Showing posts with label BELIMO. Show all posts
Showing posts with label BELIMO. Show all posts

Tuesday, 5 January 2021

BELIMO FRU230-3 rotary actuator repair

Sebelum ini saya pernah membaiki benda seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: BELIMO

Hari ini saya dirujuk 4 biji benda yang sama dengan masalah sama iaitu tidak berfungsi walaupun arus elektrik telah dibekalkan. Cara membaikinya juga sama seperti yang telah saya lakukan pada artikel lepas.

Model: FRU230-3

Salah sebiji masih juga tidak berfungsi walaupun telah diselengara namun apabila kesemuanya saya buka dan diuji, motornya boleh berpusing seperti biasa.


Saya dapati motornya berpusing agak perlahan berbanding dengan 3 yang lain. Apabila saya tahan gear motornya dengan jari, ianya terus tidak berpusing lagi seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

Setelah dibuka...

Masalah sedemikian adalah disebabkan tidak dibekalkan dengan arus elektrik yang mencukupi dan permeriksaan pada papan litar mendapati sebiji kapasitor 0.22uF rosak dan perlu diganti.

Kapasitor lama & baru...

Bacaan kapasitor tersebut cuma 50nF sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Bacaan sepatutnya ialah 0.22uF atau 220nF.

Kapasitor lama 50nF sahaja...

Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, masalahnya selesai dan telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Siap...

Motornya tidak lagi berhenti berpusing walaupun saya cuba menahannya dengan jari seperti sebelumnya.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 26 November 2020

BELIMO FRU230-3 rotary actuator repair

Sebelum ini saya pernah baiki benda seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

BELIMO FRU230-3

Hari ini saya dirujuk lagi benda yang sama namun versi yang lebih baik berbanding dulu dan hampir keseluruhannya diperbuat daripada plastik.

Made in Switzerland

Versi dahulu banyak menggunakan logam dan masalah utamanya ialah berkarat serta berakhir dengan tidak dapat dibaiki lagi.

Buka penutup...

Masalah kali ini ialah setelah dibekalkan arus elektrik, ada bunyi motor bergerak/berpusing namun bahagian yang seharusnya berpusing tidak berpusing langsung.

Buka papan litar & periksa...

Saya buka dan benda pertama yang saya periksa ialah papan litar. Tiada kerosakkan komponen ditemui dan semuanya elok. Apabila diuji dengan membekalkan arus elektrik, motor boleh berpusing serta elok tanpa sebarang masalah.

Buka lagi...

Seterusnya saya buka bahagian motor dan bahagian mekanikal di bawahnya ialah beberapa biji gear seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Bubuh gris adalah satu kesilapan besar...

Saya pusing serta buka satu per satu gear yang ada dan mendapati ianya tidak bebas bergerak. Jadi saya sembur minyak gris pada kesemua gear yang ada dengan harapan ianya licin dan bebas bergerak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Buang gris dan pasang kembali...

Saya seolah-olah tidak percaya apabila dipasang kembali setelah di sembur minyak gris, benda ini langsung tidak berfungsi pula.

Saya buka kembali dan pemeriksaan mendapati gear di dalamnya bukan sahaja tidak bebas bergerak walaupun telah disembut minyak gris namun melekat di antara satu sama lain.

Seterusnya saya bersihkan kesemua gear yang telah saya sembur minyak gris sebelumnya dan pasang kembali untuk diuji. Kini ianya boleh berfungsi namun mengeluarkan bunyi yang agak bising.

Semua dah pasang kembali...

Saya buka kembali dan lumurkan sedikit minyak gris semula pada bahagian gigi gear sahaja sebagai percubaan dengan harapan untuk mengurangkan bunyi bising yang terhasil.

Pasang kembali bahagian motornya...

Setelah siap dan diuji buat kali ke-3, kini bunyi bising telah selesai dan benda ini berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Dari pengalaman membaiki kali ini, saya dapati bahawa minyak pelincir/gris tidak berfungsi sebagai pelincir pada bahagian plastik. Sebelum ini saya juga pernah mengalami keadaan yang sama pada sebuah timer dan anda boleh dujuk di sini.

Selamat mencuba...

Friday, 17 May 2019

BELIMO LR230A Valve Actuator repair

Hari ini saya berpeluang mencuba benda baru yang perlu di baiki. Benda yang dimaksudkan boleh dilihat seperti pada gambar di bawah berjenama BELIMO, Model: LR230A, buatan Switzerland.
Pandangan luar...
Kegunaannya ialah untuk menutup atau membuka bekalan air (fungsinya seperti pili air) dan menggunakan bekalan eletrik 240vac. Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah tidak menjalankan fungsinya untuk membuka atau menutup bekalan air.
Cara membuka penutup hadapan...
Mari kita buka dan lihat apa yang ada di dalamnya. Saya mulakan dengan membuka bahagian bawah dahulu dan gambar di atas serta di bawah adalah cara-caranya.
Penutup hadapan telah dibuka...

Buka penutup bawah...

Semua bersih...
Setelah bahagian bawah dibuka, kesemuanya kelihatan bersih dan tidak ada apa-apa yang perlu diselengara atau di baiki.
Buka wayar penyambung...
Seterusnya mari kita buka bahagian atas pula. Mulakan dengan membuka wayar penyambung dahulu dengan mengeluarkan penahan berwarna putih pada bahagian bawah wayar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Wayar penyambung telah dibuka...
Setelah penyambung wayar dibuka, seterusnya buka penutup berwarna oren dan benda pertama yang kelihatan ialah papan litar yang juga kelihatan bersih.
Setelah penutup atas berwarna oren dibuka...
Setelah papan litar tersebut dibuka, apa yang kelihatan ialah sebiji motor yang juga nampak bersih. Namun pada bahagian tepi motor tersebut kelihatan ada benda yang berkarat.
Setelah papan litar dibuka...
Apabila motor dan penahan gear dibuka barulah kelihatan banyak benda berkarat dan harus dibersihkan.
Setelah motor dibuka...
Benda yang menyebabkan gear tersebut tidak berpusing ialah pin yang telah berkarat dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Keluarkan gear dan bersihkan pin...

Gosok dengan kertas pasir..
Setelah kesemua bahagian yang berkarat dibersihkan dan dipasang kembali serta diuji, kini ianya boleh digunakan semula...
Tested - ok
Jika anda membuka penyambung wayar dan kelihatan papan litarnya kotor seperti pada gambar di bawah, saya cadangkan supaya tak perlu membuka dan menyelengeranya lagi.
Jika ini yang anda nampak, tak payah buka lagi. Buang saja...
Sebabnya ialah papan litar telah rosak akibat air kodensasi seperti boleh dilihat pada gambar berikutnya.
Papan litar yang rosak akibat air kondensasi...

Kalau macam ini, beli saja yang baru...
Selamat mencuba...
Baru perasan ada 5 tahun warranty tapi 2 tahun dah buruk...