Showing posts with label Games. Show all posts
Showing posts with label Games. Show all posts

Wednesday, 5 August 2026

14th Clashiversary - Clash Of Clan

Clash Of Clan kini telah berusia 14 tahun dan gambar berikut merupakan kek ulang tahun untuk tahun ini.

14th anniversary cake

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya saya telah bermain selama 14 tahun dan kini memilik 25 akaun aktif seperti berikut:-

  1. TH18 - 1
  2. TH14 - 1
  3. TH13 - 1
  4. TH12 - 2
  5. TH11 - 3
  6. TH10 - 3
  7. TH9 - 3
  8. TH8 - 3
  9. TH7 - 2
  10. TH6 - 2
  11. TH5 - 2
  12. TH4 - 1
  13. TH3 - 1 

 

Thursday, 30 July 2026

Crafting station

'Crafting station' telah diperkenalkan pada bulan jun tahun 2025 untuk TH17 sahaja.

Seingat saya, saya cuma menaiktaraf (upgrade) sekali sahaja iaitu pertama kali diperkenalkan.  

30/07/2026

Bermula dari bulan ogos 2026, ianya tersedia mulai TH11.

152 hari bermula 1/8/2026

Sesi baru bermula pada 01/08/2026 selama 152 hari sahaja dan akan diganti dengan yang baru selepas itu. 

Jika anda masih ada lagi yang perlu dinaiktaraf, abaikan dulu naiktaraf crafting station.

Tuesday, 21 July 2026

Israel

Pada 18/07/2026 (sabtu) lalu klan COC (Clash Of Clan) saya mendapat kunjungan pihak lawan (war) dan telah meninggalkan mesej seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

18/07/2026

Lokasi Israel pada klan telah lama saya guna seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah dan kebetulan pihak lawan pula dari Iran.

Clan location: Israel

Walaupun dia tidak mewakili keseluruhan rakyat Iran namun yang pasti mereka tidak menyukai pemerintahan sedia ada.

Apa pun peperangan di Iran telah menyebabkan masalah tenaga dunia terutamanya minyak fosil yang perlu diangkut melalui Selat Hormus.

Kita tidak tahu sampai bila peperangan ini bakal berakhir dan saya juga yakin tidak akan berakhir dalam masa terdekat. 

Ini berikutan peperangan zaman moden majoriti menggunakan senjata moden dan biasanya akan berlarutan selagi ada dana serta bantuan dari pihak berkepentingan.

Jika tiada perang, senjata yang dicipta tiada gunanya.

Renung-renungkan... 

Monday, 6 July 2026

Tournament Hub - Stage 1

Minggu lepas saya telah daftarkan dua kumpulan pemain untuk TH9 mengikuti perlawanan e-sport COC (Clash If Clan) dan masing-masing diberi 20 perlawanan. 

Maximum 20 matches...

Perlawanan bermula pada 2/7/2026 dan akan berakhir pada 7/7/2026 namun mereka telah selesai kesemua 20 perlawanan dalam masa 2 hari sahaja.

War2Glory - 8/20 wins

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan keputusan perlawanan.

War4Glory - 7/20 wins

Apa pun, perlawanan berakhir di 'stage 1' sahaja sebab hanya 8 clan terbaik sahaja akan dipilih untuk meneruskan perlawanan seterusnya.

Untuk makluman semua, dalam banyak-banyak perlawanan, dua clan yang saya daftarkan juga berpeluang bertemu seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

War2Glory vs War4glory...

Friday, 3 July 2026

Tournament Hub - Clash of Clan

Bulan lepas 'Tournament Hub' telah bermula dan clan saya cuma layak untuk satu kategeori sahaja iaitu TH9.

Tournament hub - TH9, TH12, TH15 & TH18

Kriteria kelayakan ialah:-

  1. TH9 - 2 peserta
  2. TH12 - 3 peserta
  3. TH15 - 4 peserta
  4. TH18 - 5 peserta

Majoriti clan saya hanya mempunyai satu pemain sahaja untuk setiap town hall (TH). TH15, TH16 & TH17 pula langsung tiada pemain.

Tarikh pendaftaran bermula 27/6/2026 dan berakhir pada 02/07/2026. Pendaftaran untuk TH18 pula telah bermula pada awal bulan jun.

War4glory - Bivalent & HantaVirus

Kebetulan clan saya mempunyai 5 pemain TH9 dan saya berjaya daftarkan 4 peserta seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

War2Glory - ELVIRA & Smeagol

Untuk pengetahuan semua, peserta harus berada pada clan berasingan dan masih boleh mengikuti 'clan war' biasa mahupun 'clan war league' (CWL).

Wednesday, 7 January 2026

Super Wizard Tower

Super Wizard Tower diperkenalkan pada TH18 hasil gabungan dua wizard tower level 17. Gabungan tersebut hanya boleh dilaksanakan setelah wizard tower mencapai level 17 sahaja.

Super Wizard Tower

Kos gabungan 2 wizard tower ialah 29 juta gold dan untuk menaiktaraf ke level 2 memerlukan 30 juta gold.

Gabungkan 2 wizard tower level 17 = super wizard tower

Masalah yang semua hadapi sewaktu baru memasuki kepada Town hall (TH) baru ialah simpanan gold yang tidak mencukupi sebab 'gold storage' belum dinaiktaraf cuma boleh menyimpan sebanyak 29 juta gold sahaja.

Maximum resources...

Majoriti termasuk saya sibuk dengan menaiktaraf bangunan pertahanan termasuk hero dahulu sebab tempoh 12 hari 12 jam diperlukan untuk menaiktaraf setiap 'gold storage'.

Month end reward...

Cara untuk mendapatkan 30 juta gold tanpa menaiktaraf 'gold storage' ialah dengan mengisi penuh 29 juta sehingga liga bulanan tamat dan akan diberikan 'reward' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Maximum resources + rewards...

Selain daripda cara di atas untuk mendapat gold sebanyak 30 juta, anda juga boleh menyiapkan level 2 super wizard tower dengan menggunakan 'hammer of building' (jika ada).

Max 29M gold + rewards

Gambar di atas menunjukkan jumlah gold setelah di tambah 'reward' bulanan yang saya dapat serta melebihi kemampuan 'storage'

Upgrade to L2 - 30M gold

Untuk pengetahuan semua grand warden level 80 juga memerlukan 30 juta elixir dan saya guna cara sama tanpa menaiktaraf simpanan elixir.

Upgrade Grand Warden to L80 - 30M elixir

Bangunan terakhir yang saya naiktaraf ialah 'gold mine', 'elixir collector' dan 'dark elixir drill' sebab merompak lebih cepat dari menunggu 'collector' isi 'storage'.

Wednesday, 26 November 2025

TH18 wall upgrading

TH18 telah diperkenalkan pada 17/11/2025 dan saya kini dalam proses menaik taraf mana-mana yang perlu.

Wall L18 vs L19 (TH18)

Bangunan pertama yang saya naik taraf sudah semestinya 'town hall' diikuti 'hero hall' serta 'laboratory'. Troops pertama yang saya naik taraf ialah electro dragon.

Clan Castle Cake...

Saya juga membeli wizard tower yang baru serta revenge tower. Dalam masa yang sama saya juga gabungkan dua wizard tower menjadi super wizard tower.

Jumlah wall baru hari ke-2 (109)

Jumlah dinding (wall) masih kekal 325 dan buat masa ini hanya 125 sahaja dibenarkan naik taraf dengan 10 juta gold setiap satu.

Saya naik taraf kesemua 125 wall dalam masa 3 hari dengan bantuan 'clan castle cake' seperti berikut:- 

  • Hari pertama - 33 wall
  • Hari ke-2 - 76 wall
  • Hari ke-3 - 16 wall 

Hari ke-2 (16 wall belum dinaiktaraf)

Begitu lah sebahagian yang telah saya laksanakan setakat ini dan dari masa ke semasa jumlah dinding akan bertambah sehingga kesemua 325 perlu dinaiktaraf.

Siap fasa 1 - 125 wall (25/11/2025)
Saya akan kemaskini lagi setelah fasa ke 2 diluncurkan kelak. 

Thursday, 20 November 2025

TH18 (17/11/2025)

Tahun lepas TH17 diperkenalkan pada 25/11/2024 sehari selepas hammer jam tamat.

TH18

Tahun ini proses yang sama berulang dan menyasikan TH18 diperkenalkan setelah hammer jam tamat pada 17/11/2025.

Setelah TH17 dinaiktaraf ke TH18, gambar di atas ialah bangunan yang diperkenalkan dengan kenaikkan satu level dan kesemuanya memerlukan sekurang-kurangnya 13 hari atau lebih untuk disempurnakan.

TH18 kini di jaga oleh guardians dengan dua pilihan iaitu longshot & smasher seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Longshot & smasher

Dalam masa yang sama, 2 wizard tower digabungkan menjadi super wizard tower dengan 29 juta gold dan memerlukan 13 hari untuk disiapkan seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Bangunan pertahanan baru yang diperkenalkan pula ialah revenge tower dan memerlukan tempoh 13 hari untuk diselesaikan.

Sebuah wizard tower yang baru juga ditambah dan harus dibina dari level 1 sehingga level 17. 

Revenge tower...

Dari masa ke semasa, pihak COC akan memperkenalkan bangunan baru untuk dinaiktaraf dan saya berpandangan ianya mungkin gagal disempurnakan dalam masa setahun.

Sunday, 27 April 2025

Legend league - clash of clan

Jika jumlah trofi (pingat) mencecah 5000, secara automatik anda akan berada di 'Legend league'.

Legend league - 5000 trophy & above

Pun begitu, anda perlu menerimanya dengan menekan butang 'Okay' sebelum diketegori 'Legend league' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Sign-up

Saya telah beberapa kali masuk 'Legend league' namun keluar semula berikutan trofi kurang dari 4900 dan automatik kembali ke liga 'Titan 1'.

Finding opponents!

Apa yang saya lakukan selama ini ialah dengan membuang trofi agar tidak melebihi 5000. Cara membuang trofi ialah turunkan hero dan tekan 'surrender' tanpa menyerang atau kadang-kadang merompak gold/elixier sahaja tanpa memperolehi sebarang bintang.

Choose base layout & clan castle troops...

Bulan ini (april 2025) apa yang berlaku ialah saya gagal membuang trofi bila mencecah 5000 dan tiada base yang boleh di 'revenge'. Dalam masa yang sama orang lain pula bagi trofi dengan 'surrender' tanpa menyerang.

8 attacks only per day...

Sehingga blog ini ditulis, saya kini berada di 'legend league' selama kira-kira sebulan dan berjaya bertahan dengan jumlah trofi berlegar sekitar 5500.

Day 1 (+61)

Kebaikan berada di 'legend league' ialah 'loots' tidak hilang walaupun diserang musuh. Semua ahli hanya dibenarkan menyerang sebanyak 8 kali sahaja.

Day 2 (+13)

Jumlah maksima trofi setiap serangan ialah 40 jika memperolehi 3 bintang. Tiada kehilangan trofi jika gagal mendapat sebarang bintang.

Day 3 (-37)

Ahli 'legend league' akan hilang secara automatik jika jumlah trofi jatuh serta kurang dari 4900. Hanya TH yang maksima (TH17) sahaja mampu bertahan sebab rata-rata 'base' yang diserang juga TH17 dengan pertahanan yang hampir kesemua juga maksima.

Saturday, 12 April 2025

Clash Of Clan 6th builder (B.O.B's Hut aka Master Builder's Hut)

Saya mula bermain Clash Of Clan sejak mula diperkenalkan dan hari ini saya kongsikan bagaimana untuk mendapatkan builder ke-6 supaya proses menaiktaraf lepas pantas.

Master Builder's Hut

Builder ke-6 mula diperkenalkan beberapa tahun yang lalu dan dikenali sebagai 'Master Builder's Hut' seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Tidak lama selepas itu ianya bertukar nama menjadi B.O.B's Hut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

B.O.B's Hut

Syarat utama untuk mendapatkan B.O.B's Hut ialah anda perlu menaiktaraf builder hall ke level 9.

TH10 diperlukan untuk gearing up mortar...

Selain builder level 9, TH10 juga diperlukan untuk menyiapkan ketiga-tiga 'gearing up building' iaitu archer tower, canon & mortar. 

Syarat 1 - Builder Hall 9

Ianya dikenali sebagai B.O.B control sewaktu dibeli setelah mencapai Builder Hall 9 seperti pada gambar di bawah.

Selepas B.O.B control dibeli anda perlu melakukan naiktaraf sehingga level 5 dan naiktaraf seterusnya bertukar menjadi B.O.B's Hut iaitu builder ke-6 dan ianya akan berpindah dari builder base ke home village.

Syarat ke-2 (troop level 18)

Gambar-gambar tangkap layar di atas dan di bawah ialah 3 syarat perlu dipenuhi sebelum builder ke-6 muncul.

Syarat ke-3 (defense level 9)

Sewaktu mula diperkenalkan, ianya dikenali sebagai 'Master Builder's Hut' dan ianya boleh dipindahkan di antara builder base dan home village.

Syarat ke-4 (hero total level 45)

Setelah bertukar nama menjadi B.O.B's Hut, ianya kekal berada di home village sehingga kini dan dalam masa yang sama builder base yang pada mulanya hanya mempunyai 1 builder kini diberi 2 builder.

6 builder...

Gambar di bawah ialah 'Master Builder's Hut' sewaktu baru diperkenalkan dan dilengkapi dengan butang 'TRAVEL' untuk dipindahkan di antara home village dan builder base

Press 'travel'...

Klip video di bawah saya rakam sewaktu menaiktaraf B.O.B's Hut dari level 4 ke level 5 sebelum disimpan pada home village.