Showing posts with label KWSP. Show all posts
Showing posts with label KWSP. Show all posts

Thursday, 30 October 2025

Insentif khas i-saraan/i-suri

Hujung minggu lepas pada 26/10/2025 (Ahad) saya telah menerima SMS seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

26/10/2025

Sebelum ini saya telah kongsikan kelayakan serta cara untuk mendapatkan insentif khas i-saraan sebanyak RM500 dan anda boleh rujuk di sini 

Caruman sukarela pada 25/02/2025

Caruman sukarela sejumlah RM,2,500 telah saya lakukan pada 25/02/2025 dan insentif khas sebanyak RM500 telah dikredit pada 24/10/2025.

Sumbangan dikredit pada 24/10/2025

Had insentif ialah RM5,000 dan sehingga kini saya telah menerima tiga kali iaitu untuk tahun 2023 (RM300), 2024 (RM500) & 2025 (RM500).

Selamat menabung untuk hari tua...

Friday, 1 November 2024

i-saraan 2025

Belanjawan 2025 telah dibentangkan oleh PMX pada 18/10/2024 lepas dan penambaikan insentif pada i-saraan boleh dibaca di sini.

Dari pemahaman saya, penambahbaikan tahun hadapan ialah insentif padanan dinaikkan dari 15% ke 20% namun had maksima masih sama iaitu RM500 setahun.

Memandangkan had maksima masih sama iaitu RM500 sahaja, maka untuk mendapatkannya jumlah caruman minima tahunan ialah RM2,500.00 atau RM209.00 sahaja sebulan ketimbang RM278 tahun ini.

Satu lagi syarat tambahan pada belanjawan kali ini ialah had seumur hidup sebanyak RM5,000.00 bagi setiap individu.

Thursday, 18 April 2024

i-Saraan (2023)

Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai i-Saraan dan anda boleh rujuk di sini.

terima RM300 i-Saraan untuk tahun 2023...

Setelah membuat caruman pilihan sendiri atau caruman sukarela bulan ini, saya perasan ada transaksi sebanyak RM300 telah dikreditkan ke akaun KWSP saya seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Transaksi tersebut merupakan sumbangan dari kerajaan untuk caruman sukarela saya tahun lepas.

Tahun ini sumbangan i-Saraan telah dinaikkan kepada RM500 dan hanya akan diterima pada tahun hadapan.

Syarat untuk mendapatkan sumbangan i-Saraan ialah:-

  1. Mendaftar sebagai pencarum i-Saraan 
  2. Membuat caruman sukarela 

Kadar sumbangan i-Saraan oleh kerajaan ialah 15% dari jumlah caruman sukarela tahunan masing-masing dan had maksimanya ialah RM500 sahaja.

Jadi untuk mendapatkan sumbangan i-Saraan maksima tahun ini sebanyak RM500, jumlah caruman sukarela harus mencecah sekurang-kurangnya RM3,334 atau RM278 sebulan.

Monday, 12 February 2024

i-Saraan (KWSP)

Awal tahun ini saya telah menerima sms dari KWSP/EPF memaklumkan insentif i-Saraan telah dinaikkan dari RM300 kepada RM500 tahun ini seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Pemeriksaan pada laman sesawang i-Saraan di sini mendapati saya telah mendaftar namun tidak dinyatakan tarikh atau bila didaftar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gambar-gambar berikut adalah maklumbalas dari pihak KWSP/EPF setelah saya menghubungi mereka melalui e-mail.

Menurut mereka, saya telah mendaftar i-Saraan sejak tahun 2022 dan telah mencarum secara sukarela sejak itu namun tiada insentif yang mereka maklumkan serta janjikan iaitu 15% atau maksima RM300 setahun.

Tahun ini insentif dinaikkan dari RM300 ke RM500 dan setakat blog ini ditulis, satu sen pun saya tak terima.

Bila saya teliti balik maklumbalas mereka, rupa-rupanya insentif daripada kerajaan adalah tertaluk kepada kerajaan (subject to government terms and conditions). Jadi, siapa sebenarnya yang layak menerima insentif i-Saraan?


Baru-baru ini kerajaan ada memaklumkan RM500 'one-off' telah diberikan kepada pencarum yang mempunyai baki kurang dari RM10,000 dalam akaun 1 namun saya yakin ianya tiada kaitan dengan i-Saraan.

Tahun lepas saya bekerja setengah tahun sebelum bersara mulai 20/06/2023. Saya mencarum sendiri walaupun tidak bekerja selepas itu setiap bulan dengan harapan mendapat insentif seperti dijanjikan.

Kemungkinan saya masih bekerja tahun lepas walaupun setengah tahun sahaja penyebab saya tidak layak mendapat insentif. Mungkinkah saya boleh dapat insentif pada separuh tahun ke-2 tahun lepas?

Apa pun, saya akan terus mencarum sukarela tahun ini dengan harapan dapat RM500 seperti dijanjikan.

Untuk makluman semua, menurut syarat & terma KWSP, insentif yang dijanjikan ialah 15% dari jumlah caruman dan tertaluk kepada maxima RM500 sahaja setahun. Jadi, jumlah caruman minimum untuk mendapatkan maxima RM500 ialah mencarum sebanyak RM3,334 setahun atau RM278 sebulan.

Friday, 2 June 2023

RM100 ribu had caruman sukarela KWSP/EPF yang baharu

Mulai semalam 01/06/2023, had caruman sukarela KWSP telah dinaikkan dari RM60,000 kepada RM100,000.

w.e.f. 01/06/2023

Setelah orang ramai dibenarkan mengeluaran simpanan KWSP pada akaun 2 sebanyak 4 fasa sewaktu PKP melalui skim i-lestari, i-sinar, i-citra & pengeluaran khas 10k berikutan pandemik CoVid-19 yang lalu, kini masanya untuk mengisi kembali dana simpanan hari tua kita.

Pihak kerajaan juga tidak lagi membenarkan pengeluaran namun sebagai alternatif, pencarum dibenarkan membuat pinjaman melalui dua buah bank iaitu BSN & MBSB sahaja dengan jaminan KWSP.

w.e.f. 01/06/2023

Untuk pengetahuan ramai, pulangan simpanan KWSP adalah jauh lebih baik berbanding mana-mana simpanan tetap bank komersial.

Jadi, untuk menjana pulangan lebih dari simpanan, cadangan saya ialah pindahkan simpanan bank anda ke akaun KWSP melalui caruman sukarela.

Tahun lepas (2022) kadar dividen KWSP ialah 5.35% dan 4.75% untuk produk konvensional dan produk islamik masing-masing. Kenapa pilih produk islamik jika dividen produk konvensional lebih baik?

Untuk makluman semua, tahun sebelumnya (2021) sewaktu PKP, KWSP mampu memberi diviven sebanyak 6% berbanding kadar faedah bank komersial yang cuma di bawah 2% sahaja ketika itu.

Jika usia anda genap 50 tahun dan ke atas, anda layak mengeluarkan sekali (One-time) wang pada akaun 2 bila-bila masa, jadi tiada isu pengeluaran sewaktu kecemasan.


Jika anda berusia di bawah 50 tahun, mungkin anda perlu simpanan untuk kecemasan dan tidak sesuai dipindahkan ke akaun KWSP melalui caruman sukarela ini.

Tepuk dada, tanya selera...

Monday, 28 November 2022

Caruman sukarela KWSP

Pada 14/11/2022 lepas saya telah melakukan caruman sukarela ke akaun KWSP dengan menggunakan khidmat e-banking.

payment - 14/11/2022

Caruman hanya dimaksukkan ke akaun KWSP saya pada hari berikutnya (15/11/2022).

Contribution - 15/11/2022

70% caruman sukarela dimasukkan ke akaun 1 dan 30% lagi dimasukkan ke akaun 2.

Sunday, 2 October 2022

KWSP i-Akaun

Beberapa tahun kebelakangan ini KWSP tidak lagi menghantar penyata akaun tahunan kepada semua ahli pencarumnya.

Saya telah beberapa kali cuba mendaftar i-akaun namun gagal dengan mesej seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Seterusnya saya telah menghantar e-mail kepada mereka berkaitan masalah yang dihadapi dan jawapannya adalah seperti gambar tangkap layar di bawah.

Pencarum harus membuat pendaftaran i-Akaun di cawangan KWSP terdekat atau di kiosks KWSP untuk mendapatkan TAC Code melalui sms. Proses pendaftaran memerlukan kad pengenalan serta cap ibu jari (thumb print) pencarum.

Setelah pendaftaran berjaya serta selesai, saya login dan baru perasan bahawa kini kita boleh melakukan 'voluntary contribution' sehingga RM60,000.00 setahun.

Sunday, 23 February 2014

Kadar Dividen KWSP (EPF)

Ketika saya mula mencarum (1992 - 8%)
Penyata caruman tahun lepas (2013 - 6.35%)
Tahun
Peratus
 1952 - 1959
2.50
 1960 - 1962
4.00
 1963
5.00
 1964
5.25
 1965 - 1967
5.50
 1968 - 1970
5.75
 1971
5.80
 1972 - 1973
5.85
 1974 - 1975
6.60
 1976 - 1978
7.00
 1979
7.25
 1980 - 1982
8.00
 1983 - 1987
8.50
 1988 - 1994
8.00
 1995
7.50
 1996
7.70
 1997 - 1998
6.70
 1999
6.84
 2000
6.00
 2001
5.00
 2002
4.25
 2003
4.50
 2004
4.75
 2005
5.00
 2006
5.15
 2007
5.80
 2008
4.50
 2009
5.65
 2010
5.80
 2011
6.00
 2012
6.15
 2013
6.35
Sumber