Wednesday, 30 October 2024

Kumang Ba Atiku - Andrey Arief (Iban song)


Intro: D A Bm F#m, G D G  A A

               D
Ulih ku ngasaika, 
              A
begetar ba dada
                Bm
Pengerindu nuan dipeda, 
           F#m
enda disangka
          G
Tekait atiku, 
             D
meda mua nuan
                  G
Kemayang pengerindu 
                  A A
neresap dalam atiku. 


               G
Bai ku terebai enggau 
         A
pengerindu
              F#m          Bm
Ngayam semaya ba langit biru
                G
Ke tuchung menalan, 
            D
semina tua aja.
              Em
Terus nuju penyangkai 
             A  A
pengerindu tua. 

G G A A

             D
Peda mih muaku, 
              A
peda mih mataku,
                Bm
Kati nuan enda berasai, 
             F#m
pengerindu datai,
             G
Jalai aku petang, 
               D
diatu nyau terang,
               G
Nganti penatai nuan 
                   A A
mai benih pengerindu. 


               G
Bai ku terebai enggau 
         A
pengerindu
              F#m          Bm
Ngayam semaya ba langit biru
                G
Ke tuchung menalan, 
            D
semina tua aja.
              Em
Terus nuju penyangkai 
             A  A
pengerindu tua. 


               D         A
Oh Tuhan buka pintu ati iya,
           Bm         F#m      
Nerima aku enggau pengaga
            G               D
Deka aku muai, semua pemerinsa
          Em 
Aku besemaya rindu 
              A
belama lama ia.

             D        A
Aku udah nadai daya agi
              Bm         F#m
Lelengau amat ba dalam ati
                G
Sambut pengerindu, 
            D
terima mih aku
               Em
Ngambi nuan nyadi kumang 
   A    D D
ba atiku 

G A D A Bm A G G A A


               D         A
Oh Tuhan buka pintu ati iya,
           Bm         F#m      
Nerima aku enggau pengaga
            G               D
Deka aku muai, semua pemerinsa
          Em 
Aku besemaya rindu 
              A
belama lama ia.

             D        A
Aku udah nadai daya agi
              Bm          F#m
Lelengau amat ba dalam ati
                G
Sambut pengerindu, 
            D
terima mih aku
               Em
Ngambi nuan nyadi kumang 
   A    D 
ba atiku 

Em         A  D
Kumang ba atiku,
Em         A  D
Kumang ba atiku,
Em         A  Bm -Am -G 
Kumang ba atiku,
 
Em         A  D  D
Kumang ba atiku,

G A A

Sunday, 27 October 2024

Solar Light IP67 repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah lampu 'spotlight' jenis LED seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk dibaiki.

Solar Light IP67

Pemilik memberitahu saya sambungan wayar dari panel solar ke lampu LED putus akibat terjatuh sewaktu membuat pemasangan.

Lampu & panel solar...

Masalah yang saya hadapi ialah lampu ini perlu dibuka dari bahagian hadapan dan ianya merupakan cermin dan telah digam. Jika diumpil, cermin akan pecah. Saya uji macam-macam termasuk panaskannya agar gam lebut/lebur namun menemui jalan buntu.

Kabel tercabut...

Cara terakhir saya ialah memotong bahagian belakang lampu tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Potong bahagian belakang...

Pemeriksaan pada papan litar serta bateri semuanya masih elok dan saya cuma perlu sambungkan wayar dari panel solar sahaja.

Bateri LiFePO4 - 3.2v

Penyambung pada bahagian lampu juga telah tiada dan apa yang saya lakukan ialah potong serta sambung terus ke papan litar.

Bateri masih elok...

Bahagian yang disambung ke panel solar dilabel S- (negatif) & S+ (positif) seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Sambungan ke panel solar...

Lampu solar ini kembali berfungsi semula setelah panel solar telah disambung ke papan litar pada lampu LED.

Siap...

Saya melakukan 'plastic welding' pada bahagian belakang yang telah dipotong untuk mengelak lampu daripada dimasuki air hujan/embun jika dipasang di luar rumah.

Siap ada alat kawalan jauh...

Lampu solar ini dilengkapi dengan alat kawalan jauh dan boleh mengawal keterangan lampu, jangka masa lampu beroperasi serta lampu menyala secara automatik bila gelap dan padam bila terang. Ianya juga boleh dipadam/dinyalakan secara manual.

Klip video di atas saya rakam sewaktu mengujinya. Ia akan menyala jika panel solar tidak lagi menerima cahaya solar.

Potong & sambung terus ke papan litar...

Sebenarnya bukan sahaja cahaya matahari (solar) sahaja yang boleh menjana tenaga. Semua yang mengeluarkan cahaya boleh menjana tenaga menggunakan panel solar.

Klip video di atas saya rakam di dalam bilik yang tiada cahaya matahari dan cahaya dari lampu LED sendiri juga boleh menjana tenaga jika disuluh ke panel solar.

Selamat berDIY...

Saturday, 26 October 2024

Baiki kipas aircon (blower) Perodua Kelisa

Baru-baru ini, kipas penghawa dingin (aircon) kereta perodua kelisa saya telah gagal berfungsi.

Buka 3 biji skru untuk keluarkan kipas penghawa dingin

Masalah awalnya ialah, kadang-kadang tidak berfungsi dan apa yang saya lakukan ialah ketuk bahagian belakang kipas dengan kaki sahaja dan kembali berfungsi semula.

DENSO - Made in Japan

Masalah sedemikian ialah disebabkan 'carbon brush' di dalam motor telah habis/haus.

Motor kipas - 12V

Blower kipas ini mudah dibuka dan hanya perlu membuka 3 biji skru sahaja seperti telah saya tandakan pada gambar pertama di atas.

Buka bahagian belakang motor kipas

Setelah kipas dikeluarkan, buka bahagian belakang motor dengan mengumpil 4 penahannya menggunakan 'test pen' seperti telah saya tunjukkan pada gambar di atas.

Carbon brush habis...

Gambar di atas menunjukkan bahagian belakang motor kipas telah dibuka dan jelas kelihatan 'carbon brush' telah jauh pendek setelah 18 tahun berkhidmat. Untuk makluman, kereta saya dibeli pada tahun 2006.

Keluarkan carbon brush...

Gambar di bawah menunjukkan 'carbon brush' telah saya gantikan dengan yang baru.

Gantikan carbon brush baru...

Masalah kipas penghawa dingin gagal berfungsi selesai setelah dengan  hanya menggantikan 'carbon brush' sahaja.

Selamat berDIY...

Thursday, 24 October 2024

intersys ISP-4600 4-channel 1800w power amplifier repair

Power amplifier merupakan komponen yang banyak dipasang pada kereta untuk memenuhi citarasa masing-masing menikmati sistem suara sewaktu memandu.

Intersys ISP-4600 power amplifier

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah power amplifier berjenama intersys, model ISP-4600 dengan masalah gagal berfungsi.

Setelah penutup bawah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya dapati dua biji perintang berlabel R63 & R62 berkarat serta putus salah satu terminalnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Perintang R63 berkarat & putus...

Jika dilihat pada gambar di atas, kod warna pada perintang ialah coklat, putih & merah atau 1.8kΩ namun setelah diperiksa menggunakan multimeter bacaan yang saya dapat 370Ω sahaja.

370.5Ω

Jadi warna kod warna pada perintang tersebut ialah oren, perak, coklat atau 380Ω. Warna telah berubah kemungkinan disebabkan haba panas pada perintang sewaktu digunakan.

R62 juga berkarat & putus...

Memandangkan kedua-dua perintang masih elok & cuma putus satu terminal, saya sambung kembali bahagian yang putus sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambungkan kembali bahagian yang putus...

Power amplifier masih gagal berfungsi apabila saya uji power amplifier tersebut setelah kedua-dua perintang telah disambung kembali. Apa yang saya perasan ialah kedua-dua perintang tersebut sangat panas bila disentuh dengan jari. Ini bermaksud ada litar pintas berlaku.

Gantikan zener diod 1N4744A yang litar pintas...

Pemeriksaan seterusnya mendapati litar pintas ialah pada dua biji zener diod berhampiran dengan perintang R62 & R63 dan dilabel Z02 & Z03.

Rating kedua-dua zener diod tersebut ialah 15v, 1w dengan label 1N4744A seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Masalah selesai dan lampu indikator boleh menyala semula setelah kedua-dua zener diod telah saya gantikan.

Voltan pada zener diode 1N4744A - 15.23v

Klip video di bawah saya rakam sewaktu menguji power amplifier tersebut dan telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Selamat berDIY...

Monday, 21 October 2024

6th builder - B.O.B control

Clash Of Clan merupakan sukan atas talian yang telah lama saya main sejak mula diperkenalkan lebih 10 tahun yang lalu.

Diperkenalkan pada tahun 2021 sebagai Master Builder's Hut...

Hari ini saya kongsikan cara untuk mendapatkan builder ke-6 supaya kerja menaiktaraf (upgrade) lebih cepat dengan tambahan builder.

Upgrade builder hall ke level 9...

Syarat pertama ialah anda perlu upgrade builder hall ke level 9.

100k gold diperlukan...

Setelah builder hall level 9 siap, anda perlukan 100 ribu gold untuk membeli B.O.B control.

Kena upgrade lagi...

Setelah B.O.B control dibeli, gambar tangkap layar berikut adalah naiktaraf (upgrading) yang harus dipenuhi untuk mendapatkan builder ke-6.

1. Gearing up 3 building in the home base...

1. Naiktaraf (gearing up) satu canon, satu archer tower & satu mortar pada base utama (home base).

2. Upgrading any builder base troop to level 18...

2. Naiktaraf salah satu askar (troops) pada builder base sehingga level 18.

3. Upgrading any builder base defense to level 9...

3. Naik taraf salah satu pertahanan (defense) ke level 9 pada builder base.

4. Upgrading builder base heros to a total level of 45...

4. Naiktaraf adiwira (heros) sehingga jumlah level mencecah 45 pada builder base. Builder base mempunyai dua adiwira iaitu battle copter dan battle machine.

Semua syarat telah selesai upgrade...

Setelah kesemua syarat naiktaraf di atas dipenuhi, B.O.B control akan di level 5 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Siap...

B.O.B control akan ditempatkan di base utama dan kekal di situ sebagai builder ke-6.

Pindahkan ke multiplayer base...

Untuk pengetahuan semua, sewaktu mula diperkenalkan pada tahun 2021, ianya dinamakan sebagai master builder's hut seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas. Ianya boleh dipindahkan di antara home base dan builder base ketika itu namun kini kekal di base utama. Builder base kini dilengkapi 2 builder berbanding 1 builder sahaja sewaktu mula diperkenalkan.

6 builder...

Selamat berE-Sukan...

Friday, 18 October 2024

APB-25B exhaust fan repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk kipas ventilasi buatan China model APB-25B dengan masalah gagal berfungsi.

Buatan China...

Menurut pemilik ianya dipasang di bilik air dan berfungsi sebagai 'exhaust fan'.

Model: APB-25B

Pemeriksaan awal pada kabel bekalan elektrik tiada keterusan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tiada keterusan...

Setelah dibuka, 3 wayar sahaja disambung ke bahagian motor seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

3 wayar - merah, biru & hitam

Nilai kapasitor yang digunakan ialah 1.2uf dan ianya masih elok.

Kapasitor 1.2uf

Pemeriksaan keterusan pada ketiga-tiga wayar mendapati ada keterusan pada wayar merah dan biru. Tiada keterusan di antara wayar merah/biru dengan wayar hitam.

Buka motor...

Motor kipas biasanya dilengkapi dengan 'thermal fuse' dan ianya disambung pada wayar neutral.

Buka bahagian sambungan wayar...

Setelah motor dibuka dan diperiksa, kipas ini tidak dilengkapi dengan 'thermal fuse'.

Wayar hitam putus...

Sambungan wayar hitam putus ditemui seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pateri semula wayar yang putus...

Masalah selesai dengan hanya menyambungkan kembali wayar hitam yang putus sahaja.

Bacaan rintangan - 1.044Ω

Kipas ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat berDIY...

Wednesday, 16 October 2024

How to change navigation buttons

Baru-baru ini saya telah menukar telefon android dari Redmi Note 11 ke Redmi Note 13 5G atas sebab kena ikut perkembangan semasa bertukar dari 4G ke 5G.

Navigation buttons

Fungsi kedua-dua telefon hampir serupa dan perbezaan utama ialah note 11 hanya menggunakan perkhidmatan 4G sahaja manakala Note 13 pula boleh guna perkhidmatan 5G.

Navigation buttons

Masalah utama yang saya hadapi setelah menukar telefon ialah sering tersalah tekan butang navigasi berikutan kedudukannya berbeza dengan telefon lama seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

1. Pilih setting...

Gambar tangkap layar berikut ialah langkah-langkah untuk mengubah kedudukan butang navigasi pada telefon android.

2. Pilih home screen...

Semua perubahan dilakukan di dalam 'setting' telefon.

3. Pilih system navigation...

Anda cuma perlu on/off pada 'mirror buttons' sahaja agar memenuhi citarasa penggunaan masing-masing.

On/Off - mirror buttons

Saya memilih 'mirror buttons' dalam keadaan off.

On/Off - mirror buttons

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.