Wednesday 15 May 2024

TP4056 charging module repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan module pengecas bateri lithium seperti ini dan anda boleh rujuk di sini & sini.

TP4056 charging module...

Module pengecas ini saya guna untuk mengecas bateri lithium secara manual dan baru-baru ini salah satu module bermasalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Lampu indikator biru menyala dan padam setelah dibekalkan arus elektrik dan ianya tidak mengecas.

Gantikan IC 4056...

Papan litar ini sangat ringkas dan mudah diperiksa. Perintang, kapasitor & lampu LED semuanya elok diperiksa menggunakan multimeter.

TP4056...

Komponen yang tinggal serta tidak dapat diperiksa ialah sebiji IC berlabel 4056 dan sebagai percubaan saya gantikannya dengan yang baru.

Siap...

Masalah gagal mengecas selesai setelah dengan menggantikan IC TP4056 sahaja.

Selamat mencuba...

Sunday 12 May 2024

Internet pay per use - MAXIS

Sebelum ini saya telah kongsikan pengalaman kredit telefon dipotong untuk 'internet pay per use' oleh MAXIS dan anda boleh rujuk di sini.

Walaupun pihak MAXIS telah memulangkan kredit yang dipotong setelah aduan dibuat namun sistemnya masih juga memotong kredit secara berkala untuk penggunaan 'internet pay per use'.

Baru-baru ini telefon saya telah menaiktaraf sistem MIUI ke sistem Xiaomi HyperOS dan telah saya kongsikan di sini.

Saya juga telah padamkan pengunaan internet pada aplikasi yang tidak digunakan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Setelah aduan demi aduan saya majukan kepada MCMC sejak November 2023, akhirnya tiada lagi kredit saya dipotong mulai bulan lepas (april 2024).

Jumlah aduan yang telah saya buat sehingga selesainya kes mencuri kredit secara senyap-senyap oleh MAXIS ialah sebanyak 7 aduan dan ianya tidak termasuk 'appeal' sebab tidak berpuas hati kredit masih terus dipotong secara berkala tanpa menggunakan perkhidmatan internet.

7 aduan...

Kes ini hanya selesai setelah setengah tahun saya melakukan aduan bersiri kepada MCMC. Pihak maxis pada awalnya meminta saya menukar plan untuk elak 'internet pay per use' namun saya berkeras tidak mahu sebab saya telah melanggan Hotlink365.

Penyata bulan april 2024

Transaksi terakhir saya dikenakan 'internet pay per use' boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas iaitu pada 02/04/2024.

Saya tidak pasti apa yang telah pihak maxis lakukan namun saya sangat yakin aduan saya berasas. Jika tidak, mana mungkin mereka berhenti mencuri secara senyap-senyap tanpa memberi perkhidmatan kepada pelanggannya.

Renung-renungkan...

Thursday 9 May 2024

Cara betulkan jam astro

Sebelum ini saya pernah kongsikan masalah dekoder astro tak keluar jam dan anda boleh rujuk di sini.

Hari ini saya kongsikan satu lagi persoalan yang boleh dikira sering juga diajukan kepada saya iaitu jam astro salah.

Masalah sedemikian biasanya berlaku jika bekalan elektrik terputus atau kita yang putuskan bekalan elektrik dan bila dihidupkan semula, jam yang terpapar adalah tidak betul.

Cara membetulkan jam pada dekoder boleh ditonton pada klip video di atas.

Anda sebenarnya tidak perlu risau paparan jam tidak betul sebab dekoder baru kini tiada lagi paparan jam dan cuma dilengkapi dengan lampu indikator berwarna merah/hijau sahaja.

Selamat berDIY...

Monday 6 May 2024

Namu' Tengnga Benni (Lagu Bugis)


Am                                  Dm
Namu' tengnga benni passuroku
G                 F      Am
Lao ribolana Tau ripojikku
E                               Am
Rekko matinroi ta’okkorengnga
F                   G               Am
Naoto’ maringngerrang rialeku

Am                    Dm
Maccenneka lao makkutana
G               F            Am
Kegaki daeng monro massu’bu

     Am
Sessa nyawaku riesso wenni
G                  Am
Nataro uddani lao rialemu
Am
Engkaga tacecca rialeku
G                        Am
tammasala riati pappojikku
Am                    Dm
Maccenneka lao makkutana
G                 F              Am
Kegaki daeng monro massu’bu

Friday 3 May 2024

ONGLINBAO hair dryer repair

Sebelum ini saya banyak kongsikan pengalaman membaiki alat pengering rambut dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: ONGLINBAO

Hari ini saya dirujuk sebuah alat pengering rambut dengan masalah boleh dihidupkan namun tidak panas.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, masalahnya ialah elemen pemanas putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Elemen pemanas putus...

Masalah tidak panas selesai setelah elemen pemanas yang putus telah saya sambung kembali.

Sambung elemen pemanas yang putus...

Alat pengering rambut ini dilengkapi dengan dua suis untuk mengawal kelajuan kipas serta elemen pemanas.

Suis untuk kipas serta pemanas...

Selamat berDIY...

Tuesday 30 April 2024

myASNB tidak mesra pelanggan

Hujung tahun lepas (2023) pada bulan november saya telah cuba berjinak-jinak dengan pelaburan unit amanah (unit trust) seliaan ASNB.

22/04/2024

Gambar tangkap layar di atas adalah senarai unit amanah yang ditawarkan oleh ASNB namun ASN dan ASN Equity 2 hanya untuk pelanggan bumiputera sahaja.

Saya telah melabur kesemua produk unit amanah yang saya layak melalui aplikasi myASNB namun tidak semua pulangannya sama. Setakat ini, pulangan terendah ialah ASN sukuk dan diikuti ASN Sara 1 serta ASN Sara 2.

Dipendekkan cerita saya bertekad untuk jual ASN Sukuk melalui aplikasi myASNB. Masalah pertama dihadapi boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.

Saya mempunyai 1980 unit ASN sukuk namun tidak dibenarkan menjual kesemuanya. Jadi saya jual 1979 unit seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Walaupun saya dibenarkan menjual 1979 unit namun transaksi gagal sebab melebihi had yang dibenarkan? Berapa had yang dibenarkan?

Rejected due to eceeding limit...

Setelah puas mencari pada aplikasi myASNB, saya jumpa syarat untuk penjualan balik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Had maksima ialah 2,000 unit sahaja SEBULAN.

Adakah 1979 unit itu melebihi 2000 unit? Saya akhirnya menjual 1,500 unit sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Hasil jualan 1,500 unit ASN sukuk tersebut saya dapat RM1,556.25.

Setelah mendapat bayaran dari penjualan di atas, saya teringin menjual kesemua yang ada sebab pelaburan ASN sukuk kurang menguntungkan.

Saya masih ada 480 unit namun tidak dibenarkan menjual kesemuanya. Jadi saya jual 479 unit namun transaksi gagal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Rejected due to exceeding monthly limit...

Katanya sebulan boleh jual 2,000 unit tapi jumlah yang saya jual tak sampai pun 2 ribu unit (1500 + 479 = 1,979).

Saya telah menghubungi pihak ASNB dan menurut mereka 2 ribu yang dimaksudkan ialah '2 ribu ringgit' & bukan '2 ribu unit'.

Menurut mereka lagi, jika berhajat jual lebih dari had tersebut, pelanggan perlu hadir sendiri ke kaunter cawangan berdekatan.

Saya faham tujuannya baik iaitu elak penipuan atas talian namun saya berpendapat ianya tidak mesra pelanggan langsung.

Jika saya melabur RM20k, saya perlukan lebih 10 bulan untuk jual kesemuanya. Kemungkinan besar saya mengalami kerugian besar jika dalam 10 bulan itu harga saham jatuh merudum. Nak cepat kena juga ke kaunter berbaris tunggu giliran. 

Blocked due to too many retry...

Jika banyak kali 'transaction rejected' berikutan terlebih had dan sebagainya, pengguna applikasi myASNB akan disekat selama 24 jam.

Tidak semua teknologi di hujung jari itu mesra pelanggan atas alasan keselamatan. Ini contoh teknologi yang harus dielak. Nampak gayanya saya perlu ke cawangan berdekatan untuk menjual kesemua unit amanah yang ada sebelum berakhir dengan kerugian.

Renung-renungkan...

Saturday 27 April 2024

Mini guitar amplifier using LM386N-1

Baru-baru ini saya telah membina sebuah amplifier untuk kegunaan gitar elektrik menggunakan sebiji ic dengan nombor rujukan LM386N-1 dan preamplifier menggunakan 2N5457.

Komponen yang diperlukan ialah:-

  1. Sebiji LM386-1
  2. Sebiji 2N5457
  3. Sebiji perintang 2.2MΩ
  4. Sebiji perintang 3.9kΩ
  5. Sebiji perintang 15Ω
  6. Sebiji potentiometer 1kΩ (Gain)
  7. Sebiji potentiometer 10kΩ (Vol)
  8. Sebiji kapasitor 100uf
  9. Sebiji kapasitor 220uf
  10. Sebiji kapasitor seramik100nf
  11. 2 biji kapasitor seramik 47nf

Block Diagram - LM386

Mini amplifier ini boleh berfungsi dengan bekalan elektrik serendah 3v sehingga 12v. 

Menurut datasheet, kuasa output ialah 700mw jika menggunakan bekalan elektrik 9v.

Gambar di atas adalah keadaan selepas semua komponen telah saya pasang pada breadboard. Saya menggunakan 2 biji bateri lithium disambung bersiri sebagai bekalan elektrik.

Klip video di bawah saya rakam sewaktu menguji litar di atas menggunakan gitar.

Selamat berDIY...

Wednesday 24 April 2024

admira ELVIRA classical guitar repair

Saya kutip sebuah gitar berjenama admira model ELVIRA pada 29/10/2023 tahun lepas.

admira ELVIRA classical guitar

Guitar ini adalah buatan Sepanyol (Spain) dan ianya merupakan 'classical guitar' yang menggunakan tali nylon.

Made in Spain

Masalah gitar ini sewaktu baru dikutip ialah 'bridge' terkopak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bridge terkopak...

Saya telah gam kembali 'bridge' tersebut namun tidak betahan lama dan terkopak semula. Dalam masa yang sama setelah dipasang tali gitar, bahagian berdekatan 'bridge' kembung berikutan struktur papan tidak teguh lagi.

Vintage Gibson trapeze tailpiece

Bagi mengelakkan masalah kembung dan 'bridge' terkopak berulang, saya dapat idea dengan memasang 'trapeze tailpiece' yang dibeli dalam talian.

Terlalu panjang...

Trapeze tailpiece ini sedikit panjang jika dipasang secara normal seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Apa yang saya lakukan ialah ketuk bahagian belakang trapeze tailpiece tersebut sehingga rata sebelum dipasang.

Masalah kembung dan 'bridge' terkopak selesai dengan memasang trapeze tailpiece yang telah saya ubahsuai sedikit sahaja.

Selamat berDIY... 

Sunday 21 April 2024

Astro DS830NA gagal dihidupkan

Saya telah banyak kongsikan pengalaman membaiki dekoder astro dan mungkin ramai juga telah berjaya DIY dengan berpandukan perkongsian di blog ini namun ada masalah yang memerlukan kepakaran  khusus.

Dihantar terburai...

Dekoder yang saya baiki kali ini dirujuk dari negara jiran, Brunei. Untuk pengetahuan semua dekoder ini dihantar terburai seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Heatsink pun dibuka...

Pemilik telah DIY sendiri serta mencuba semua yang telah saya kongsikan sebelum ini namun tidak berjaya. Menurut pemilik, masalahnya ialah gagal dihidupkan dan merupakan masalah yang paling banyak dirujuk kepada saya untuk dibaiki.

1.2v tiada bacaan...

Pemeriksaan awal mendapati tiada bacaan voltan 1.2v dan lokasinya telah saya labelkan pada gambar di atas.

Keluarkan PWM controller - U2900 (SC2608B)

1.2v tersebut dibekalkan dari sebiji PWM controller berlabel U2900 pada papan litar dengan nombor rujukan SC2608B.

Komponen rosak - SC2608B (PWM controller)

Selama saya membaiki dekoder astro, ini merupakan kali pertama kerosakkan yang melibatkan PWM controller.

Gantikan PWM controller baru...

Setelah PWM controller diganti dan diuji, bacaan 1.2v kembali normal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Dah ada bacaan 1.2v...

Dekoder ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula dengan hanya menggantikan sebiji komponen sahaja iaitu PWM controller.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Thursday 18 April 2024

i-Saraan (2023)

Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai i-Saraan dan anda boleh rujuk di sini.

terima RM300 i-Saraan untuk tahun 2023...

Setelah membuat caruman pilihan sendiri atau caruman sukarela bulan ini, saya perasan ada transaksi sebanyak RM300 telah dikreditkan ke akaun KWSP saya seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Transaksi tersebut merupakan sumbangan dari kerajaan untuk caruman sukarela saya tahun lepas.

Tahun ini sumbangan i-Saraan telah dinaikkan kepada RM500 dan hanya akan diterima pada tahun hadapan.

Syarat untuk mendapatkan sumbangan i-Saraan ialah:-

  1. Mendaftar sebagai pencarum i-Saraan 
  2. Membuat caruman sukarela 

Kadar sumbangan i-Saraan oleh kerajaan ialah 15% dari jumlah caruman sukarela tahunan masing-masing dan had maksimanya ialah RM500 sahaja.

Jadi untuk mendapatkan sumbangan i-Saraan maksima tahun ini sebanyak RM500, jumlah caruman sukarela harus mencecah sekurang-kurangnya RM3,334 atau RM278 sebulan.

Monday 15 April 2024

Bed linen folding machine PCB repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah papan litar untuk mesin lipat kain kegunaan komersial.

Sebiji IC terbakar...

Pemilik meminta untuk menukarkan sebiji IC yang terbakar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Keluarkan IC (L293NE) yang rosak...

Nombor rujukan IC tersebut ialah L293NE dan saya telah gantikannya dengan menggunakan L293B buatan negara kita Malaysia.

Gantikan dengan L293B...

Walaupun nombor rujukan kedua-dua IC sedikit berbeza, ianya adalah komponen yang sama.

Bersihkan PCB sebelum pasang IC baru...

Pemeriksaan pada papan litar tidak menemui komponen lain yang rosak selain IC L293NE sahaja.

Siap...

Saya diberitahu oleh pemilik papan litar tersebut boleh digunakan setelah diuji dan kerosakkannya hanya pada sebiji IC sahaja.


 Selamat berDIY...

Friday 12 April 2024

Wǒ Men Bù Yī Yàng (我們不一樣)

 

Bm A A Bm G A G A A


Bm               F#m
Zhème duōnián de xiōngdì
         G                 Bm
yǒu shuí bǐ wǒ gèng liǎojiě nǐ
G                   A
tài duō tài duō bù róngyì
          D           F#
mó píngle suìyuè hé píqì
G                    A
shíjiān zhuǎnyǎn jiù guòqù
            F#m           Bm
zhè shēnhòu bú sàn de yánxí
       Em            F#m
zhǐ yīnwèi wǒmen hái zài
                Bm
xīn liú zàiyuán dì



          Em
zhāng kāi shǒu xūyào
Bm
duōdà de yǒngqì
         G       A           D  F#
zhè piàn tiān nǐ wǒ yīqǐ chēng qǐ
       G        A
gèng nǔlì zhǐ wèile
      F#m               Bm
wǒmen xiǎng yào de míngtiān
       G          A
hǎohǎo de zhè fèn qíng
          Bm
hǎohǎo zhēnxī
 
[Chorus]
      G         A
wǒmen bù yīyàng
              F#m                Bm
měi gèrén dōu yǒu bùtóng de jìngyù
      G
wǒmen zài zhèlǐ
A            D   F#
zài zhèlǐ děng nǐ
      G         A
wǒmen bù yīyàng
               F#m               Bm
suīrán huì jīnglì bùtóng de shìqíng
      Em
wǒmen dōu xīwàng
A                       Bm
lái shēng hai néng xiāngyù 
 
Original singer key - Gm, Dm, Eb, F, B, D, Cm

Tuesday 9 April 2024

Auto pop-up 'power off' on P311 tablet

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk tablet model P311 dan anda boleh rujuk di sini.

Hari ini saya kongsikan satu lagi pengalaman baru sewaktu membaiki tablet seperti ini. Masalah asalnya ialah suis butang power rosak seperti pernah saya kongsikan sebelum ini.

Seperti biasa saya akan uji dengan menghidupkan tablet dahulu sebelum memulakan kerja membaiki. Tablet ini langsung gagal dihidupkan namun setelah saya sambungkannya kepada pengecas, ia sebenarnya telah kehabisan cas.

Setelah dicas sehingga kira-kira 15%, saya uji semula dan ianya boleh dihidupkan. Butang suis asalnya kadang-kadang berfungsi apabila dijolok dan saya telah gantikannya bersama 'casing' yang baru.

Setelah siap menukar suis serta 'casing' yang baru ianya berfungsi seperti biasa. Memandangkan casnya cuma 15% sahaja, saya cas semula dan ditinggalkan semalaman.

Pagi ini saya dapati skrin tablet menyala seperti boleh dilihat pada klip video di atas. Apa yang berlaku ialah paparan 'power off' berulang-ulang menyala tanpa menyentuh tablet. Biasanya 'power off' akan menyala setelah butang power ditekan berterusan beberapa saat.

Apa yang terlintas di fikiran saya ketika itu ialah kemungkinan ada litar pintas pada suis sewaktu menukarkannya.

Setelah dibuka semula dan diperiksa dengan menggunakan multimeter, tiada litar pintas pada suis dan tiada juga yang mencurigakan ditemui.

Saya pasang kembali serta uji semula tablet tersebut dan tiada lagi paparan 'power off' menyala secara automatik lagi seperti sebelumnya.

Tablet ini telah saya 'monitor' seharian dan tiada lagi masalah seperti klip video di atas berulang.

Jika anda ada masalah sedemikian, ianya boleh diselesaikan dengan hanya menanggalkan sambungan bateri ke papan litar beberapa minit dan dipasang kembali semula.

Selamat berDIY...

Saturday 6 April 2024

Ayam Acar Cili Hijau - KFC

Kebelakangan banyak iklan menu terbaru KFC iaitu 'ayam acar cili hijau' lalu di dinding media sosial dan saya telah berkesempatan mengujinya.

Ayam Acar Cili Hijau

Harganya RM16.99 namun kena bayar RM17 setelah dibulatkan sebab duit 1sen telah lama tidak laku di negara kita.

RM17

Sekali pandang ianya kelihatan serupa seperti ayam goreng KFC selama ini namun warnanya sedikit lebih gelap dari biasa.

Rasanya juga berbeza iaitu ada rasa manis, sedikit rasa masam (mungkin cuka) serta sangat pedas (lebih pedas dari 'hot & spicy' sedia ada) selain rasa masin.

Walaupun tiada cili kelihatan namun dari bau serta rasa pedasnya saya yakin cili yang digunakan ialah cili padi, mungkin cili padi yang belum masak (hijau).

Selamat menjamu selera...