Showing posts with label TRIO. Show all posts
Showing posts with label TRIO. Show all posts

Wednesday, 19 March 2025

TRIO Xdition TFS-28 food steamer

Food steamer ini pernah saya baiki suatu ketika dahulu dan anda boleh rujuk di sini.

TRIO Xdition food stramer

Sewaktu saya mengujinya, lampu indikator tidak menyala setelah elektrik dibekalkan.

Model: TFS-28

Kerosakan kali ini ialah pada sebiji thermal switch atau juga dikenali sebagai thermal cut-off dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Thermal switch/thermal cut-off rosak...

Rating thermal switch tersebut ialah 10A, 135°C dengan nombor rujukan KSD301T.

KSD301T (10A, 135°C)

Food steamer ini berjaya diselamatkan dengan menggantikan sebiji thermal switch sahaja.

Gantikan thermal switch yang baru...

Untuk pengetahuan semua, thermal switch ini adalah komponen 'wear & tear' dan sering menjadi punca utama jika gagal berfungsi selain thermal fuse.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Wednesday, 28 August 2024

TRIO Xdition TFS-28 food steamer

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'food steamer' berjenama TRIO Xdition, model TFS-28 dan diberitahu lampu indikator padam dan menyala secara berkala setelah kira-kira 20 minit digunakan.

TRIO xdition food steamer

Ketika saya mengujinya, lampu indikator langsung tidak menyala dan tiada keterusan bila diperiksa menggunakan multimeter walaupun timer telah dihidupkan.

Model: TFS-28

Fius pada plug 3-pin masih elok dan seterusnya saya buka penutup bahagian bawah 'food steamer' tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup bawah dibuka...

'Food steamer' ini dilengkapi dua biji 'thermal fuse' seperti telah saya labelkan pada gambar di atas. Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati 'thermal fuse' sebelah kiri putus.

Gantikan thermal fuse baru...

Rating 'thermal fuse' yang digunakan ialah 10A, 142°C seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

142°C, 10A

Masalah selesai dan 'food steamer' ini kembali berfungsi semula setelah saya gantikan 'thermal fuse' yang baru.

Selamat berDIY...