Thursday, 27 August 2026

Dong Cheng DMY02-185 circular saw repair

Gergaji elektrik berjenama Dong Cheng, model DMY02-185 ini telah lama ditinggalkan oleh pemilik kepada saya beberapa tahun yang lalu.

Dong Cheng DMY02-185 circular saw...

Menurut pemilik, kali terakhir digunakan ianya berasap sebelum gagal berfungsi. 

Model: DMY02-185

Setelah dibuka serta diperiksa, kerosakkannya ialah pada motor seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Stator & armature terbakar...

Kedua-dua stator dan armature pada motor terbakar akibat panas melampau.

Gambar di bawah ialah alat ganti yang baru saya beli dan kesemuanya tulen dari kilang Dong Cheng, China.

Alat ganti baru...

Gambar berikut menunjukkan perbezaan stator yang rosak dengan yang baru.

Gantikan stator baru...

Gergaji elektrik ini berjaya diselamatkan setelah kesemua komponen yang rosak telah diganti iaitu:-

  1. Armature 
  2. Stator 
  3. Carbon brush 

Gambar tangkap layar di bawah ialah kos alat ganti yang saya beli melalui atas talian, LAZADA.

Jumlah kos - RM109.69

Apa kata anda, adakah ianya berbaloi dibaiki atau lebih berbaloi lagi jika beli gergaji elektrik yang baru?

Renung-renungkan... 

Wednesday, 19 August 2026

Pisang

Pokok pisang ini saya tanam tahun lepas pada 24/8/2025.

Anak pokok pisang ini saya minta dari seseorang yang tinggal di kawasan saya sering berjogging.

Awal tahun ini pokok pisang yang saya tanam telah tumbuh dua anak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. 

Jantung pisang mula kelihatan pada awal bulan lepas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Jantung pisang saya potong setelah 10 sikat pisang kelihatan namun hanya 8 sikat sahaja yang membesar.

Hanya sebiji pisang sahaja yang membesar pada sikat ke-9.

Saya tuai pisang tersebut hari ini (19/8/2026) dan kesemua 8 sikat + sebiji pisang sihat dan masih berwarna hijau. 

Keseluruhan masa yang diperlukan untuk menanam sepohon pisang sehingga dituai ialah setahun.

Wednesday, 5 August 2026

14th Clashiversary - Clash Of Clan

Clash Of Clan kini telah berusia 14 tahun dan gambar berikut merupakan kek ulang tahun untuk tahun ini.

14th anniversary cake

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya saya telah bermain selama 14 tahun dan kini memilik 25 akaun aktif seperti berikut:-

  1. TH18 - 1
  2. TH14 - 1
  3. TH13 - 1
  4. TH12 - 2
  5. TH11 - 3
  6. TH10 - 3
  7. TH9 - 3
  8. TH8 - 3
  9. TH7 - 2
  10. TH6 - 2
  11. TH5 - 2
  12. TH4 - 1
  13. TH3 - 1 

 

Sunday, 2 August 2026

BOSCH GBH 2-26 DRE repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah gerudi elektrik berjenama BOSCH model GBH 2-26 DRE dengan masalah gagal berfungsi.

BOSCH GBH 2-26 DRE

Menurut pemilik, ianya mengeluarkan asap sewaktu kali terakhir digunakan.

Carbon brush hilang...

Ianya telah dirujuk kepada jurutenik lain sebelum dirujuk kepada saya. Setelah dibuka, jelas kelihatan pada gambar di atas dan di bawah carbon brush serta bearing telah tiada.

Bearing juga hilang...

Pemeriksaan awal mendapati komponen yang rosak serta hilang ialah:-

  1. Sebiji bearing
  2. Carbon brush
  3. Stator 
Gantikan stator yang terbakar...

Gambar di atas menunjukkan stator telah saya gantikan dengan yang baru. Gegelung stator asal berwarna hitam akibat panas melampau.

Pasang carbon brush baru (5mm x 8mm x 19mm)

Nombor rujukan bearing yang hilang ialah 607 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan bearing yang hilang - 607

Setelah kesemua komponen rosak di atas telah saya ganti dan diuji, ianya boleh boleh berfungsi namun pergerakkan motor sangat pelahan.

Gantikan armature baru...

Masalah motor berpusing perlahan adalah disebabkan armature juga turut rosak akibat panas melampau.

Bearing sebelah dalam - 609

Gerudi elektrik ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah armature turut diganti.

Selamat berDIY...