Kali terakhir saya menukar keempat-empat tayar kereta saya ialah pada Februari 2014 dan anda boleh rujuk di sini.
VIKING city tech CT6 (165/55R14)
Salah sebiji telah rosak serta ditukar pada Mac 2019 dan keadaannya adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Mac 2019
Kejadian sama berulang lagi pada hujung minggu lepas di mana sebiji lagi rosak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
15/01/2022
Kejadian berlaku ketika saya pulang kerja kira-kira pada pukul 6 petang dan terpaksa menggunakan 'spare tyre' untuk kegunaan sementara.
Gantikan dengan tayar 'spare'...
Semalam (17/01/2022) saya telah gantikan ketiga-tiga tayar yang ditukar pada tahun 2014 dengan tayar berjenama VIKING dan sebiji lagi tayar yang ditukar pada tahun 2019 masih elok serta masih boleh digunakan lagi.
VIKING city tech CT6
Secara amnya, sebiji tayar boleh bertahan kira-kira 5 tahun dan harus ditukar walaupun kelihatan masih elok namun saya tidak melakukannya sebab ingin tahu berapa lama tayar boleh bertahan.
VIKING city tech CT6 (165/55R14)
Dari pengalaman di atas, sebiji tayar telah rosak setelah 5 tahun digunakan namun 3 biji lagi mampu bertahan sehingga kira-kira 7 tahun (tolak setahun PKP).
Patikan tidak terbalik pasang...
Saya pernah menggunakan tayar berjenama Michellin kira-kira 10 tahun sebelum ditukar dan anda boleh rujuk di sini.
Tahukah anda kenapa kita harus menukar tayar kereta hadapan dengan tayar belakang dalam suatu jangka masa tertentu? Ini disebabkan tayar hadapan akan haus dengan lebih cepat berbanding tayar belakang dan dengan berbuat demikian kadar kehausan keempat-empat tayar akan hampir sama sebelum menukar kesemua tayar dengan yang baru.
Namun ada berbagai cara lain yang digunakan ketika menentukan masa untuk menukar tayar yang baru seperti berikut.
Menukar kesemua tayar setelah 4 - 5 tahun dengan yang baru.
Menukar 2 biji tayar hadapan sahaja.
Memindahkan tayar hadapan ke belakang & sebaliknya setiap 5,000km/7000km.
Berikut merupakan keadaan tayar kereta saya yang ditukar pada febuari 2014 iaitu setelah 4 tahun digunakan tanpa berbuat apa-apa selain mengisi angin setiap kali mengisi minyak.
Keadaan tayar belakang (Bunga tayar masih tebal)
Gambar di atas menunjukkan keadaan tayar belakang berbanding dengan tayar hadapan seperti pada gambar di bawah. Tayar hadapan haus lebih cepat disebabkan:-
Untuk kereta 'front wheel drive', tayar hadapan yang mengerakkan kereta dan semestinya akan haus dengan lebih cepat. Jika kereta 'back wheel drive', tayar belakang akan haus lebih cepat.
Lebih bebanan pada tayar hadapan hasil dari berat injin kereta.
Tayar hadapan bekerja lebih keras berbanding belakang sebab kerja membelok dilakukan oleh tayar hadapan dan biasanya kehausan pada bahagian tepi melebihi bahagian tengah tayar.
Ketika menggunakan brek, tayar hadapan bekerja keras disebabkan brek hadapan lebih baik dari brek belakang (untuk kereta kecil yang brek hadapan & belakang berbeza, biasanya brek hadapan menggunakan sistem disc & belakang menggunakan sistem drum)
Keadaan tayar hadapan (Bunga tayar telah haus)
Berikut merupakan langkah-langkah yang dilakukan untuk menukar tayar hadapan dengan tayar belakang.
1. Longgarkan nut tayar
2. Jek pada tempat yang sesuai
3. Laraskan jek supaya tayar tergantung
4. Tanggalkan kesemua nut tayar & keluarkan tayar
5. Masukkan dengan tayar sementara
6. Ulang langkah 1 - 5 pada tayar yang lain sehingga siap
Tujuan menukar tayar hadapan dengan belakang dalam suatu jangka tertentu ialah supaya kadar kehausan keempat-empat tayar adalah hampir sama sebelum menukarkan kesemua tayar dengan yang baru.
Tayar hadapan yang telah dibuka
Simpan kembali tayar sementara pada tempatnya..
Namun ada yang mengesorkan agar tayar hadapan yang telah haus ditukar dengan yang baru dan kekalkan tayar belakang. Ada juga experimen telah dilakukan bahawa tayar yang baru haruslah dipasang di belakang & tayar lama belakang di tukar ke hadapan seperti pada video berikut.
Apa-apa pun, saya bukan pemandu extrim seperti pada video klip di atas dan saya telah melakukan pemindahan tayar hadapan dan belakang sahaja selama hampir 20 tahun memiliki kereta. saya hanya menukar tayar yang baru selepas keempat-empat tayar telah haus dan harus diganti.
Biasanya tayar kereta harus diganti selepas 5 tahun, namun tayar kereta Satria GTi saya mampu bertahan 10 tahun. Pada hari ini saya menukar tayar asalnya iaitu Michellin kepada tayar Hankook, model ventus V2 concept².
RM205.00 sebiji di Miri, Sarawak
Setelah dipasang tayar baru...
Model tayar: Ventus V2 cencept
Di buat pada minggu ke-44, tahun 2013
Di buat di Indonesia...
Pastikan tidak dipasang terbalik...
Tayar baru (hankook)
Tayar lama (Michellin) - petunjuk tayar harus diganti...
Michellin di buat pada minggu ke-37, tahun 2002 (Dah 12 tahun berlalu...)
Hari ini setelah 4 tahun menggunakan tayar asal, SIMEX SM801 (155/65R13) saya sekali lagi memilih tayar SIMEX tetapi model SM8200 (165/55R14) dan menggunakan rim alloy NAZA Sutera.
Tayar asal pada rim NAZA tersebut ialah Good Year DUCARO GA. Pengalaman saya setelah menggunakan kedua-dua jenama tayar tersebut ialah tayar SIMEX lebih baik dari segi cengkaman ketika jalan basah atau hari hujan. Jika dibuat perbandingan dari segi harga pula, tayar Good Year lebih mahal berbanding SIMEX.
RM150.00 sebiji di Miri, Sarawak
Setelah dipasang tayar baru...
Ketika memasang tayar baru pastikan bahagian yang bertanda merah harus berada di tempat mengisi angin seperti pada gambar di bawah. Pastikan anda membeli tayar yang baru dibuat dan jika diperhatikan pada gambar di bawah, tayar baru saya dibuat pada minggu ke-16, tahun 2013.
Tayar baru dibuat pada minggu ke-16, tahun 2013
Bagaimana mengetahui tayar yang harus diganti...
Bila anda harus menukar tayar kereta anda? Bandingkan tayar lama (gambar di atas) dengan tayar baru (gambar di bawah), bahagian yang ditanda dengan anak panah ialah petunjuk bila anda harus menukar tayar kereta anda.
Tayar baru...
Dibuat pada minggu ke-7, tahun 2006 (tayar lama - Good Year DUCARO GA)
Dibuat pada minggu ke-48, tahun 2005 (tayar lama - SIMEX SM801))
Tayar asal Perodua Kelisa (SIMEX SM801 155/65R13)
Terdapat banyak nombor-nombor tercatat pada setiap tayar dan anda boleh membaca maksud nombor-nombor tersebut di sini.