Showing posts with label KHiND. Show all posts
Showing posts with label KHiND. Show all posts

Sunday, 19 April 2026

KHiND FM-40M fan motor repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk kipas angin berjenama KHiND dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

FM-40M

Hari ini saya dirujuk sebuah motor untuk kipas angin dengan label FM-40M seperti boleh dilihat pada gambar di atas dengan masalah gagal berfungsi.

Setelah dibuka...

Seperti biasa masalah sejagat kipas angin yang gagal berfungsi ialah kerosakkan thermal fuse akibat panas melampau.

Thermal fuse 130°C putus...

Rating suhu thermal fuse yang digunakan ialah 130°C namun saya gantikan dengan 135°C seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Thermal fuse baru 135°C...

Kerja menggantikan thermal fuse harus dilakukan dengan berhati-hati agar tiada wayar lalus yang terputus.

Gantikan thermal fuse...

Pastikan pateri yang digunakan telah panas dan lumurkan 'soldering paste' supaya kerja mempateri dilakukan sesingkat yang mungkin.

Siap...

Gambar berikut adalah bacaan rintangan gegelung.

No. 1 - 902Ω

Bacaan rintangan akan bertambah jika diambil sewaktu gegelung telah panas bila digunakan.

No. 2 - 776Ω

Bacaan rintangan yang saya ambil ialah sewaktu gegelung masih sejuk atau sejurus selepas dibaiki.

No. 3 - 619Ω

Selamat berDIY... 

Friday, 2 December 2022

KHiND SF1682SE electric stand fan repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah kipas berdiri (stand fan) berjenama KHiND, model: SF1682SE dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

KHiND electric stand fan...

Pemilik hanya membawa bahagian suis serta motor sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas kepada saya untuk dibaiki.

Model: SF1682SE

Walaupun jenama yang dicetak pada kipas ialah KHiND namun labelnya tiada tertera perkataan KHiND seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan awal pada plug 3-pin masih elok dan begitu juga dengan kapasitor 1.5uF juga masih elok.

Setelah motor di buka...

Seterusnya saya buka motornya untuk mencari 'thermal fuse' seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Gantikan thermal fuse...

Rating thermal fuse yang digunakan ialah 130°c seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Ianya putus dan kembali berfungsi semula setelah digantikan dengan yang baharu.

Thermal fuse 130°c

Selamat mencuba...

Wednesday, 15 June 2022

Current leakage on KHiND FF2002F industrial floor fan

Hujung minggu lepas saya dirujuk sebuah kipas angin industri berjenama KHiND model FF2002F dengan masalah seluruh rumah bergelap apabila suis dihidupkan.

KHiND industrial floor fan

Jika situasi seperti ini berlaku, puncanya ialah ada litar pintas dan tugas kita ialah untuk mencari di mana litar pintas tersebut.

Model: FF2002F

Gambar di bawah menunjukkan bahagian motor kipas angin setelah penutup belakangnya telah saya buka. Ianya pernah dibuka oleh seseorang dan ada wayar yang telah dipotong serta disambung kembali.

Setelah penutup belakang dibuka...

Cara untuk mengenalpasti litar pintas boleh ditonton pada klip video di penghujung artikel ini. Litar pintas tersebut ialah pada salah satu gegelung (coil) motor kipas angin dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Litar pintas pada salah satu gegelung...

Kadang-kadang tempat yang mengalami litar pintas tidak diketahui dan cara penyelesaiannya ialah:-

  1. Beli kipas angin yang baharu
  2. Gantikan motor kipas angin yang baharu
  3. 'Rewind' gegelung kipas
  4. Baiki bahagian yang mengalami litar pintas

 Selamat mencuba...

Friday, 22 April 2022

KHiND ZC501N rechargeable search light repair

Semalam saya dirujuk sebuah lampu picit berjenama KHiND, model ZC501N dengan masalah mentol menyala namun tidak terang walaupun telah dicas semalaman.

KHiND ZC501N

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati bacaan voltan pada bateri cuma kira-kira 3v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

3v sahaja...

Ada dua kemungkinan sahaja kerosakkan sedemikian iaitu:-

  1. Pengecas (charger) rosak
  2. Bateri rosak
Voltan charger - 8v

Cara untuk memastikannya ialah dengan memutuskan sambungan ke bateri dan ukur voltan pengecas. Saya dapat bacaan 8v dibekalkan oleh pengecas dan ianya elok. Jadi, bateri rosak dan harus diganti.

Sealed lead acid rechargeable battery - 6v, 4.5AH

 Bateri yang digunakan ialah 6v, 4.5AH seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Mentol - 6.3v, 3w

Mentol yang digunaka pada lampu picit ini ialah 6.3v, 3w seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Voltan bateri - 6.72v

Ketika saya mengukur arus yang digunakan oleh mentol tersebut, saya dapat bacaan 0.524A seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Voltan bateri ketika diuji pula ialah 6.72v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Mentol guna 0.524A arus elektrik...

Lampu picit ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah baterinya yang rosak telah saya gantikan.


 Selamat mencuba...

Friday, 4 February 2022

KHiND KS3001 keluar sign repair

Hari ini saya kongsikan pula sebuah papan tanda keluar berjenama KHiND model KS3001 dengan masalah lampu kecemasan tidak menyala apabila bekalan elektrik terputus.

Papan tanda keluar (keluar sign)

Ada beberapa punca kenapa lampu kecemasan tidak menyala apabila bekalan elektrik terputus iaitu:-

  1. 'rechargeable battery' rosak
  2. fius putus
  3. lampu kecemasan (fluorescent) rosak
  4. komponen pada papan litar ada yang rosak
KHiND KS3001

Pemeriksaan awal hanya menemui 'rechargeable battery' rosak dan tidak menyimpan cas untuk kegunaan kecemasan.

Gantikan 'rechargeable battery'

Papan tanda keluar ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah 'rechargeable battery' telah saya gantikan.

Mentol menyala (ada bekalan elektrik)

Papan tanda model lama ini sangat senang diselengara dan kerosakkan biasa ialah mentol hangus atau fluorescent hangus serta perlu diganti dari masa ke semasa. Bateri biasanya boleh bertahan sehingga 5 tahun atau lebih.

fluorescent menyala (bekalan elektrik terputus)

Selamat mencuba...

Monday, 30 August 2021

KHiND 16" stand fan with remote control repair

Semalam saya dirujuk sebuah 'stand fan' berjenama KHiND dengan masalah tidak berpusing apabila dibekalkan arus elektrik.

KHiND 16" stand fan

Kipas ini telah dibuka kakinya ketika dirujuk kepada saya dan pemeriksaan awal mendapati ada bekalan elektrik ke papan litar. Lampu indikator menyala apabila butang ditekan namun kipas tidak berpusing.

Seterusnya saya buka penututp hadapan kipas dan mendapati bilah kipas tidak bebas bergerak setelah saya tolak dengan tangan seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Punca motor tidak bebas berpusing...

Masalah telah ditemui iaitu motornya tidak bebas berpusing dan setelah dibuka, punca penyebab utama ialah minyak diantara rotor dan pemegangnya (copper bush) telah kering seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bersihkan dan bubuh minyak gris...

Apa yang harus dilakukan ialah bersihkan dahulu dengan menggunakan WD40 dan bubuh sedikit minyak gris pada pengandar serta bahagian dalam 'copper bush'.

Bersihkan 'copper bush' dan bubuh gris di bahagian dalam...

Selain daripada masalah motor 'jammed', thermal fuse juga putus dan 'rating' yang digunakan ialah 135C, 2A seperti telah saya tandakan pada gambar dibawah.

Thermal fuse - 135C

Klip video di bawah menunjukkan motor kini bebas berpusing apabila ditolak dengan tangan dan anda boleh bandingkan perbezaannya dengan klip video di atas.

Kipas ini telah berjaya diselamatkan setelah thermal fuse ditukar dan bahagian yang menyebabkan motor tidak bebas berputar telah dibersihkan serta diminyakkan.
 
Selamat mencuba...