Showing posts with label doorbell. Show all posts
Showing posts with label doorbell. Show all posts

Friday, 24 March 2023

Doorbell switch with DND & make up room indicator repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk suis loceng pintu dengan indikator seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

DND Doorbell Make Up Room

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi benda yang serupa dengan masalah lampu indikator 'do not disturb' (DND) tidak menyala.

Transformer rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah pada sebiji transformer. Masalah yang dihadapi ialah saya tidak mengetahui berapa voltan output transformer tersebut.

DIY guna perintang, diod & kapasitor...

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara-cara mengubahsuainya di sini dan kali ini saya tambahkan sebiji kapasitor dengan nilai 100uf, 25v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Testing...

Untuk makluman semua, masalah ubahsuai yang lepas tanpa kapasitor ialah lampu indikator 'Do Not Disturb' malap dan ianya boleh diatasi dengan memasang sebiji kapasitor secara selari dengan zener diod sahaja.

Selamat mencuba...

Tuesday, 27 September 2022

Legrand DND/MUR/Bell switch repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah indikator 'DND/MUR/Bell switch' berjenama Legrand seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

  • DND = Do Not Disturb
  • MUR = Make Up Room
     
Jenama: LEGRAND

Indikator serta suis ini dipasang di luar pintu bilik hotel dan masalah ketika dirujuk kepada saya ialah indikator MUR tidak menyala.

Bahagian belakang...

Setelah dibuka, di dalamnya cuma mengandungi sebuah suis untuk loceng pintu dan sekeping papan litar yang dilengkapi dua biji lampu neon.

Setelah dibuka...

Lampu neon di tengah tidak disambung ke papan litar dan wayarnya berwarna kuning pada bahagian belakang seperti boleh dilihat pada gambar ke-2 di atas.

Sebiji lampu neon rosak...

Bahagian belakang papan litar cuma mempunyai dua biji perintang dengan nilai 390kΩ dan disambung selari dengan lampu neon masing-masing.

bahagian belakang PCB...

Masalah indikator MUR tidak menyala adalah disebabkan sebiji lampu neon telah terbakar/rosak dan ianya berwarna putih.

Gantikan lampu neon baharu...

Masalah selesai setelah lampu neon yang rosak telah saya gantikan dengan yang baharu dan masih boleh digunakan semula.

Lampu neon rosak...

Selamat mencuba...

Saturday, 13 November 2021

LEMAX DB913-1 wireless digital doorbell repair

Hari ini saya kongsikan sebuah loceng pintu tanpa wayar (wireless) berjenama LEMAX, model: DB913-1 yang dirujuk kepada saya untuk dibaiki.

LEMAX DB913-1

Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah iaitu suaranya tidak jelas seperti kehabisan bateri pada radio transistor zaman 80an/90an.


Loceng pintu ini tidak menggunakan kuasa bateri dan dipasang terus ke soket rumah untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Setelah penutup dibuka...

Gambar di atas menunjukkan bahagian atas papan litar dan tidak banyak komponen yang perlu diperiksa. Pemeriksaan awal mendapati sebiji kapasitor seramik yang dilabel 105J (1uF, +/-5%, 400v) rosak.

105 = 1uF (bacaan cuma 284nF)

Bacaan nilai kapasitor tersebut cuma 284nF sahaja dan bukan 1uF seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Loceng pintu ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan setelah kapasitor seramik ditukar serta diuji seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Wednesday, 13 October 2021

Doorbell switch repair

Sebelum ini saya pernah baiki suis loceng pintu seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini & sini.

Suis loceng pintu...

Masalanya ketika dirujuk kepada saya ialah kadang-kadang tidak berfungsi bila suis ditekan.

Sebiji suis rosak...

Suis ini dilengkapi dengan 2 biji 'tact switch' pada PCB seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Suis pada sebelah kanan rosak dan telah saya gantikan dengan yang baharu.

Siap...

Masalah kadang-kadang tidak berfungsi bila ditekan selesai serta berjaya di selamatkan setelah 'tact switch' yang rosak telah saya ganti dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Wednesday, 18 August 2021

Hotel doorbell switch repair

Sebelum ini saya pernah baiki suis loceng pintu seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Suis loceng pintu (doorbell)

Hari ini saya dirujuk sebuah suis loceng pintu yang serupa dengan masalah tidak berfungsi apabila butang untuk membunyikan loceng ditekan. Perbezaan kali ini ialah 'tact switch' yang digunakan tidak hilang seperti dahulu dan saya cuba buka untuk diselengara.

Buka 'tact switch'...

Gambar di atas menunjukkan bahagian dalam suis setelah dibuka dan pemeriksaan mendapati tompok hitam yang telah saya tandakan tiada keterusan (continuity).

Selengara 'tact switch'...

Saya bersihkan dengan menggunakan kertas pasir dan gambar di atas menunjukkan ianya telah saya dibersihkan.

Pasang kembali 'tact switch'...

Suis loceng ini telah berjaya diselamatkan dengan hanya menyelengara kedua-dua 'tact switch' yang bertindak sebagai suis digunakan padanya tanpa menukar sebarang komponen.

Selamat mencuba...

Saturday, 9 January 2021

Hotel doorbell switch c/w indicator repair

Sebelum ini saya pernah membaiki suis loceng pintu seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Hari ini saya dirujuk suis yang serupa namun masalahnya berbeza iaitu indikator 'makeup room' tidak menyala.

Setelah dibuka dan diperiksa, jelas kelihatan ada kesan letupan pada bawah papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pemeriksaan pada papan litar mendapati dua litar putus dan kedudukannya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak selain daripada dua litar yang putus di atas. Saya sambungkan kembali kedua litar yang putus dengan menggunakan dawai tembaga seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Voltan output transformer - 18ac

Pemeriksaan pada transformer dengan membekalkan arus elektrik ke gegelung primary juga elok dengan voltan output 18vac seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pasang kembali...

Saya tidak pasti kenapa dan bagiamana kedua litar di atas putus namun yang pasti ia merupakan punca indikator 'makeup room' tidak menyala. Ianya telah berjaya diselamatkan hanya dengan menyambung kembali litar yang putus dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Transformer pinout...

Tuesday, 14 April 2020

Friedland D3126 Festival door chime/bell repair

Hari ini saya kongsikan bagaimana loceng pintu eletrik di rumah berfungsi. Loceng pintu ini berjenama Friedland, Model: D3126 Festival.
Jenama: Friedland, Jenama: D3126 Festival
Pemilik memberitahu saya loceng pintu ini tidak berbunyi apabila suisnya di tekan dan cara untuk memeriksanya amat mudah. Ianya dilengkapi dengan sebiji transformer yang menurunkan voltan dari 240vac kepada 12vac dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Cara untuk memeriksa transformer tersebut ialah dengan menggunakan multimeter untuk memastikan ianya ada 'continuity' pada gegelung 'primary' dan 'secondary' dan bukannya litar pintas.

Anda juga boleh membekalkan arus eletrik kepada gegelung 'primary' dan ukur voltan pada gegelung 'secondary'. Jika anda mendapat bacaan 12vac pada gegelung secondary, transformer tersebut masih elok.
Transformer 240vac - 12vac...
Bahagian bawah loceng pintu tersebut dilengkapi dengan sebiji solenoid untuk mengerakkan tukul loceng dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.

Cara untuk memeriksanya ialah juga dengan menggunakan multimeter, pastikan ada 'continuity'. Anda juga boleh mengujinya dengan membekalkan arus elektrik 12vac dan solenoid yang elok akan mengerakkan tukul loceng serta kembali ke kedudukan asalnya apabila bekalan elektrik diputuskan.
Solenoid untuk mengerakkan tukul loceng...
Tiada kerosakkan komponen ditemui pada loceng pintu tersebut saya temui dan punca ianya tidak berbunyi ialah disebabkan salah satu sambungan gegelung secondary tertanggal sahaja. Setelah saya sambung balik dan diuji, ianya masih boleh digunakan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Selamat mencuba...

Friday, 14 June 2019

DIY Simple 10V Power Supply

Hari ini saya telah berjaya mengubahsuai papan litar yang tidak mempunyai alat ganti lagi iaitu indikator di bahagian luar bilik hotel.
Lampu 'DO NOT DISTURB' tidak menyala...
Kerosakan indikator tersebut ialah lampu 'DO NOT DISTURB' tidak menyala dan setelah diperiksa, transformer kecil berwarna biru seperti pada gambar di bawah didapati rosak.
Transformer rosak...
Oleh kerana tiada alat ganti yang sesuai maka saya terpaksa mencari cara lain untuk membekalkan eletrik kepada lampu LED tersebut.
Buang transformer rosak...
Untuk makluman transformer asal tersebut menurunkan 240vac kepada 16vac dan setelah melalui 'bridge rectifer' ianya diturunkan lagi kepada 9v sahaja dengan menggunakan voltage regulator 7809. Saya cuma membekalkan 10Vdc sahaja kepada voltage regulator tersebut atas sebab cuma 9Vdc sahaja yang diperlukan untuk kegunaan LED.
DIY guna perintang & zener diod sahaja...
Jadi apa yang saya buat ialah menyambungkan 2 biji 20kΩ (1W) perintang dan 2 biji 5v zener diod seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas. Anda juga boleh melihat schematic tersebut pada gambar yang terakhir di bawah.
Tested - ok
Setelah siap dan diuji, lampu 'DO NOT DISTURB' kini boleh menyala dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Tested - ok
Schematic untuk tukar AC ke  DC untuk kegunaan LED sahaja... 
Selamat mencuba...