Kipas angin ini telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
Setelah dibuka...
Setelah dibaiki, masalah yang berlaku ialah kira-kira seminggu digunakan ianya mula berpusing perlahan.
Gantikan bush...
Macam-macam kaedah cuba jaya telah saya lakukan termasuk gantikan bush pengandar seperti boleh dilihat pada gambar di atas namun menemui jalan buntu.
Bersihkan rotor...
Baru-baru ini saya terfikir pula untuk cuba menggantikan baling-baling asalnya 5 bilah kepada 3 bilah dan masalah selesai.
5 blades - 9.5cm
Setelah sekian lama mengkaji puncanya, akhirnya saya dapati selain perbezaan bilah kipas, saiz bahagian tengah baling-baling berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.
3 blades - 8cm
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk sebuah kipas angin berjenama Xiaomi model BPTS01DM dengan masalah gagal berfungsi bila dibekalkan arus electric.
Xiaomi smart tower fan
Sebelum dibuka untuk dibaiki, saya uji dan ianya langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik. Semua butang gagal berfungsi bila ditekan.
Model: BPTS01DM
Gambar di bawah ialah keadaan bahagian dalam kipas setelah penutupnya saya buka.
Setelah dibuka...
Konsep kipas angin ini sama seperti 'blower' yang digunakan pada penghawa dingin (aircond) di rumah.
Papan litar...
Motor yang digunakan menggunakan bekalan elektrik arus terus (DC) 12v.
PSU (power supply unit)
Pemeriksaan awal pada PSU (power supply unit) menggunakan multimeter mendapati bekalan 12vdc tidak stabil seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Walaupun bacaan multimeter digital mencecah 10v hingga 12v namun bacaan dengan menggunakan multimeter analog jauh berbeza iaitu cuma kira-kira 2v hingga 4v sahaja.
Gantikan optocoupler yang baru...
Punca bekalan tidak stabil ialah disebabkan kerosakkan sebiji optocoupler dengan label U3 pada papan litar.
Masalah bekalan 12v tidak stabil selesai setelah optocoupler tersebut telah saya gantikan menggunakan PC817C. Bacaan voltan output yang saya dapat ialah 12.24v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Optocoupler yang rosak...
Gambar di bawah menunjukkan perbezaan label pada dua biji optocoupler. Optocoupler yang berwarna putih itu rosak dan yang berwarna hitam itu baru.
PC817C vs Cat817C
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Baru-baru ini saya kutip sebuah kipas angin di tepi jalan berjenama Mikachi, model SF-40A dengan keadaan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Kipas berdiri jenama Mikachi
Ianya saya kutip sebab majority boleh dibaiki dan boleh disimpan sebagai alat ganti jika diperlukan.
Model: SF-40A
Setelah diperiksa, masalahnya ialah pada motor sebab tiada keterusan bila diperiksa menggunakan multimeter.
Setelah motor dibuka...
Komponen yang rosak ialah thermal fuse dan kedudukannya telah saya labelkan pada gambar di bawah.
Thermal fuse putus...
Rating thermal fuse tersebut ialah 145°C, 2A seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
145°C, 2A
Masalah tiada keterusan selesai setelah thermal fuse yang putus saya gantikan dengan rating 135°C, 2A.
Gantikan thermal fuse dengan 135°C, 2A
Untuk pengetahuan semua, saya pindahkan gegelung kipas yang telah dibaiki di atas ke kipas yang mengalami kerosakkan motor pernah dikongsikan sebelum ini di sini.
Siap...
Kebetulan jenama kedua-dua kipas adalah sama namun model berbeza sebab satu kipas berdiri (standing fan) dan satu lagi kipas dinding (wall fan) namun menggunakan motor yang sama dan kerja menukar gegelung sangat mudah tanpa perlu sebarang ubahsuai.
Klip video di bawah saya rakam sewaktu menguji kipas yang telah siap dibaiki dengan menggunakan 'current limiter'.
Kipas angin ini telah saya baiki sebelum ini pada tahun 2020 dan anda boleh rujuk di sini.
Setelah penutup dibuka...
Setelah lebih 5 tahun beroperasi, masalahnya kini ialah angin tidak kuat dan kadang-kadang gagal berfungsi setelah suis ditekan.
1.8uf
Masalah sedemikian biasanya disebabkan:-
Pengandar motor perlu diminyakkan
Kapasitor rosak
601nf (0.6uf)
Setelah dibuka serta diperiksa, masalahnya ialah kerosakkan pada kapasitor dan nilainya cuma 601nf sahaja.
Keterangan lanjut cara-cara mengenalpasti kerosakkan boleh ditonton pada klip video di atas.
Gantikan dengan kapasitor seramik...
Untuk makluman semua, saya biasanya akan gantikan dengan menggunakan kapasitor jenis seramik sebab lebih berkualiti serta tahan lama.
185J = 1.8uf, ±5%
Untuk peringatan semua, jangan tunggu kipas angin anda langsung gagal berfungsi baru dibaiki sebab kadang-kadang akan melibatkan kerosakkan komponen lain.
Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk kipas siling dengan masalah gagal berpusing setelah dibekalkan arus elektrik.
Sewaktu saya uji dengan membekalkan arus elektrik, ada bunyi 'beep' kedengaran namun kipas tidak berpusing seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
Model: 40-1122A
Kipas juga tidak berpusing setelah motornya saya tolak menggunakan tangan selain hanya bunyi 'beep' sahaja setiap kali alat kawalan jauh ditekan.
Papan litar...
Pemeriksaan awal pada papan litar elok namun nilai kapasitor terlalu rendah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Nilai kapasitor cuma 693nf sahaja...
Kapasitor yang digunakan ialah 2.2uf, 450v namun bacaan sewaktu diperiksa kurang dari 1uf.
Setelah dibuka, sah rosak...
Untuk makluman semua, kipas masih tidak berfungsi setelah kapasitor telah saya gantikan dengan yang baru.
Buka bahagian bawah kipas...
Seterusnya saya ukur keterusan pada dua wayar yang membekalkan elektrik ke motor dan tiada bacaan langsung.
Setelah motor dibuka...
Tiada bacaan keterusan bermaksud litar tidak lengkap atau ada yang putus pada gegelung motor.
Thermal fuse putus...
Setelah motor dibuka dan diperiksa, saya menemui thermal fuse dengan nilai 130°C, 2A putus.
130°C, 2A (thermal fuse)
Setelah thermal fuse diganti, saya masih juga tidak dapat bacaan keterusan pada gegelung motor.
Gantikan thermal fuse baru...
Pemeriksaan seterusnya mendapati sehelai wayar halus gegelung putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Gegelung putus...
Wayar tersebut mungkin putus sewaktu saya membuka thermal fuse pada kipas untuk ditukar.
Sambung balik gegelung yang putus...
Masalah selesai setelah saya sambung kembali gegelung yang putus dengan mempateri sambungan menggunakan timah.
Rintangan gegelung - 300Ω
Gambar di atas ialah bacaan rintangan gegelung yang saya dapat setelah masalah berjaya dikesan serta berjaya dibaiki.
Komponen rosak yang ditukar...
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.