155+6 seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

'Universal remote control' ini juga boleh mengawal TV saya yang berjenama LG dan telah saya tunjukkan pada klip video pada penghujung blog ini.

Reka bentuk alat kawalan jauh ini juga sangat baik dan tidak mudah terlepas dari tangan kita sebab mempunyai alur khas untuk jari telunjuk pada bahagian bawahnya.

Thursday, 3 March 2022

LG AKB72915215 remote control repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh TV berjenama LG model: AKB72915215 dengan masalah tidak berfungsi walaupun baterinya telah ditukar.

LG AKB72915215

Majoriti kerosakkan alat kawalan jauh adalah disebabkan oleh bateri yang digunakan telah bocor dan cecair bateri telah meresap ke papan litar.

AKB72915215

Masalah sedemikian hanya boleh diselesaikan jika kilang bateri mampu mencipta bateri yang tidak akan bocor atau guna bateri murah yang hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja serta menukarkkan bateri sebelum bocor.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, jelas kelihatan ada kesan teroksida yang berwarna hijau akibat tindakbalas cecair bateri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kesan akibat cecair bateri bocor...

Setelah dibersihkan, alat kawalan jauh ini boleh berfungsi namun butang perlu ditekan lama atau 'slow response' dan masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

3.65Mhz resonator

Dari pengalaman lepas, ianya adalah disebabkan oleh kerosakkan pada sebiji resonator 3.64Mhz dan telah saya labelkan pada gambar di atas.

Pateri semula terminal resonator...

Biasanya sebelum saya gantikan resonator, saya akan pateri semula terminalnya dan jika masalah tetap sama, barulah saya tukarkan dengan yang baharu.

Alat kawalan jauh ini berjaya diselamatkan setelah terminal resonator saya pateri semula dan masalah 'slow response' selesai.

Selamat mencuba...